Dzal Aidi Fiqry Jaundice


Bacaan jaundice Dzal Aidi Fiqry.

Day 3 - 185umo/L
Day 4 - 92umo/L - discharge
Day 7 - 258umo/L
Day 8 - 212umo/L
Day 9 - 225umo/L
Day 12 - 214umo/L
Day 14 - 181umo/L

Terus kene refer hospital utk prolog jaundice.
Kami berharap jaundicenya tiada apa2.

Jika kita lihat pd graf jaundice ni. Anak saya jaundice low risk.

Ya Allah...moga result 2minggu nanti akan memberikan result yg tiada apa2 merbahayakan.



5 Kategori jaundice ialah ;

1. Hemolytic Jaundice.

Macam kes mummy, mummy berldarah O positif..jadinya anak otomatik akan dapat prolong jaundice. Sebabnya ibu darah O positif, semasa proses kelahiran darah ibu cepat pecah..


Hemolytic jaundice juga  disebabkan oleh beberapa hal, diantaranya seperti penyakit hemolitik rhesus (Rh), ABO inkompatibiliti, adanya riwayat jaundice dalam keluarga serta defisiensi enzim G6PD.


Bayi yang lahir dari ibu dengan Rh-negatif dan ayah Rh-positif  juga harus dilakukan pemeriksaan  Rh dan uji Direct Coombs’. Begitu juga dengan bayi yang lahir dari ibu dengan golongan darah O dan Rh-positif  hendaklah dipantau dan dilakukan serangkaian pengujian, seperti test golongan darah dan uji direct antibody.



2. Jaundice Fisiologi

 Jaundice biasa yg dialami oleh hampir setiap bayi, keadaan ini disebabkan oleh ketidakmampuan bayi dalam menangani terjadinya peningkatan produksi bilirubin, disebabkan fungsi-fungsi organnya yang belum sempurna. Bayi akan terlihat kuning pada masa 24-72 jam setelah lahir. Normalnya kadar bilirubin dalam darah pada bayi yang lahir cukup bulan akan mencapai puncaknya ditahap 6-8 mg/dL pada hari ketiga.

Seterusnya bacaan kuning akan turun di hari berikutnya. Bayi dikatakan mengalami jaundice fisiologi jika peningkatan kadar bilirubin mencapai 12 mg /dL, 
 dan tidak lebih dari 15 mg/dL.
 Setelah hari ke-14 bayi sudah tidak nampak kuning lagi.

           Bagi kes jaundice fisiologi sebenarnya tidak memerlukan rawatan, hanya peranan sang ibu amat diperlukan dan amat penting.. Dalam hal ini, ibu harus senantiasa menyusui bayinya. Bayi yang kuning harus disusui secara eksklusif, tanpa tambahan makanan yang lain, baik air ataupun dextrose. Pada asasnya jaundice fisiologi tidak berbahaya, pemberian Susu Ibu akan sangat membantu bayi dalam menangani tingginya kadar bilirubin dalam tubuhnya. 

Tetapi perlu diingat, jika kuningnya sudahmenyebar sampai bahagian kaki, maka bayi harus segera dibawa lagi ke klinik, kerana hal itu petanda bahwa kadar bilirubin sudah semakin tinggi dan segera memerlukan rawatan pakar. 


3. Jaundice Patologi 

Pada keadaan ini kadar bilirubin sudah melebihi 17 mg/dL, sehingga harus segera dipantau  penyebabnya dan perlu kepada perawatan khusus, seperti phototherapy. Jika bayi kelihatan kuning dalam waktu 24 jam, peningkatan kadar bilirubin melebihi batas normal (5 mg/dL/hari), dan bayi masih  kuning bahkan setelah 3 minggu usia kelahirannya, maka hal tersebut sudah dikategorikan sebagai jaundice patologi. 

Tanda lain ialah , biasanya feses bayi seperti tanah liat dan urine nya yang berwarna gelap sehinggakan pakaian bayi menjadi kuning... Pada bayi yang mengalami jaundice patologi juga akan didapati kadar bilirubin yang lebih dari 2 mg/dL ketika sampel darah diambil pada bila-bila masa / direct bilirubin (tidak ada interval waktu)



Semua bayi yang mendapat rawatan phototherapy harus melalui serangkaian pengujian, seperti ujian bagi penentuan  golongan darah dan Coombs’ test (ujian mengesan antibodi dan protein komplemen pada penyakit hemolitik pada bayi yang baru lahir, untuk lebih lengkapnya lihat di Wikipedia); perhitungan darah komplit dan smear for hemolysis serta morfologi sel darah merah; perhitungan retikulosit dan estimasi enzim G6PD.

Hal tersebut dilakukan bagi mengetahui penyebab jaundice pada si kecil. Pengulangan pengukuran kadar bilirubin dalam darah, biasanya pada interval 24 jam, harus dilakukan selama bayi menjalani rawatan lampu phototherapy.


4. Menyusu dan Jaundice


Jaundice pun juga boleh terjadi pada bayi yang disusui oleh ibunya. Jaundice ini biasanya muncul antara 24-72 jam dengan puncaknya pada hari ke-5 sampai hari ke-15 dan akan hilang pada minggu ketiga.

Studi yang dilakukan Schneider menunjukkan bahawa 13% bayi yang menyusui memiliki kadar bilirubin tinggi hingga 12 mg/dL atau lebih tinggi 4% jika dibandingkan dengan bayi yang mendapat susu formula.

 Hal tersebut dapat terjadi bukan karena kandungan zat di dalam Susu Ibu, tetapi lebih kerana pola menyusui yang belum optimal. Frekuensi menyusui yang kurang, dapat menyebabkan munculnya jaundice fisiologi.

Oleh  itu, ibu harus selalu senantiasa berusaha untuk menyusui bayinya, meskipun terkadang pada awal-awal kelahiran Susu Ibu belum keluar. Itulah sebabnya sokongan  suami mutlak diperlukan memandangkan peranannya yang tidak sedikit.




 5. Breastmilk Jaundice 

Sekitar 2-4% bayi yang secara eksklusif disusui oleh sang ibu memiliki jaundice dengan kadar bilirubin lebih dari 10 mg/dL pada minggu ketiga. 

 Jaundice yang tetap ada setelah 3 minggu pertama kehidupan seorang bayi disebut prolonged jaundice. Jangan risau, ibu cukup menyusui si buah hati secara teratur.

Seiring dengan waktu kadar bilirubin akan berkurang. Tetapi jika si kecil semakin kuning (sudah sampai ke kaki) atau kadar bilirubin sudah melebihi 20 mg/dL segera hubungi doktor.


: Jom Chit Chat :
COD: Kajang / Cheras/ Subang
fb: http://www.facebook.com/UrbanMummy1
012-6460421
nurazlindaazman@gmail.com
pinky-lynn.blospot.com


Post a Comment

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com

Previous Post Next Post