Ramai
yang takut untuk mengambil perancang
keluarga. Saya pun takut nak ambil perancang keluarga. Takut
dengan ‘side effect’ yang ada. Takut
gemuk (typical orang perempuan), takut mengganggu penyusuan anak-anak. (Sebab
saya fully breastfeed mereka) dan ada juga yang takut mood swing.
Tapi
BETUL KE?? Jadi, kita bertanyakan pada
doktor yang arif tentang semua ini. Kata doktor (yang saya jumpa) mengatakankan semua perancang keluarga ada
efeknya. Bergantung juga pada badan dan hormon seseorang.
Mengenai
susu badan pula. Tak semua perancang keluarga mengganggu penghasilan susu ibu.
Jom kita tengok beberapa jenis perancang keluarga yang tidak mempengaruhi
penghasilan susu badan:-
1) Pil perancang yang tidak mengganggu
penyusuan badan.
Noriday.
Ianya tidak mengurangkan/menjejaskan pengeluaran susu
Noriday
(Norethisterone) menghalang kehamilan dengan 3 cara:-
1.
Norethisterone meningkatkan ketebalan
mucus (lendir) pada pangkal rahim yang boleh mencegah pergerakan sperma ke
dalam rahim dan merendahkan kebarangkalian persenyawaan daripada berlaku
2.
Norethisterone mengubah kualiti lapisan
rahim (endometrium) dan mencegah telur yang berjaya disenyawakan daripada
melekat pada dinding rahim
3.
Norethisterone mencegah pembebasan telur
dari ovari bagi sesetengah wanita yang menggunakan pil ini
Penggunaan Noriday (Norethisterone)
Noriday
hendaklah diambil pada waktu yang sama setiap hari tanpa henti walaupun ketika
kehadiran haid. Sekiranya terlupa, hendaklah diambil secepat mungkin dan pil
seterusnya diambil pada waktu yang sama seperti sediakala.
Noriday
boleh mula diambil pada hari pertama kitaran haid ataupun selewat-lewatnya pada
hari ke-5 kitaran haid anda. Kebanyakan pakar perubatan bersetuju sekiranya
Noriday diambil seawal 6 minggu selepas melahirkan. Walaubagaimanapun kaedah
mencegah kehamilan yang lain juga harus dipertimbangkan kerana organ perkumuhan
seperti hati dan buah pinggang bayi anda masih belum matang lagi dalam tempoh
tersebut.
Keberkesanan Noriday terjejas sekiranya
1.
Noriday dimakan bersama ubat antiepileptic seperti phenytoin, phenobarbital,
carbamazepine
2.
Noriday diambil bersama antibiotik tertentu seperti rifampicin, rifabutin
3.
Noriday diambil bersama antibakterial griseofulvin
4.
Noriday diambil bersama herba St John's Wort
5.
terlewat lebih 3 jam daripada waktu biasa diambil
6.
anda mengalami cirit-birit dalam masa 2 jam selepas makan pil ini
Kaedah
pencegah kehamilan lain haruslah dipertimbangkan sekiranya berlaku mana-mana
situasi di atas.
Dapatkan
khidmat nasihat pakar perubatan anda sebelum mula menggunakan Noriday.
Klinik
Kesihatan Kerajaan ada menawarkan perkhidmatan
PERCUMA untuk kaedah perancang keluarga ini. Tetapi, setiap bulan kene
hadirkan diri untuk saringan kesihatan dan pengambilan pil.
Sumber
http://www.netdoctor.co.uk/medicines/100001870.html
http://www.contracept.org/breastfeeding.php
Cara pengambilan pil Noriday:-
Mula
makan Noriday pada hari pertama haid sehingga habis pek. Ambil pil pada masa
yang sama setiap hari.Pada permulaan mengambil pil Noriday, pencegahan
kehamilan alternatif mesti diambil 14 hari yang pertama.
Selepas
habis pek pertama, anda perlu meneruskan dengan pek kedua tanpa berhenti, tidak
kira jika ada haid atau tidak.Pil ini hendaklah di ambil setiap hari dan pada
waktu yang sama. Pil ini di katakan tidak akan mengurangkan susu ibu.
Namun,
salah satu kesan sampingan yang mungkin di hadapi bagi mereka yang mengamalkan
pil ini adalah gangguan haid yang lazimnya (jika berlaku) tidak teratur, kerap
dan berpanjangan. Peratus kejayaan pil ini ialah 96% hingga 99%.
Anda
dinasihatkan supaya berhenti mengambil
pil perancang serta-merta dan berjumpa dengan doktor jika:
·
Sakit
dada, batuk berdarah dan sesak nafas
·
Sakit
dan bengkak urat kaki
·
Sakit
dada yang melampau
·
Sakit
kepala, muntah, pening, pengsan, masalah penglihatan atau pertuturan, lemah
tangan atau kaki
·
Ketulan
pada buah dada
·
Sakit
pada bahagian perut
2) Depo provera (suntikan
depo)
Suntikan
depo adalah satu kaedah perancang keluarga yang paling selamat juga. Sesuai
untuk ibu-ibu yang tak suka telan pila tau ada masalah lupa nak makan pil.
Suntikan depo ialah perancang keluarga yang diambil setiap 12 minggu. Suntikan pertama akan diberi pada hari
pertama ke hari kelima haid. Selepas itu, anda akan diberi suntikan setiap
3 bulan. Suntikan ini juga di katakan tidak
mengurangkan susu ibu. Tetapi kemungkinan untuk period tidak teratur adalah sangat tinggi, kerana setiap jenis
perancang keluarga biasanya akan mengganggu hormon kita.
