Bawa Anak Kenali Haiwan Secara Dekat di Farm In The City, Seri Kembangan - Kami suami isteri memang pantang ada kelapangan. Ada masa lapang sahaja, adalah rancangannya untuk anak-anak. kali ini kami ke Bawa Anak Kenali Haiwan Secara Dekat di Farm In The City, Seri Kembangan. Sian kan anak-anak, duduk dengan baby sitter di hari kami keluar bekerja. Bila kita cuti tu, mesti nak bawa anak-anak jalan-jalan. Hiburkan hati mereka (eceh...ceh..anak nak jalan-jalan ke,,, mummynya yang nak berjalan?). hahaha...biasalah kan. Orang pempuan kan!!
Semalam, walaupun cuti sehari je untuk perayaan Thaipusam. Kami tak lepas kan peluang untuk bawa anak-anak ke Farm In The City, Taman Equine, Seri Kembangan (belakang Giant Hypermarket, Seri Kembangan dan Pasar Borong Selangor). Memang dah lama nak bawa anak-anak explore dunia haiwan di sini. Sebab, boleh pegang-pegang (bukan semua haiwan yang di lepaskan). Tapi, oklah kan..tak macam di Zoo sangat semua binatang terkurung.
Bawa Anak Kenali Haiwan Secara Dekat di Farm In The City, Seri Kembangan
Sebelum memulakan perjalanan dan eksplorasi di Farm In The City. Kita bergambar dulu sekeluarga dengan penyelia di sini, Mr Jack. Appointment di buat dengan Mr Raja, tetapi Mr Raja tak dapat nak entertain kami, hari Thaipusam,kan ;)
Dah lama tak selfie berdua..hehehe kasik belanja gambar berdua depan signboard Farm In The City jap. Boolat-boolat dah muka kami bila guna kamera depan ni.
Selepas mak pak selfie, anak pulak selfie di tempat parking Farm In The City hehehe
Tengok la, si Dhia teruja bercerita dengan si Dzal Aidi sambil makan muffin.
Excited ko!! Bukan selalu dapat gi tempat cenggini,kan.
Mesti ramai yang tertanya-tanya berapa harga tiket Farm In The City.
Harga Tiket Farm In The City, Seri Kembangan
Pemegang My Kad:
Dewasa - RM30.00
Kanak-kanak (Ketinggian melebihi 90 cm) - RM25.00
Family Package Farm In The City (2 adults, 2 Children) : RM109.00
Termasuk:
2 botol Air Vitagen
2 paket Air Marigold
Kupon Makanan
Sijil Kehadiran
Pony Ride untuk 2 orang
Harga tiket Farm In The City untuk bukan pemegang MyKad RM48.00 (dewasa) dan RM38.00 (kanak-kanak)
Hijau je keadaan sekeliling Farm In The City ....sejuk mata memandang tempat cenggini di tengah bandar.
Bila berjalan atau tempat yang kami terjah. Kami paling menitik beratkan accessible entrance cenggini. Baru lah friendly. Ye, dok? Jadik, tak de masalah besar pd pengunjung yang hadir ke Farm In The City yang menggunakan stroller atau wheel chair
Guna twin stroller pun, tak hado masalah. Mmg space mencukupi giteewww ;)
Selain itu, ada juga entrance yang mempunyai tangga. Terpulang nak ikut mana2 pun boleh.
Ada macam-macam aktiviti pertunjukkan di Farm In The City . Masa pertunjukkan pula, ada yang sessi pagi dan ada juga di sessi petang.
Kura-kura terbesar. Memang besar. Besar dari Dzal Aidi Fiqry
Dhia memula jumpa kura-kura ni, macam teruja. Bila Dhia tengok cara kura-kura ni makan. Tetiba jadi takut lak. hehehe besor kot mulutnya yer...
Adik gak relax,kan!! Ni kura-kura tau, dik. Insyaallah mummy akan tlg belek-belekkan gambar ni selalu. Supaya anak-anak tak lupa kenangan-kenangan di Farm In The City
Seterusnya, kita tengok kuda kaki pendek. Kuda kecik katanya.
Memula mummy ngatkan ni,keldai.
Bila baca di sini, baru tau ni bukan keldai.
Burung kakak tua yang cantik-cantik di sini. Nak pegang, pun boleh. Jangan bawa balik,je udah!
Hilang penat lelah mak pak. Best melayan anak-anak beriadah dalam Farm In The City
Budak umo 8bulan tu pun apa kurangnya. Seronok Dzal Aidi tengok haiwan-haiwan di Farm In The City. Walaupun kene duduk dalam stroller.
Ni pulak, telur besor. Pijak pun tak pecah, ko.
Dhia siap melompat-lompat.
Mmg la tak pecah kan. Budahk 9kg je pun yang lompat.
Ha...daddy pijak pun tak pecah tau. Telur betul ni, bukan hiasan semata-mata.
Tepi tu pulak cicak lidah biru, badannya corak2 macam ular. Mummy geli nak gi dekat-dekat. Amek gambo dari jauh je la ye.
Kura-kura kecik. Comel, badannya macam bercotak berbatik-batik giteeew.
Sedang melayan anak-anak tgk kura-kura. Boleh pulak, pakcik ni keluarkan ular sawa dari balang kaca. Ades....mummy ko mmg LARIIIIIIIIII....pastu, Dhia pun LAAAAARIIIIIIIIIIIII sama hehehe
Apaknya, nk soh mummy pegang ular tu. Nk bagi RM100 katanya, kalau mummy berani pegang. Ermmmm..ya ampun!! Tak sanggup mummy hoi!
