Sambutan Bulan PLAY-DOH® Membina Komuniti Ceria | Shape A Colorful Community

Pengalaman Bersama Anak-Anak Untuk Sambutan Bulan PLAY-DOH® Yang Julung Kali Diadakan di Malaysia !



Sambutan Bulan PLAY-DOH® Membina Komuniti Ceria | Shape A Colorful Community

Membina Komuniti Ceria Dalam Kepelbagaian Komuniti Malaysia memberikan mummy inspirasi kepada Dhia Batrisya dan Dzal Aidi Fiqry untuk mencipta ukiran PLAY-DOH® yang terbaik dan juga akan menjadi sebahagian dari cubaan memasuki The Malaysia Book of Records!


Dhia Batrisya, 2 tahun suka berimaginasi atau pendek kata kita panggil ‘berangan’. Sebagai seorang emak, mummy tidak pernah nak patahkan semangat Dhia Batrisya untuk ‘berangan’. Kerana mummy tahu ianya imaginasi yang sihat dan penting dalam pembelajaran anak.  Oleh itu, mummy membenarkan Dhia berangan dengan set PLAY-DOH® . Diam tak diam, sudah lebih 50 tahun, PLAY-DOH® berada dalam pasaran untuk memberi inspirasi dan kretiviti kepada kanak-kanak untuk bermain, mencipta, bereksperimen dan mengukir ciptaan unik mereka yang tersendiri.


Dzal Aidi Fiqry yang berumur 1 tahun walaupun belum berumur 2 tahun. Sudah pandai mengikuti gerak permainan kakaknya. Dengan PLAY-DOH® , Dzal Aidi Fiqry menggunakan skill motor tangannya untuk mencipta sesuatu melalui deria sentuhan. Oleh kerana, Dzal Aidi Fiqry bawah 2 tahun. Mummy memantau sepenuhnya aktiviti ini untuk memastikan keselamatan Dzal Aidi Fiqry. 



Seronok Dhia dapat menekan, menggelek dan menggulungkan  PLAY-DOH®. Hari ini, kami sekeluarga bermain dan ciptakan sesuatu bersama anak-anak dan PLAY-DOH®. Imaginasi anak-anak memang tiada hadnya dan kami tak mahu peluang ini di sia-siakan begitu sahaja untuk mereka. Zaman kanak-kanak adalah zaman paling singkat !! 

Melalui imaginasi, teori dan praktikal bersama PLAY-DOH® mampu membina sel-sel otak Dhia dengan lebih pantas.





Apabila bermain PLAY-DOH®, sebenarnya kami telah membentuk satu pasukan dalam sebuah keluarga !! Berkongsi idea, mencipta sesuatu dan membawa kreativiti bersama-sama. PLAY-DOH® juga merupakan aktiviti yang hebat untuk anak-anak kami. Kerana ia menggalakkan Dhia belajar membuat satu eksperimen. 


Dengan PLAY-DOH®Dhia belajar pelbagai kemahiran seperti mengenal bentuk, warna, mempelajari cara mencampurkan warna, belajar kemahiran bersosial dan intelektual. Dan juga menerapkan sifat kerjasama dan penyelesaian masalah.   

Jom ikuti langkah mummy dan anak-anak “Membina Komuniti Ceria - Shape A Colorful Community dengan tip berikut:

 “Membina Komuniti Ceria - Shape A Colorful Community”


Langkah 1: Bekerjasama sebagai sebagai satu pasukan bersama anak. Keluarkan idea yang dapat mewakili Malaysia bersama PLAY-DOH®. Lakarkan idea tersebut dengan menggunakan apa sahaja jenis bahan menulis dan mewarna. 

Kami melakarkan lukisan bertemakan Malaysia. Mewarnakannya terlebih dahulu, supaya senang nak pilih warna dari PLAY-DOH® dengan menggunakan pensil dan krayon berwarna-warni.



Langkah 2: Dengan menggunakan bahan PLAY-DOH®. Lakukan eksperimen dan beri galakan dan kerjasama ibubapa dan anak semasa bermain PLAY-DOH®

Untuk mendapatkan warna tertentu, kami telah menggabungkan warna yang berlainan dan mencampurkannya dengan jari hingga ia menjadi warna lain. Untuk menekan, memotong dan membuat pelbagai bentuk dengan bahan PLAY-DOH® tersebut, kami hanya juga gunakan bahan yang telah sedia ada di rumah sahaja. 



Langkah 3: Perhatikan detik-detik indah bermain bersama PLAY-DOH®. Ibu bapa dan anak bersama-sama dalam merubah reka bentuk asal PLAY-DOH® dari party pack ke karya 3D PLAY-DOH® berwarna berilhamkan Malaysia!  

Kami berjaya menyiapkannya dengan PLAY-DOH® !!


Ta...da........ Menara Kuala Lumpur, Bunga Raya dan Gasing hasil karya 3D kami bersama PLAY-DOH®. 




PLAY-DOH® Membina Komuniti Ceria | Shape A Colorful Community yang bertemakan Malaysia


Sempena bulan PLAY-DOH® dan aktiviti yang julung kali akan diadakan. Ada berita untuk ibubapa dan anak-anak!

Bermula dari 21 September hingga 27 September di Ground Floor, HighStreet, 1 Utama, orang ramai boleh mengambil peluang untuk menghasilkan karya terbaik berilhamkan Malaysia dari PLAY-DOH® dalam apa sahaja pilihan, samada ukiran, nombor ataupun huruf.  
Karya lukisan yang kreatif dari daddy !! Terima kasih daddy !!


Antara program ini adalah untuk mencapai hasil The Malaysia Book of Records bagi rekod pencapaian hasil ukiran PLAY-DOH® paling banyak dalam satu hari itu pada 26 September (Sabtu).

Mummy dan anak-anak juga akan meraikan hari istimewa PLAY-DOH® di sana !!

Kita juga akan dapat menyaksikan rekaan PLAY-DOH® ciptaan masing-masing. Segala penyertaan kreativiti dari PLAY-DOH® akan di pamerkan untuk tontonan semua rakyat Malaysia.

Paling best !! Siapa dapat hasilkan karya paling kreatif, akan memenangi hadiah dari PLAY-DOH® ! 

Ini yang mummy tak sabar, walaupun kekretifan mummy ni sebenarnya suam-suam kuku.




Selanjutnya tentang maklumat dan berita terkini tentang  PLAY-DOH®, layari laman web PLAY-DOH®: www.playdoh.com.
# # #



13 Comments

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com

  1. wahhh cantiknyaaa bunga raya tuhhh....

    ReplyDelete
  2. semangat tgk menara tu.. :D

    ReplyDelete
  3. Wah..best nya dia main uli2 tu kan...
    Jemput ke blog saya
    http://aliafarhansaid.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. bestya..msti seronok kan event tu..kalau menang lagila best..

    ReplyDelete
  5. pandai mommy lukis.. hasil playdoh pon macam real gituu

    ReplyDelete
  6. Rajinnya melayan dengan play-doh

    ReplyDelete
  7. Best sebenarnya main playdough ni. Time nk cuci je xbest. Hahaha good luck dhia

    ReplyDelete
  8. Comelnya.. Saya selalu ada masalah bila anak mintak buat bentuk macam-macam. Hehe. Btw playdoh memang baik untuk perkembangan minda anak. Sebab tu la, layankan ajer.
    8 Cara Merangsang Minda Anak Dalam Kandungan

    ReplyDelete

Post a Comment

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com

Previous Post Next Post