Edisi terjah family kecik kami cuti Deepavali ke Puteri Harbour, Johor Bahru. Dah mummy nya cuti 1 minggu. So, mengajak daddy mereka bercuti sekali. Idak lah pergi bercuti selama 1 minggu lamanya. 2 hari je bercutinya. Lain-lain hari tu, kasi golek2 time kat rumah la kan. Plan kami memulanya nak ke tempat yang ada laut dan tempat yang belum pernah terjah. Tetapi, disebabkan keadaan cuaca tidak menentu. Makanya, kami mencari tempat jalan-jalan yang dalam bangunan sahaja. Asalkan edisi terjah bercuti kali ni dapat mengembirakan anak-anak. Apa yang anak kami suka? Live performance Show dan kartun (of cos la kan!!). Bercuti romantik utk mak apak nya dah lepas. Kasik tutup cerita romantika mak pak. Sekarang, romantika bersama anak-anak. Haaaaaaaa gitew katanya kan!! hehehe
Percutian Keluarga di Hello Kitty dan The Little Big Club | Puteri Harbour Theme Park Johor Bahru
Jadik, pemilihan tepat dan cepat kami somi isteri adalah membawa anak-anak ke Puteri Harbour Theme Park Johor Bahru : Hello Kitty dan The Little Big Club.
Sesampainya kami di JB kira-kira kul 5 pagi waktu Johor. Meredah jalan sampai sesat2. Signboard tak berapa nampak pepagi yg kabus gebus gebas tu tambah2 pulak mata tambahan tak bawa. Memang mummy korang mencari nahas modal nak kene bebel dgn pilot. Pulak tu, handphone pun bateri kong. Memang sangat terbaik. TAPI best tau!! Adventure gitew mencari jalan sana sini.
Tanya bebudak lepak kat petrol pam. Kat mana hotel dekat2 dengan Nusajaya Puteri Harbour? Mereka jawab tak tahu. Nanti tanya org lain.
Owh, tak fofular rupanya tempat yang kami nk pergi ni.
Sob..sob..sob.. ada kekecewaan tetiba.
Tp, misi nk tido dan mencari hotel berdekatan kene di teruskan.
Memsg bdn dah penat. Nk cari tilam.
So, kami meredah hotel beberapa meter dr stesen petrol pam tu. Budget hotel di Taman Sentosa, JB. Check out dr budget hotel, terus zzaaaaaass ke Nusajaya. Bukan ke Legoland tau! Ke Kitty Town je ;)
Sampai Puteri Harbour berejam2 gak perjalanannya dr Sentosa JB (bukan Sentosa Singapore. Padahal kaki macam dah gatal nk ke Singapore. Nasib si adik Dzal Aidi tak de passoprt).
Kalo nk ke sini, landmark sebelah Hotel Traders ye kwn2. Sampai je puteri harbour..isi tangki perut dulu di Kenny Rogers. Bagi anak, Dhia makan nasi dulu.
Anak kene kenyang dulu walaupun kamo dh hentam bergayut df dlm kete. Makan...tetap kene makan.
Muka si Dzal Aidi happy nk terjah masuk theme park.
Kamu tgk dan amek feel aje lah ye, dik.
Harga tiket utk masuk ke Theme Park ni ada beberapa pilihan:-
RM85 (level 1-3 Kitty Town & The Little Big Club)
RM55 (level 1 Kitty Town atau Level 2 dan 3 The Little Big Club)
Kalo nk diskaun, tunjuk lah PETRON member kad atau swipe kad debit/credit RHB Bank. Kami tak tahu pun ada diskaun, kalo tau reload debit kad RHB. 15% tu byk oooo..
Oleh kerana, kami perlu byr untuk 2 orang je. si kenit2 bawah 3 tahun FREE je Maka amek la full package. Walaupun sesak nafas kejar masa sb kul 6ptg, theme park nk ttp dah.
Aktiviti tempat pertama kami terjah adalah rumah KITTY.
HELLO KITTY!!
Assalamualaikum...- kata kakak Dhia ;)
Cantiknya sofa rumah kamu HELLO KITTY
Mummy je sengih depan kamera.
Anak2 fokus tengok HELLO KITTY yang comel2 di merata-rata sudut.
again..mak yg lelebih ;)
Pinjam sat PC kamu ye HELLO KITTY
Kasi adik selfie jap
Aktiviti tempat KEDUA dan KETIGA.
Beratur nk ke aktiviti seterusnya - Wishfull Studio.
Aktiviti dalam tu untuk hari yang kami pergi ialah
i) Photo shoot dgn costume
ii) Jewelry maker - rantai & loket dan macam-macam aktivi ada di sini
Sedang beratur nk ke Wishfull Studio, Dan dan time tu gak live performance show HELLO KITTY start.
So, layan dulu performance dari HELLO KITTY
Mencari harta karun HELLO KITTY
Di Black Wonder
Dhia a bit takut..tpt gelap2 macam scary sket
Yeay!! Kita berjaya mencari harta karun HELLO KITTY
Dapat A !!
Kelasssssssss!!!
Selesai di LEVEL 1.
Kita ke LEVEL 2 pulak - THE LITTLE BIG CLUB.
Ada apa ye? Disini ada:-
i) Stage
ii) Angelina's Dance Studio
iii) Bobo's
ii) Angelina's Dance Studio
iii) Bobo's
iv) Bob The Builders
v) Pororo
vi) Barney
Antara schedule performance yang ada di sini
Sampai je level 2 ni, kami rehatkan badan jap.
Kasi relaks kaki sambil Dhia dan Dzal Aidi tgk tv citer Barney ;)
Abes recharge, daddy seperti biasa tugasnya bawa Dhia bermain.
While mummy layankan si bambam Dzal Aidi ;)
Then, masuk dance studio Angelina Ballerina.
Selepas selesai makan kuey tiaw goreng ayam RM15 dan bergambar dgn Bob the builder.
Masa ni dah suntuk, tak main2 sangat game dlm ni.
Hanya naik Thomas Train kat Level 3 sahaja.
Lagi satu, kami kejar live performance show je.
Dhia nk tgk nyanyi2 sambil joget2 ;)
lagu ni yg mummy tetiba touching.
i love u
u love me
oh really love uols!!
lagu ni yg mummy tetiba touching.
i love u
u love me
oh really love uols!!
Last perfomance dari Barney.
Sob..sob..bye..bye Puteri Harbour Theme Park.
Sebelum balik, kita cuci mata di HELLO KITTY shop.
Dan redeem air FREE2 gelas di Lat's Place.
Settle semua, misi mencari hotel utk tidur pulak.
Cari yg dekat sb nk berehat cepat.
Nk cpt pun jd lambat. Sesat bangat dlm JB huhu.
Esok harinya, cuaca sedang2 elok.
Dapatlah Dhia mandi manda.
Adik dah siap2 nk mandi, boleh pulak tidur lena.
Seronok dpt hiburkan anak2 di percutian singkat kami.
Insyaallah jika ada rezeki lebih dan ada kelapangan lagi, nanti kita bercuti lagi ye anak2.
Untuk direction
Post a Comment
Welcome back , guys !
Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)
For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com