Bukan cerita baru, tapi ramai tak tahu !
Mummy pun gitu gak ! Kalau bukan kerja mummy, tentunya mummy tak amek tahu. Bila kene kerja dalam Human Resource Depatment / Sumber Manusia. Nampak macam-macam kita boleh dapat benefit dari SOCSO PERKESO.
Selalunya orang akan bertanya, buat apa carum PERKESO? Bukan boleh dapat duit pun !
Ha.......tak benar tu ye !
Ada pulak, yang pernah bercakap. PERKESO atau SOCSO tu boleh claim time gi kerja dan balik kerja je !
Itu betul, tapi belum betul 100% lagi ! yang dapat claim sewaktu dalam perjalanan pergi kerja, sedang bekerja dan balik kerja itu adalah claim ketika dalam kemalangan.
2 JENIS PENCEN DARI SOCSO PERKESO | PENCEN ILAT DAN PENCEN PENAKAT
Jika sakit tak boleh bekerja pulak boleh claim PENCEN ILAT dengan perkeso. Contoh kemalangan dan kaki patah, kene bapaki kaki palsu. Pencarum boleh dapat PENCEN ILAT.
- KEILATAN adalah suatu keuzuran yang berkekalan atau tidak mungkin akan sembuh yang mana mengakibatkan seseorang pekerja itu tidak mampu mencari nafkah sekurang-kurangnya satu pertiga (1/3) daripada keupayaan seseorang pekerja yang normal.
- Perlindungan kepada pekerja yang mengidap keilatan akibat sebarang
sebab yang tidak berkaitan dengan pekerjaan. Antara penyakit-penyakit
kronik penyebab keilatan yang boleh dipertimbangkan adalah seperti sakit
jantung, buah pinggang, barah, sakit jiwa, asma dan sebagainya.
Syarat Kelayakan PENCEN ILAT
- Belum mencapai umur 60 tahun pada masa notis ilat diterima oleh PERKESO
- Sekiranya telah mencapai umur 60 tahun pada masa notis ilat diterima, pekerja hendaklah membuktikan bahawa keilatan terjadi sebelum umur 60 tahun dan tidak bekerja semenjak ia mengalami keilatan
- Disahkan ilat oleh Jemaah Doktor atau Jemaah Doktor Rayuan
- Telah memenuhi mana-mana syarat kelayakan caruman yang telah
ditetapkan sama ada kelayakan caruman penuh atau kelayakan caruman yang
dikurangkan.
Tempoh Bayaran PENCEN ILAT
- Pencen Ilat dibayar bermula dari tarikh notis ilatnya diterima oleh PERKESO atau tarikh berhenti kerja jika pekerja berhenti kerja selepas notis ilat dikemukakan
- Pencen Ilat dibayar selama pekerja mengalami keilatan atau hingga meninggal dunia mengikut mana yang lebih awal
- Pencen Ilat akan digantikan dengan Pencen Penakat sekiranya pekerja itu meninggal dunia semasa menerima Pencen Ilat tanpa mengira umurnya.
- PERKESO berhak menggantung Pencen Ilat dan merujuk semula kes kepada
Jemaah Doktor sekiranya seseorang itu didapati bekerja semula dan
memperolehi pendapatan melebihi 1/3 daripada gaji purata sebelum beliau
mengidap keilatan.
Kadar Bayaran PENCEN ILAT
- Bayaran pencen yang diberi adalah tertakluk kepada kelayakan kadar pencen. Mulai 1 Januari 2012, bayaran minima pencen bulanan adalah sebanyak RM475.00 sebulan.
Dokumen yang diperlukan untuk tuntutan PENCEN ILAT:
Orang berinsurans hendaklah mengisi dan melengkapkan borang dan maklumat berikut:
- Pemberitahuan Keilatan (Borang PKS (F) 41)
- Laporan Perubatan terkini
- Salinan Kad Pengenalan
Untuk kematian, pencarum boleh claim PENCEN Penakat !
Tiap-tiap bulan waris dapat pencen, macam dapat pencen kerja kerajaan tu ! Mengikut syarat dan terma.
Antara sedikit info tentang PENCEN PENAKAT :-
Pencen ini dibayar kepada orang
tanggungan yang layak apabila orang berinsurans meninggal dunia akibat
sebarang sebab yang tidak berkaitan dengan pekerjaan.
