Ke Zoo Negara bersama Kelab Blogger Ben Ashaari

Ke Zoo Negara bersama Kelab Blogger Ben Ashaari


KBBA (Kelab Blogger Ben Ashaari) Blogger's Day Out !! Yeay, Lama sudah mummy tak jejakkan kaki ke Zoo Negara. Terakhir kali jejakkan kaki di sini semasa zaman Tadika kot! Daddy pulak, pengalaman pertama dia di sini. Ank-anak? Mestilah kali pertama, kalau mak pak nya pun boleh di katakan kali pertama datang! Nak tahu apa aktiviti kami di Zoo Negara? Jom sambung baca..






Butterfly Garden, Zoo Negara dan Zoo Negara Tour

Tempat pertama (pit stop 1) kami, melihat rama-rama dalam rumah rama-rama. Anak-anak memang teruja, bila nampak rama-rama berterbangan. Sejarah dan jenis rama-rama juga ada di ceritkan di sini. Jika ke Zoo Negara, jangan lupa singgah ke sini. Cenderamata rama-rama juga ada di jual di sini.





Kami di bawa berjalan-jalan ke tempat burung-burung, Siamang, dan Monyet. Kita lalu je, dan dan semua nak buat pertunjukkan. Seronok ye nampak kami datang melawat!


Tunku Abdul Rahman Aquarium, Zoo Negara

Kemudian, kami di bawa ke Tunku Abdul Rahman Aquarium. Di sini, bukan terdapat ikan sahaja. Penguin pun ada!! Seterusnya ke RIver Journey untuk melihat kehidupan di dalam air. Ada ikan besar, ksederhana dan juga ada yang bersaiz kecil.








Multi Animal Show
Di sini kami dapat melihat pertunjukkan burung-burung, singa laut, ular, flamingo dan pelbagai haiwan. 



Tram Ride ke The Wild Restaurant

Dah penat tengok show, kami di bawa menaiki trem untuk ke The Wild Restaurant. Makan tengah hari!! Yeay!! 




Makan Tengah Hari di The Wild Restaurant, Zoo Negara

Di The Wild Restaurant, buat makan-makan sahaja. Ada ucapan dari pihak Zoo Negara dan juga wakil KBBA untuk menyampaikan amanat. Selain itu, ada cabutan nama bertuah. Tahniah pada yang bertuah!!


Melawat Muzium Lebah Sedunia, Zoo Negara

Selesai, program di The Wild Restauran Zoo Negara, kami ke Muzium Lebah Sedunia yang bersebelahan dengan The Wild Restaurant. Dapat rasa madu asli, tak semua madu rasanaya manis. Ada yang masam, tapi sedap!!




Ape Centre, Zoo Negara

Kehidupan orang hutan pelbagai spesis ada di sini. Mereka di letakkan bersama-sama keluarga mereka.

Kita bergambar dan ambil video dulu sementara, menunggu masuk ke tempat Panda Zoo Negara







Boleh baca tentang panda di entri saya sebelum ini. Kisah Panda di Zoo Negara



Savannah Walk, Zoo Negara 

Akhir sekali sebelum pulang ke rumah, kami ke Savannah Walk. Melihat harimau, singa, gajah dan dalam perjalanan nak ke kereta. Sempat melihat burung flamingo beerterbangan live depan muka. Takut pun ada sebenarnya 







Tak lupa jutaan terima kasih kepada semua sponsor, Ben Ashaari, AJK dan semua blogger yang terlibat secara langsung atau tidak langsung.

6 Comments

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com

  1. Seronoknya round2 tgk hidupan di zoo..")

    ReplyDelete
  2. Last year pergi, memang best giler zoo negara ni... cuma tak pergi kandang panda je... urrrgghhh nanti pergi lagi, nak tengok pandd yang gebu gebas tu... mesti anak dia omey sangattt

    ReplyDelete
  3. Wahh ramai nya ahli kelab blogger abg ben. Teringin nak join kelab ni gak.
    Anyway memang beat bwk anak2 ke zoo kan. Sy pon teringin. Tapi anak kecik lagi. Tunggu besar skit boleh bawak..

    Jom join blog segmenSEGMEN PENCARIAN BLOGLIST

    ReplyDelete
  4. suka dengar mc perempuan tu bercakap.. bagus betul... sebutir2 dia cakap..huhu.. best laaa..macam budak2 pulak rasa pi zoo..hehehe

    ReplyDelete
  5. menarik.
    tapi aida kursus 2 minggu d langkawi.
    best nyer kalau dpt gi ramai2 gitu.

    ReplyDelete

Post a Comment

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com

Previous Post Next Post