Kereta Rosak dan Durian

Kisah Menyayat Hati | Kereta Rosak dan Durian


Mummy dan anak-anak sama ngidam nak makan durian. Dah mula orang jual durian sekarang. Tapi, harga pun boleh tahan gak. Dhia dah berapa kali minta nak durian, bila lalu gerai jual durian di area Kajang. Tak terbeli-beli kami. Sampailah tok mak bawa durian dari kampung (Johor). Eh..tok mak ni, tau-tau je kami nak makan durian ye ! 

Kisah Menyayat Hati | Kereta Rosak dan Durian

Ada beberapa biji tok mak belikan. Mummy pulak dah pekena sebiji durian lunch tadi ! Tak makan nasi pun tak pe..hahahaha. Hantu durian namanya ni !

Kisah Menyayat Hati | Kereta Rosak dan Durian

Durian yang mummy dapat ini, semua jenis durian tidur. Memang sedap !!

Kisah Menyayat Hati | Kereta Rosak dan Durian

Inilah dinamakan kasih sayang mak dengan anaknya dan juga cucunya. Walaupun kereta abah rosak malam tadi di Highway Yong Peng ketika perjalanan pulang dari Kota Tinggi menuju ke Kajang. Gigih bawakan buah tangan untuk anak dan cucunya.

Mummy memang tak duduk diam malam tadi bila kereta abah rosak. Nasib baik tow truck cepat datang. Terus bawa ke bengkel. Entah apa yang rosak, tak boleh start di tengah highway..malam pulak tu.

Alhamdulillah semuanya selamat. Tak ada apa-apa perkara buruk berlaku.

Terima kasih juga pakcikku dari Batu Pahat yang sudi datang bawakan kereta makcikku ke Yong Peng untuk di beri pinjam. 

Ya Allah..syukur sangat-sangat. Semua di permudahkan malam tadi.

Mak SMS dan telefonku dalam 4.30 pagi. Tapi, mummy tak dengar apa. Jam 5 pagi tersedar...tengok-tengok mak dan abah dah tidur di bilik nombor 2 rumah kami. Syukur !! 

Mummy risaukan tok mak tak ada kunci rumah. Nasib ada kunci rumah di bawanya bersamanya.


Kisah Menyayat Hati | Kereta Rosak dan Durian

Tok Mak dan Tok abah terpaksa balik Subang pula hari ini. Nak inform semua budak sekolah, tok abah nak kene ambil cuti dari mengambil dan menghantar anak-anak jiran ke sekolah. Lama sedikit nak cuti, sebab esok lusa nak kene pergi ambil kereta di Yong Peng tu balik. Allah !! Ujian sungguh buat kami.

Oleh kerana, tok mak dan tok abah kesian kan kami dari kene ambil emergency leave. Mereka angkut semua nak kami ke Subang.  Baik tok mak dan tok abah ni. Ye lah kan..kalau cuti hari Isnin ni, pandangan majikan macam negatif. Mereka ingatkan kita dok suka-suka tambah cuti bagi panjang dari hari Sabtu hingga Isnin.

Kisah Menyayat Hati | Kereta Rosak dan Durian

Gambar Whatsapp dari tok mak, hehehe mummy risau kaalu-kalau anak tak behave. Tapi, tok mak kata...semunya ok. Semua baik-baik sahaja.

Kisah Menyayat Hati | Kereta Rosak dan Durian

Jaga diri ye anak-anak...jangan nakal-nakal. Jangan susahkan tok mak dan tok abah tu ye !

3 Comments

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com

  1. Sedapnyaaaa! Siqah kalau makan durian, memang paling suka durian tidur. Suka sangat.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah selamat semuanya... Kadang kala benda dah nak terjadi, kita pun tak tahu benda tu nak terjadi... Apapun, enaaaa gerammm! Gerammm tengok isi deyan tu. MashaAllah! Craving sangat dah ni.. dah dekat dua tahun ena tak merasai durian fresh.. ini fakta bukan auta.. Balik2 durian crepe.. bosan

    ReplyDelete
  3. tok mak bawak untuk cucu dia tu.. nampak sedanya warna durian tu haaa.. tapi kat sini harga boleh tahan, hari tu beli sebiji dah hampir rm50 huhuuu

    ReplyDelete

Post a Comment

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com

Previous Post Next Post