Syarat Kelayakan PENCEN PENAKAT
Syarat Kelayakan PENCEN PENAKAT
- Penerima Pencen Ilat meninggal dunia tidak kira berapa pun umurnya
- Orang berinsurans meninggal dunia sebelum mencapai 60 tahun tetapi
telah memenuhi syarat kelayakan carumar penuh atau syarat kelayakan
caruman yang dikurangkan di bawah Skim Keilatan
Kadar Bayaran PENCEN PENAKAT
- Jika orang berinsurans yang meninggal dunia itu adalah penerima Pencen Ilat, kadar penuh Pencen Penakat adalah sama banyak dengan kadar Pencen Ilat yang diterimanya.
- Jika orang berinsurans yang meninggal dunia itu bukan penerima Pencen Ilat, kadar Pencen Penakat bergantung kepada mana-mana syarat kelayakan caruman yang dipenuhi di bawah Skim Keilatan.
- Bayaran pencen yang diberi adalah tertakluk kepada kelayakan kadar
pencen.Mulai 1 Januari 2012 , bayaran minima pencen bulanan adalah
sebanyak RM475.00 sebulan dan dibayar mengikut pembahagian syer orang tanggungan yang layak.
Orang Tanggungan Yang Layak untuk PENCEN PENAKAT
- Balu, atau duda, atau anak;
- Jika tiada balu atau duda, anak
i. adik-beradik ii. ibu atau bapa iii. nenek atau datuk (jika ibu bapa orang berinsurans sudah meninggal dunia)
Nota: Anak bermaksud anak yang berumur kurang 21 tahun pada masa kematian orang berinsurans meliputi : - Anak kandung
- Anak tiri yang ditanggung oleh orang berinsurans
- Anak angkat yang diambil oleh orang berinsurans secara sah mengikut undang-undang pengangkatan
- Anak tidak sah taraf orang berinsurans
- Anak yang terencat mental atau menjadi tidak berupaya secara fizikal
dan tidak berupaya menanggung dirinya sendiri, layak menerima faedah
selama tidak berupaya menyara kehidupannya
Nota: Adik bermaksud adik kandung seibu dan sebapa yang berumur kurang 21 tahun pada masa kematian orang berinsurans.
Dokumen Yang Diperlukan Untuk Tuntutan PENCEN PENAKAT :
Pemohon / Pihak yang membuat tuntutan hendaklah mengemukakan dokumen-dokumen berikut:
i. | Borang Tuntutan Pencen Penakat /Borang 24 | |||||||
ii. | Borang Tuntutan Faedah Pengurusan Mayat - Borang 26 | |||||||
iii. | Salinan Sijil Kematian Orang Berinsurans (depan & belakang) | |||||||
iv. | Lain-lain dokumen : | |||||||
a. Jika Orang Berinsurans Belum Berkahwin :
b. Jika Orang Berinsurans Berkahwin :
|
Setakat ini sahaja mummy kongsikan tentang PENCEN dari PERKESO / SOCSO. Kebetulan tengah buat paperwork staff lama claim untuk pencen penakat. Terpanggil pula untuk mummy menulis.
Untuk keterangan lanjut, boleh layari www.perkeso.gov.my
Assalamualaikum. Saya Aina berumur 19 tahun dan masih belajar. Boleh saya bertanyakan tentang bayaran pencen panakat tersebut. Ibu bapa saya telah meninggal dunia, ibu meninggal 2 tahun yang lepas dan bapa meninggal lebih kurang dalam sebulan. Kini tinggal saya dan adik yang berumur 18 tahun. Soalan saya, adakah pencen panakat itu contohnya sebanyak RM475 kongsi untuk dibahagikan syer kepada dua orang atau bagaimana? Terima kasih.
ReplyDeleteWslm wbt..adik boleh ke mana-mana pejabat PERKESO utk.keterangan lanjut
DeleteKalau dh lama x mencarum layak ke dpt pencen penakat?
ReplyDeleteBoleh dpt, tp jumlah bayaran bergantung pada kiraan caruman tertentu, ada kes x carum 20tahun masih dpt dlm bentuk pukal. http://www.perkeso.gov.my/my/pencen-ilat.html
DeleteBoleh dpt, tp jumlah bayaran bergantung pada kiraan caruman tertentu, ada kes x carum 20tahun masih dpt dlm bentuk pukal. http://www.perkeso.gov.my/my/pencen-ilat.html
DeleteAssalamualaikum, saya berumur 49thn dan tidak lagi bekerja. saya telah disahkan oleh doktor pakar kerajaan mengidap Glaukoma ( hilang penglihatan mata kanan ).
ReplyDeleteAdakah penyakit saya ni dikira kronik dan layak pohon pencen illat?
