Bateri Kereta Kong Tukar dengan Bateriku.com Murah dan Cepat

Kisah Bateri Kereta Kong, Pastinya Nak tukar Dengan Bateri Berkualiti, Murah dan Servis Cepat,kan?  Pilihan kami ialah Bateriku.com

Nak di jadikan cerita...lepas memancing di Kolam Pancing Pak Mat Semenyih. Masa balik, nak start kereta tak boleh ! Mana taknya ! Bateri kereta dah 2 tahun. Bateri kong lah tu ! Nasib baik, daddy ada simpan siap-siap jumper kereta. Jumper terus pada kereta adik ipar. Boleh kami balik ke rumah dengan selamatnya.


Dalam perjalanan pulang tu, daddy minta mummy google mencari perkhidmatan bateri kereta yang boleh memudahkan kerja kami. Bila Google, mummy jumpa bateriku.com . Mummy terus PM di facebook Bateriku.com ...laju je mereka balas. Memang ini yang paling mummy suka ! Siap bagi harga lagi tu ! Mudah nak buat perbandingan harga nanti.


Oleh kerana hari itu, hari Ahad jatuh pula hari cuti umum Thaipusam. Mereka beroperasi sehingga 6 petang. Tak dapat kami nak tukar bateri.

Keesokkan harinya...Plan nak ke Kg Subang. Dalam pada tu, ajak daddy tengok-tengok kedai bateri kereta di Kajang dan Balakong. Kebanyakan supplier Century bateri kereta tutup pula. Ganti cuti Thaipusam,kan ! Manakala kedai spare part nak jual bateri Centuri pada kami lingkungan harga RM200 lebih. Hrm...murah lagi harga bateri di bateriku.com . Baru RM195 (bateri kering) siap pasang dan penghantaran PERCUMA. Daddy memang memilih Brand Century sebab dah ada pengalaman tahan lama, lebih kurang 2 tahun mampu bertahan ! Milage lebih 100,000km. Jimat duit sangat ! Haruslah kene jimat di zaman gawat cenggini,kan?


Kami pun terus buat booking untuk berjumpa di TESCO ARA DAMANSARA. Singgah sini sebelum ke Kg Melayu Subang. Kebetulan, memang dah masa untuk cari barang dapur. Terus buat appointment dengan bateriku.com jumpa kat TESCO terus ! Dalam masa call tu, kami masih di FEDERAL HIGHWAY. Agak-agak dalam masa setengah jam boleh sampai. Pihak bateriku.com pun lebih kurang waktu tu juga masa penghantarannya. Ok cun sangat, dah tu ! Memang tak lama kami di TESCO, pihak bateriku.com pun sampai ! Cepat servisnya. Yang penting MURAH !


Lepas ini, ada sesapa bateri kong di tengah jalan. Boleh call terus bateriku.com . Nak bayar guna tunai, kad debit atau kredit pun boleh ! Mudahkan? Nak order, call sahaja 1 800 88 2324 atau 012-2458027






3 Comments

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com

  1. azlinaqhaisara.blogspot.com27 January 2016 at 16:59

    wahh.. menarik nih. ingatkan makanan je yg ada cod.trnyata aii silap.. eh, macam murah je betri tu.

    ReplyDelete
  2. Info sanagt bagus ni, ok save no depa ni untuk kecemasan.. kot2 la kena kat area KL sana boleh cari yg murah. TQ Lyn.

    ReplyDelete
  3. Menarik.. Online je sekarang...

    ReplyDelete

Post a Comment

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com

Previous Post Next Post