Ada
yang mengalami period tidak berhenti selama sebulan dan ada juga yang tidak datang
period selama 2 bulan
Anda tidak boleh menggunakan suntikan depo
jika ada penyakit seperti di bawah:
·
Darah
tinggi
·
Penyakit
hati
·
Herpes
sewaktu hamil
·
Sakit
kuning
·
Gatal
sewaktu hamil
·
Angin
ahmar
·
Sakit
jantung
Klinik
Kesihatan Kerajaan ada menawarkan perkhidmatan PERCUMA untuk kaedah perancang
keluarga melalui suntikan depo. Kos di klinik swasta dalam lingkungan RM50-80
3) Implanon (implan)
Kaedah
ini, yang paling saya minat. Tetapi untuk kaedah perancang keluarga ini.
Ibu-ibu harus mengambil suntikan depo terlebih dahulu. Untuk melihat
keserasian. Jika serasi, barulah doctor sarankan
untuk pengambilan perancang keluarga dengan implanon. Implanon sejenis
perancang keluarga yang di katakan sesuai
untuk ibu-ibu yang menyusukan anak, kerana susu tidak akan kering. Implan
mempunyai kandungan hormon progestron dan ia berbentuk seperti lidi yang
dipasang di bawah kulit pada lengan anda.
Implan
(implanon) berkesan mencegah kehamilan selama
3 tahun.
Implan
mengandungi hormon progesteron yang mengeluarkan hormon secara berterusan dan
menghalang pengeluaran telur. Ia juga menghalang sperma memasuki rahim dengan
menukar lendir pada serviks. Perlindungan kehamilan bermula dari hari
pemasangan.
Peratus
kejayaan adalah 99%.
Kesan sampingan implan:-
·
Antaranya
ialah jerawat, pening kepala, pertambahan berat badan, sengal payudara. Kesan
sampingan yang jarang berlaku termasuk rambut gugur, perubahan emosi, perubahan
nafsu seks, sakit perut dan senggugut.
·
Menurut
pembacaan ummi, ketiga-tiga kaedah ini adalah sangat sesuai diambil oleh
ibu-ibu yang menyusukan anak. Sungguh pun begitu, nasihat ummi, demi memastikan
pil atau apa jenis perancang yang kalian gunakan itu benar2 selamat untuk di
gunakan, sila dapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu.
Klinik
Kesihatan Kerajaan tidak ada menawarkan
perkhidmatan untuk kaedah perancang keluarga implanon. Boleh di buat di Klinik LPPKKN
dengan harga yang agak murah berbanding klinik swasta
4. IUCD
IUCD
pula adalah satu perancang keluarga dengan memasukkan alat plastic berbentuk T
di kelilingi logam atau hormone tertentu.
Keadah yang agak selamat dan tidak mengganggu penyusuan badan. Cumanya
kadang-kadang ada berlaku sedikit pendarahan. Boleh berjumpa doctor jika
terdapat pendarahan yang berpanjangan.
Ianya
akan di pasang pada hari kedatangan haid hujung-hujung (hari ke 5 dan ke atas).
Klinik
Kesihatan Kerajaan ada menawarkan perkhidmatan PERCUMA untuk kaedah perancang keluarga IUCD. Kos di klinik swasta dalam
lingkungan RM50-80.
Saya
juga telah mengambil salah satu kaedah di atas. Sebab apa saya perlu mengambil
kaedah merancang? Untuk menjaga kesihatan dan rahim saya. Kerana anak pertama dan
kedua di lahirkan secara pembedahan. Jarak antara anak-anak saya juga amat dekat
(setahun satu). Alhamdulillah, walaupun saya mengambil kaedah suntikan depo. Susu badan
masih dapat lagi di hasilkan seperti biasa. .susu badan saya tetap MERIAH. Alhamdulillah. Syukur. Sehingga hari ini masih menyusukan badan dua orang anak saya. Cumanya period saya memang tak konsisten
Sebab
itu, saya mengambil suplemen tambahan dari Shaklee seperti GLA Complex Shaklee,
Vitamin C dan Vitamin E
Sebenarnya,
pengambilan perancang keluarga boleh menurunkan
tahap vitamin C sehingga 30% dan boleh mengakibatkan penurunan aras
pyridoxine (Vitamin B6) dan Vitamin E
dalam darah.
Sebab
tu pentingnya suplemen jika kita
mengambil salah satu kaedah perancang keluarga di atas. Ini dapat memastikan kesan sampingan yang
mungkin berlaku dapat di minimakan.
Terpulang pada ibu-ibu di luar sana untuk memilih kaedah perancang keluarga tau pun tidak mahukan perancangan keluarga.
Tapi, RAHIM kita ada SATU. Sayangilah RAHIM kita.
Untuk suplemen kesihatan. Insyaallah membantu ibu-ibu di luar sana.
Bulan ini ada promosi GLA Complex Shaklee.
Untuk keterangan lanjut dan pertanyaan : Facebook Order Shaklee
Hello admin, saya nak tanya bolehkah seorang ibu yang tidak lagi menyusukn anak mengambil pil Noriday?
ReplyDeletePost a Comment
Welcome back , guys !
Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)
For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com