MURAH DAN BUKAN SEKADAR MEMANCING DI KOLAM MANCING PAK MAT TAMAN SRI HANECO SEMENYIH
Hujung cuti yang lalu..cuti agak panjang. 3 hari dari Satu sampai Isnin. Tapi, daddy budak-budak ni kerja Sabtu. Walaupun kerja Sabtu separuh hari. Tetap bawa kami jalan sebelah petang. Jalan-jalan window shopping je. Ahad pula, daddy bawa kami semua berkelah a.k.a memancing. Nak ikutkan memang malas mummy nak ikut gi mancing, Tau ler...budak-budak ini. Mana boleh dduduk diam. Kang ada pulak jatuh dalam kolam. Ntah nape, mummy pun excited kali in nak pergi. Dhia dan Dzal pun dah sibuk nak ikan..nak ikan. Tempat mancing kali ini, mummy belum pernah pergi lagi. KOLAM MANCING PAK MAT TAMAN SRI HANECO SEMENYIH.
KOLAM MANCING PAK MAT ini, tak jauh dari rumah. Lebih kurang 5-10 minit je. Sampai je sini. Dah nampak angsa, ayam, itik kat sini. Dalam fikiran mummy, boleh meronda ni nanti bawa anak tengok haiwan ternakan yang ada.
Semua haiwan ini, tidak terbiar. Semua duduk dalam kurungan jaring. Tapi, si Dhia sakan nangis. Takut katanya. Yang adiknya, Dzal...memula steady je. Sekali nampak angsa tu berbunyi kuat. Terus lari mencicit ! Adoi.. korang ni ! Lotih mummy tau ! Bawa gi zoo sana sini pun, takut lagi !
Yang best lagi tentang kolam ini ialah, besar kolamnya. Dah macam picnic kami. Siap bawa kerusi meja. Makanan minuman. Kalau daddy beritahu awal-awal. Bolah masakkan bihun goreng ke apa. Angin pun sepoi-sepoi bahasa kat sini. Main layang-layang pun bagus gak !
Alhamdulillah, dapat ikan keli ! Boleh buat makan malam untuk daddy, mummy memang tak makan ikan keli.
Ikan paling besar yang ada dapat hari itu ialah tongsan 6.7kg.
Tapi, bukan daddy yang dapat. Orang lain yang dapat. Ok la kan.. at least tahu ada macam-macam ikan di sini. Besar kecil semua ada. Paling besar yang kami lihat hari yang sama mancing dengan kami ikan ini. Kiranya, di sini ada juga ikan besar !
Harga mancing pun boleh tahan murah ! RM15 untuk 4 jam (1 joran). Mana nak dapat harga gini ! Sambil bawa anak riadah. Memang suasana tak membosankan ! Kalau nak ke sini WAZE je KOLAM PANCING PAK MAT TAMAN SRI HANECO
Aik...baru perasan. Gambar Daddy dan Dzal pula banyak kali ini.
Suka aktiviti memancing kalau cepat dapat ikannya..kalau lambat x suka..
ReplyDeleteboleh try mancing bawak family..layan ikan keli..wow.
ReplyDeleteUmpan apa tuan pakai..
ReplyDeletePost a Comment
Welcome back , guys !
Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)
For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com