Kempen Kesedaran – PENYUSUAN DENGAN SUSU
IBU SEPENUHNYA SECARA ESKLUSIF SELAMA 6 BULAN.
Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengadakan kempen kesedaran untuk ibu menyusukan anak mereka secara esklusif selama 6 bulan.
Sebagai seorang mummy saya memang berhasrat dari awal tempoh mengandung untuk meyusukan anak-anak saya. Persediaan awal mummy untuk menyusukan anak ialah dengan menyediakan diri dan keluarga. Banyakkan membaca buku dan artikel berkaitan penyusuan susu ibu. Selain itu, sering dapatkan maklumat mengenai penyusuan susu ibu dengan doktor dan jururawat klinik kesihatan atau hospital kerajaan ketika pregnancy check up. Perancangan rapi seperti penyediaan bekas susu simpanan dan pam susu amat penting untuk persiapan penyusuan.
PENYUSUAN ANAK
PERTAMA
Pada
22 Mac 2013, saya telah melahirkan seorang puteri bernama Dhia Batrisya. Di
lahirkan secara emergency ceaserian. Selepas pembedahan selesai, Dhia Batrisya
terus di masukkan ke NICU untuk pemerhatian sepenuhnya dari pihak pakar. Saya
sangat berdukacita kerana tidak dapat menyusukan untuk kali pertama. Saya tidak
berputus asa, malah gigih pam susu di Hospital Serdang. Hospital Serdang adalah
sebuah rakan bayi iaitu hospital yang menyokong penyusuan ibu sepenuhnya.
Segala botol susu tidak di benarkan di bawa masuk ke dalam. Nasib baik, mereka
menyediakan pam susu elektrik untuk di pinjam oleh ibu-ibu di wad Hospital
Serdang. Dapatlah saya mengepam susu untuk mengeluarkan kolostrum untuk di
berikan pada anak saya kali pertama.
MENGANDUNG ANAK
KEDUA
Dhia
Batrisya masih menyusu dari susu badan
mummynya sahaja. Pada umurnya 6 bulan, kami telah menerima berita gembira.
Iaitu telah mengandungkan adik kepada Dhia Batrisya. Teruja dengan kehamilan
sekali lagi. Dalam masa yang sama, saya amat risau tentang penyusuan Dhia
Batrisya. Sedih untuk putuskan penyusuan badan. Doktor juga meminta saya
berikan alternatif lain untuk Dhia. Nasib pada masa itu umurnya sudah 6 bulan.
Dhia sudah boleh di berikan solid food. Sepanjang kehamilan anak kedua. Saya amalkan
pemakanan sihat. Kerana saya ingin menjaga nutrisi bagi 3 orang (diri sendiri,
anak yang sedang menyusu dan anak yang sedang di kandungi).
Sepanjang
kehamilan saya, Dhia terus tidak mahu minum susu badan melalui botol susu. Dhia
hanya mahukan direct breastfeed. Setiap kali waktu rehat. Saya korbankan masa
rehat saya untuk menyusukan Dhia. Saya tidak membuat EBM (simpanan susu beku).
Hanya direct breastfeed sahaja sepanjang tempoh kehamilan anak kedua. Saya akan
menyusukan direct breastfeed pada waktu pagi sebelum pergi ke pejabat, waktu
rehat dan balik kerja. Alhamdulillah, susu badan mencukupi untuk Dhia sepanjang
kehamilan kedua saya.
KELAHIRAN ANAK
KEDUA
25
Jun 2014, saya telah melahirkan seorang putera bernama Dzal AIdi Fiqry. Bersalin
secara pembedahan juga. Ada yang berkata, bersalin secara pembedahan ni. Susu
badan tidak akan ada pada hari pertama? Ok itu tidak benar sama sekali. Saya
dapat menuyusukan anak saya sejurus selepas pembedahan. Setelah pulang ke rumah
dari hospital sehingga hari ini. Saya masih menyusukan dua orang anak saya.
Syukur,
sehingga kini saya dapat susukan anak sepenuhnya secara esklusif 6 bulan dan dapat
diteruskan sehingga berumur 2 tahun. Pemberian susu ibu sepenuhnya bermaksud
bayi tidak diberi makanan atau minuman tambahan yang lain selain daripada susu
ibu.
Kenapa
mummy memilih menyusukan anak secara esklusif selama 6 bulan dan di teruskan
sehingga berumur 2 tahun? Kerana banyak kebaikan untuk ibu dan anak seperti :-
Kebaikan Susu Ibu untuk anak:-
Susu
ibu membekalkan nutrien yang terbaik dan :-
- Ia mengandungi nutrien dalam kadar yang mencukupi.
- Kandungannya berubah mengikut keperluan bayi yang sedang membesar.
- Susu ibu, terutamanya kolostrum dan menguatkan sistem imuniti bayi.
- Ia melindungi bayi dari jangkitan seperti cirit birit, selesema, bronkitis dan radang paru-paru.
- Susu ibu mencegah berbagai masalah alahan seperti asma, ekzema dan kolik bayi.