Main sebentar dengan Black Tail Prairie di Farm In The City. Comel je. Geram....
Kita tengok anak ayam pulak.. hehehe comel2 anak ayam. Mengimbau zaman mummy ko kecik dulu, masa duduk di rumah sewa Kg Melayu Subang. Tok Liri (tuan rumah) banyak bela ayam. Ptg2 boleh main kejar-kejar dengan ayam-ayam tu.
Anak-anak ku sekarang? Erm, nak kejar ayam cemana..ddk pun tingkat 8,kan!! So, disini di Farm In The City kita kasik anak-anak pegang, rasa, main bersama-sama.
Pertama sekali, sampai sini..daddy taye mummy satu soklan, " cer teka ni burung apa? Jgn baca apa-apa".
Mummy terkedu dan geleng2kan kepala. Dalam ati, merpati ke? Putih-putih melati je, yg mummy tahu. (Nampak sangat pengaruh lagu kuat dlm diri )
Rupa-rupanya, ini ialah Gagak Putih daa....nampak sangat orang dewasa mcm mummy ni ha... perlu datang Farm In The City
Sessi melepak dengan Dzal Aidi, melepak kat reban ayam je pun hehehe. Mummy nk mengimbau zaman kecik2 mummy, sambil bercerita dengan anak.
Comel je photo booth ni. Kasik Dhia posing di sini dulu di Farm In The City
Photo booth lg. Berehat sebentar sambil Dhia dan daddy bergambar ;) di Farm In The City
Turn mummy dan Dzal Aidi di tempat itik dan angsa. Dzal Aidi pun sibuk nk tengok bunyi apa di sana.
Di sana tu, itik dan angsa...daddy berkata-kata dengan Dhia.
Sana tu pula, fish besar2
Kita bagi fish makan...makanan pallet semua ada di sediakan oleh pihak Farm In The City tak perlu beli dah.
Selesai pegang pallet dan makanan ikan, kita cuci tangan.
Tempat mencuci tangan mmg banyak di sini.
Selesai melawat tempat rerama. Kita main2 dengan rabbit.
Hehe nk dekat2 macam takut. Tapi, ada hati nak main sama-sama.
Acaner tu, ye?
Siap bunyikkan jari jemari lagi tuh.
Nk panggil rabbit kekononnya ;)
Peace sket Dhia... tp, peace Dhia mesti tak jd..hehe
Tempat ni , nama nya Fishing Longkang.
Mummy assume tempat tangkap ikan je lah ye.
taaaaaa daaaaaaaaa..this is my fish
Teruja lah tu..padahal, daddy yang bersusah payah ;)
Kalau rasa dahaga, lapar. Ada kafe dalam ni. Tak makan pun kat sini, kami dah lunch. Mummy melepak minum jap dengan Dzal Aidi je. Bfeed mummy ni, mmg dahaga selalu. Tengok tu, ayam-ayam pun berkeliaran sana sini. Best, sapa sangka tempat ni berada di tengah-tengah bandar. Farm In The City
Tempat sayur dan buah-buahan Farm In The City, tapi tak masuk pun. Kami kesuntukan masa dah ;)
Bergambar dengan rusa pulak.
Paling best kat sini, ada kambing. Dah la pulak tu... dok ngendeng kat mummy je.
Tangkap bawa balik satu, kang. Baru tau! hahaha
Daddy tak leh jauh dari DHia. Dhia takut kambing tu datang dekat.
jom kambing..jom. Ikut balik.
Balik Kajang, kasik sembelih hehehe
Weeee hoooooooo..
Ayam lagi ;)
Tempat biawak dan ular. Sungguh!! Mummy ko tak nak masuk.
Pokok manggis ni, tak lama lagi berbuah.
Wajib kene gi lagi Farm In The City, nak makan buah pulak hehehe
Gegambar ular..dalam rumah ular dan biawak.
Daddy yang snap..mummy tak sanggup nk tengok
Abes jelajah di dalam, kita kasik jelajah di luar.
Tengok ostrich.
Dedulu, masa belajar kat UiTM Arau, rajin gi ladang tengok ostrich ni.
***Kasik ngimbau ler lagi
Kalau keluar berjalan2..tak sah..wajib bawa:-
Toiletries anak-anak, baju extra, pempes tambhan, wet tisu, air, makanan, nursing cover, susu (xde dlm gambar sbb EBM tgh panaskan), sterimar (anak selsema sket), penyedut selsema anak, uv protector dan insect repellent (penting oo...halau nyamuk katanya)
Ni je la.. handbag mummy korang (pemberian daddy) kalau jenjln. Wallet, i pad segala bagai pun kasik sumbat.
Mmg nampak mcm kecik, tapi dalamnya masaallah. Segala bagai la boleh sumbat ;) nak bawa pun sonang je.
Selesai sudah terjahan ekspedisi bersama anak-anak.
Upah Dhia makan ais krim sebelum balik.
Kedai cenderamata Farm In The City, kalau2 nak bawa balik fridge magnet ke tshirt ke.
Bab rege..ok sangat. Tak mahal mana. Fridge magnet Farm In The City dari RM4.00 cenggitu
Yeayyyyyyyyyyyyyy....kami dah jejakkan kaki di Farm In The City sangat seronok. Best!! Sapa2 nak gi, sangat lah di galakkan.
Masa operasi:
9.00 pagi - 6 ptg
Tak lupa juga terima kasih pada Abg Ben Ashaari memberikan saya peluang bersama keluarga bercuti di sini dan terima kasih Encik Raja Farm In The City
Ni Thaipusam bila.. Farm in the city memang best .
ReplyDeletePost a Comment
Welcome back , guys !
Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)
For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com