Boleh terus ke perkeso utk perkara ini. Moga urusan tuan /puan di permudahkan
DeleteAssalamualaikum, saya berumur 49thn dan tidak lagi bekerja. saya telah disahkan oleh doktor pakar kerajaan mengidap Glaukoma ( hilang penglihatan mata kanan ).
ReplyDeleteAdakah penyakit saya ni dikira kronik dan layak pohon pencen illat?
Saya adalah seorang ejen insuran dan saya telah kehilangan perdengaran. Macam mana saya nak buat permohonan mendapatkan pencen....bulanan
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteAssalammualaikum...sya zai dri jb...sya nak tnya psal pencen ilat nie...suami sya thun lpas ada berlaku kmalangan kat tmpt kilang dia n tgn kna potong...dia dah x bkerja...tp tiap2 bln dia dpt duit dri perkeso...bleh ke dia mohon pencen ilat nie wlaupun dia dpt duit dri perkeso tiap2 bln...
ReplyDeleteBoleh terus ke perkeso utk perkara ini. Moga urusan tuan /puan di permudahkan
DeleteAssalamualaikum...sya dri kedah..sya kemlangan pda 5/8/2014..ketika hndak ke tempat kerja..n mndapat kecederan bahagian kiri tangan n kaki..mngalami patah neck of femur n terpksa buang tulang ganti besi utk seumur hdup(THR),patah tulang pergelangan tangan n letak besi plat,patah tulng tibia fibula,patah tulang betis yg kecik 2 tmpat n msuk plat,urat keting putus n hilang msa xcdent.sya dah dpt hilng upaya kekal.bolehkah sya memohon pencen ilat.
ReplyDeleteBoleh terus ke perkeso utk perkara ini. Moga urusan tuan /puan di permudahkan
Deletekalau umur 71 layak x buat tuntutan..ada caruman sampai umur 60..pastu sakit..017-3742984
ReplyDeleteBoleh terus ke perkeso utk perkara ini. Moga urusan tuan /puan di permudahkan
Deletesaya telah mendapat sakit artiatis sakit sendi upaya kerja saya telah menurun tak mampu kerja berat adakah saya layak mendapat pencen ilat,doctor telah mengesahkan saya sakit sendi radang sendi masih dlm rawatan
ReplyDeleteBoleh terus ke perkeso utk perkara ini. Moga urusan tuan /puan di permudahkan
DeleteBanyak soalan x leh jawab.... duk pi tanya perkeso.
ReplyDeleteBaik x yah tanya.
Salam,
ReplyDeleteutk dapat kan pencen ilat ni..pekerja seharus nya berhenti kerja dulu ke atau dalam cuti sakit sahaja? after that boleh con't kerja semula..
Salam nk tnya somi sy baru je meninggal
ReplyDeleteCaruman dia ada 2 tahun je, sy sebagai isteri bole dpt x pencen bayaran bulanan tu
kalau pencarum meninggal pada umur 63 tahun waris layak tak memohon?
ReplyDeleteBanyak info miza dapat dari enteri ne. Good mommy
ReplyDeletekakak sy penerima pencen ilat. baru2 ini beliau meninggal dunia. adakah suami beliau akan terima pencen penakat? sekira nya ya. berapa lama suami akan menerima pencen tersebut. perlukah kita melaporkan ke perkeso tentang kematian ini?
ReplyDeleteSaya patah tulang peha dan betis dah hampir dua tahun tak boleh kerja, kemalangan berlaku balik kefja. Soalnya saya tiada sokso dgn.majikan. adakah kalau saya pernah mencarum sokso dulu saya layak terima sokso dan boleh kan patah kaki yg masih belum boleh jalan hampir dua tahun boleh mohon pada perkeso sebarang tuntutan? Terima Kasih jawapannya.
ReplyDeletesalam...sy mempunyai colostomy usus di luar selepas pembedahan... skrg sudah masuk 3 tahun sy memakai beg colostomy ni... sejak sy usus diluar nk..semua benda x sama seperti sy normal dulu... sy cepat letih..dihydration kerap kene masuk air.. xboleh angkat berat.. xdpt kerja tetap kerana keadaan sy.. sampai kan skrg tempat tinggal pun sy xada.. menumpang bilik di kedai org bersama anak isteri.. knp sy minta bantuan pencen ilat xdpt.. terangkan kat saya.. usus sy ni kekal.. smpai tua.. mempunyai risiko tinggi kalau bawa masuk semula..
ReplyDeleteboleh ke pergi perkeso?
ReplyDeletePost a Comment
Welcome back , guys !
Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)
For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com