Kalau sesebelum ini, mummy ada gunakan perencah Char Kuey Tiaw untuk masak Char Kuey Tiaw. Perencah tu memang sedap ! Mudah masak ! Bila stok dah tak ada. Dan bila mana teringin nak makan Char Kuey Tiaw, mencari juga tempat makan Char Kuey Tiaw merata tempat. Kebanyakannya, tak berapa nak kene tekak mummy dan daddy. Tak mahu kondem banyak sangat. Lain orang lain cara masakannya. Tak boleh nak kata apa cara orang lain. Nak cara Char Kuey Tiaw cara sendiri? Kene masak sendiri aje lah ye ! Jadi, malam tadi dah terlanjur beli barang dapur (hujung minggu tak sempat beli barang dapur) dan kebetulan udang saiz besar tu murah RM38/kg (harga asal RM58/kg). Mummy ambil keputusan untuk beli bahan-bahan untuk masak Char Kuey Tiaw. Balik dari pasaraya, terus masak Homemade Char Kuey Tiaw by Azlinda Alin #dapurmummy #dapurmummydhiadzal. Ceeeewah........! Bajet chef, ye ! Mummy tidaklah pandai mana masak, campak-campak je kata orang.
Ada tanya resipi. Resipi cincai boncai je ye ni. Korang nak tambah tolak kemudian, buat je...jangan kecam saya tau ! Seperti yang mummy tulis kat atas tadi. Mummy bukannya pandai masak !
CHAR KUEY TIAW HOMEMADE BY AZLINDA ALIN
Cili boh (kisar dengan air):
3 tangkai cili kering (rebus)
1 bawang merah sedang
2 biji bawang putih
Sedikit halia
Tumis cili boh dengan sedikit minyak (sampai garing sambal tu) , letakkan udang. Tambah air asam jawa (sesudu asam jawa) dengan setengah cawan air. Mmasukkan sayur kucai, taugeh, kuey tiaw. Agak-agak semua dah nak masak. Tambah air lagi sedikit (untuk basah) dan terus pecahkan 2 biji telur . Tutup api selepas 5 saat. Siap ! Boleh hidang dan makan. Mummy suka perah makan dengan limau.. kekonon untuk pecahkan lemak yang ada. Tapi, sebenarnya sedap......nyummmmmmms.
Akak Suka kuew tiow campur kerang....tp x pandai2 buat lg...
ReplyDeleteSedapnya...moi fav ni
ReplyDeleteDulu hb meniaga CKT ni.. puas makan.. hehehe.. ;)
ReplyDeletesedapnye..kak Lynda, nak share resepi ey.. tks..:)
ReplyDeletePost a Comment
Welcome back , guys !
Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)
For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com