- Susu ibu mengandungi nutrien tertentu yang amat kritikal untuk perkembangan otak. Ia membantu dalam meningkatkan kecerdikan anak.
- Ia tidak mudah tercemar dibandingkan dengan cara penyusuan lai
- Susu ibu mudah diperolehi pada suhu yang betul setiap masa. Oleh itu ia tidak susah untuk disediakan.
- Ia memberi keselesaan dan keselamatan emosi kepada bayi.
- Ia memberi peluang kepada ibu dan anak untuk berinteraksi sepenuhnya dan meningkatkan hubungan kasih sayang antara ibu dan anak.
Kebaikan Ibu yang menyusukan anak:-
- Membantu mengecutkan rahim dan mengembalikannya kepada saiz yang asal dengan cepat serta mengurangkan pendarahan selepas bersalin.
- Membakar kalori (sehingga 600 kalori) dan mengembalikan bentuk badan asal anda dengan cepat.
- Mengurangkan risiko kanser payudara dan kanser ovari.
- Menjarakkan kelahiran jika mengamalkan penyusuan ibu secara sepenuhnya
Lain - lain
kebaikan:
- Tidak memerlukan perbelanjaan dan bekalan susu sentiasa ada.
- Baik untuk persekitaran kerana tidak memerlukan botol, tin dan kotak-kotak.
- Jimat perbelanjaan seisi rumah.
MERANGSANG PENGHASILAN SUSU.
Sentuhan kulit bayi
dan anak.
Hubungan
antara ibu dan anak melalui deria sentuhan adalah paling kuat adalah antara
satu hingga dua jam selepas kelahiran. Jika melahirkan anak di hospital,
jururawat akan meletakkan bayi ke atas dada atau badan ibu untuk mendapatkan
sentuhan. Sentuhan kulit dengan segera selepas kelahiran adalah penting kerana
selepas 2 atau 3 jam kelahiran bayi akan tidur dalam jangkamasa yang lama serta
merangsang penghasilan susu.
Permulaan awal
Bayi
akan menunjukkan tanda-tanda hendak menyusu seperti merengek atau memasukkan
jari ke dalam mulutnya dan menunjukkan aksi menghisap. Pada masa ini bayi anda
paling cerdas dan bersedia untuk belajar menyusu. Kajian menunjukkan jika bayi
menyusu lebih awal, jangkamasa penyusuan akan meningkat. Ini juga dapat
mempercepatkan penghasilan susu ibu.
Menyusu mengikut
kehendak bayi
Menyusu
mengikut kehendak bayi bermaksud tiada halangan dalam jangkamasa dan kekerapan
penyusuan susu ibu. Ia adalah penting untuk meningkatkan penghasilan susu ibu.
Lebih kerap anda menyusu, lebih banyak susu yang dihasilkan. Bayi boleh menyusu
8 ke 12 kali sehari.
Ibu dan bayi
bersama setiap masa (Rooming - in)
Rooming
- in bermaksud ibu dan bayi tidak dipisahkan lebih dari satu jam pada bila -
bila masa ketika berada di hospital. Ini membolehkan bayi menyusu pada bila -
bila masa dan meningkatkan hubungan kasih sayang antara ibu dan anak. Ini perlu
diteruskan di rumah. Cara ini telah berjaya
meningkatkan penyusuan susu ibu. Ketika berada di hospital, maklumkan
kepada jururawat bahawa anda ingin bayi anda berada bersama-sama anda.
Untuk ibu berkerjaya, boleh cuba untuk membuat susu
simpanan (EBM). Mummy juga membuat stok untuk di bekalkan ke rumah pengasuh.
Seriau wawa baca ban operate tu.. Memang susu ibubsgt bagus uyk bayi, dpt timgkatkan imun dioerg disamping merapatkan lagi anak n ibu..
ReplyDeleteSusu ibu adalah yg terbaikkkkk
ReplyDeleteperkongsian yang bagus.. :)
ReplyDeleteseronok nya dpt chance bf 2-2 anak.. sayang plak rasanya putuskan susu irine.. betul bf ni dapat eratkan kasih syg anak dengan ibu.. waktu bf, dia tenung kita, alahai..syahdunyaa
ReplyDeletesaya sokong! alhamdulillah tiada masalah bagi ketiga-tiga anak saya
ReplyDeleteSememangnya amat bagus jika dilakukan sebegini . Segala khasiat yang akan diperoleh oleh bayi tersebut
ReplyDeleteSusu Ibu yang Terbaik !!.. Titisan Emas yg tiada tandingan... kurniaan dr Ilahi...
ReplyDeletesuka entry ni...tapi pelik tang mengurangkan kolesterol tu...hehehe...asal la macam tak kurang je ni...
ReplyDeleteTak pernah BF ag.. sbb blom kawen. Hehe tp dlu ng mak..sampai dh masuk tingktan pon still nyonyot pting mak.. hehe
ReplyDeletePost a Comment
Welcome back , guys !
Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)
For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com