MENYAMBUT ULANG TAHUN KELAHIRAN GIANT PANDA YANG KE-9 TAHUN DI ZOO NEGARA MALAYSIA PADA 23 OGOS 2015
Sabtu, 23 Ogos 2015, kami #kelabbloggerbenashaari telah di beri peluang untuk hadir ke Zoo Negara Malaysia bersama keluarga untuk sambuatan Hari lahir Papa Panda, Xing Xing a.k.a Fu Wa yang ke 9 tahun.
Selepas di beri penerangan tentang panda dan larangan ketika melawat panda di Pusat Konservasidan Pameran Giant Panda Zoo Negara. Kami sekeluarga sempat merakamkan beberapa keping gambar untuk kenang-kenangan. Anak-anak dah tidak mampu untuk memandang kamera. menanti Giant Panda keluar. Masing-masing tak sabar nak melihat Giant Panda!
Sedikit informasi tentang 'najis giant panda'. Mengandungi 80% gentian buloh yang tidak di hadam. Giant panda juga kerap membuang air besar. Di negara China, najis Giant Panda akan di proses untuk membuat kertas.
Untuk makanan pula, Giant Panda memakan buloh betong dan kek khas.
Antara proses membuat kek khas Giant Panda, bukan buat sebarang buat tau! Beratnya, kandungannya, besarnya kene tepat-tepat. Kalau tidak nanti Giant Panda tak mahu makan!
Antara blogger dari Kelab Blogger Ben Ashaari sedang melihat Giant panda di Zoo Negara. Semua tidak ketinggalan untuk merakamkan detik manis di Hari Jadi Papa Panda yang ke 9 tahun.
Pada hari itu, kami dapat melihat papa sahaja. Mama dan anak panda telah di kuarantinkan selama 2 bulan. Selepas kami dapat masuk ke dalam Pusat Konservasidan Pameran Giant Panda Zoo Negara untuk melihat Papa giant panda. Dalam beberpa minit, giant panda terus keluar. Sungguh comel!! Feel tengok live ni lain sangat!
Vidoe yang sempat saya rakamkan. Video ini tak di edit. Maka, ada suara-suara lain di sini ;)
Setelah beberapa minit, giant panda diajak ke tempat lain. Sementara pihak pengurusan menyiapkan kek Hari Jadi Giant Panda. Dekorasi yang cantik. Giant Panda keluar sahaja, terus ke hidangan kek hari Jadi. Sangat pandai!!
Selamat Hari Jadi yang ke 9 tahun. Kami tak boleh nak nyanyi. Duduk dalam ni kene senyap-senyap, tak boleh menjerit, telefon pun kene silent, kamera pun tak boleh ada flash! Ha...gitew peraturan dalam ini tau!
Seronok!! Teruja!! dan macam-macam perasaan ada bila dapat melihat panda. Sebelum ini, dapat lihat di tv, akhbar sahaja. Dapat bertentang mata sendiri. Baru puas!
Informasi tentang Giant Panda di Zoo Negara:-
Papa Panda
Nama asalnya: Fu Wa
Nama di Malaysia: Xing Xing
Lahir pada: 23 Ogos 20006
Tempat Lahir: China
Mama Panda
Nama aslanya: Feng Yi
Nama di Malaysia: Liang Liang
Lahir pada: 23 Ogos 20006
Tempat Lahir: China
Balik rumah, tak cukup dengan patung panda daddy belikan. Kasut panda mummy pun kene tapau dengan anak! Kemahen!!
Siapa yang belum pergi tengok giant panda. Boleh melawat giant panda, selagi mereka ada di Malaysia. Kang kalau terlepas, nak kene ke China lak tengok panda! ;)
seronoknya semua kan....dapat jumpa panda..dapat sambut birthday papa panda sama2
ReplyDeletekasut panda kita sama..hehe..
ReplyDeletesalam kenal lin..
bukan ada anak ke panda tu? comeiii
ReplyDeletehehe, comel jer kasut panda tu...
ReplyDeletetempat ni kat mana? tak pernah tau~
kemain panda . ade kek khas :v
ReplyDeleteComelnye subhanallah. Untungnya kelabblogger ben..")
ReplyDeleteuntung panda la ni...
ReplyDeletehappy besday panda..
ReplyDeleteBest event ever!!!!!
ReplyDeletesangat seronok..kenangan terindah dengan family KBBA...
ReplyDeleteBeat gilerr kan? Hehe... Sejuk nyaman dalam tempat Panda ni.
ReplyDeleteMinta izin guna gambar ya Lynda untuk entri. Gambar akak tak banyak... huhu... Banyaknya udah hilang...
seronok nyer tgk gambo :)
ReplyDeletePost a Comment
Welcome back , guys !
Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)
For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com