Selamat pagi semua...mummy nak share pengalaman mummy dan keluarga minggu lepas ke KLIA dengan train KLIA TRANSIT . Saje bawa anak-anak naik train. Train pilihan kami ialah train KLIA TRANSIT dari Express Rail Link Sdn Bhd. Nak naik train lain seperti komuter, putra atau LRT tapi..mesti penuh kan. Silap-silap kene berdiri je. Jadi, daddy amek keputusan untuk bawa anak naik train yang lebih relaks dan yang selesa. Kami terus buat keputusan naik KLIA TRANSIT ke KLIA2 dan naik shuttle bas ke MITSUI OUTLET.
Kami naik train KLIA TRANSIT dari stesen Putrajaya & Cyberjaya di Putrajaya Sentral. Tk sabar nak ke Mitsui Outlet. Dengarnya MITSUI OUTLET ni banyak kedai branded dan harganya lebih murah dari shopping mall lain. Aummmm...bab shopping ni kan...memang mummy setuju je 100% kalau daddy nak bawa.
Jalan-jalan Menaiki Train KLIA TRANSIT | Putrajaya - KLIA2 - MITSUI OUTLET SEPANG
Di Stesen Transit Putrajaya Cyberjaya
Tunggu train
Mummy baru tahu ada 3 jenis TRAIN ke KLIA. KLIA VIP SERVICE, KLIA Express dan 1 lagi KLIA transit. Train KLIA EXPRESS kene naik dari KL SENTRAL sahaja. Berharga RM55 sehala dan RM100 untuk dua hala.
Tambang dari Putrajaya Cyberjaya ke KLIA2 ialah RM9.40 manakala kanak-kanak 2 tahin hingga 12 tahun sebanyak RM4.20. Murah naik KLIA TRANSIT berbanding KLIA Express.
Tambang penuh boleh semak di SINI
Dalam train KLIA TRANSIT
KLIA TRANSIT akan berhenti di beberapa tempat untuk mengambil dan menurunkan penumpang. Stesen yang terlibat ialah KL Sentral - Bandar Tasik Selatan - Putrajaya Cyberjaya - Salak Tinggi - KLIA - KLIA2
daddy dan Dzal
Dah sampai ke KLIA2 . Alhamdulillah kami selamat sampai dengan menaiki train KLIA TRANSIT. Seterusnya, kami menanti shuttle bas ke MITSUI OUTLET SEPANG dari KLIA 2. Untuk ke MITSUI OUTLET, perlu menunggu di Platform B09. Tambang? PERCUMA sahaja !
Bas dah sampai..jom naik bas beramai-ramai hehehe. Bas ke MITSUI ini akan singgah ke KLIA2 dan KLIA untuk mengambil dan menurunkan penumpang secara percuma. Allahuakbar...bab PERCUMA tu yang best tu !
Dah sampai MITSUI outlet, banyak kedai ada dalam ni. Besar juga MITSUI OUTLET ini. Murah juga berbanding shopping mall lain. Lepas ni, kalau mummy nak shopping...shopping kat sini je lah kot. Lipstik MAC pun murah dalam RM52, lipstik Estee Lauder dalam RM78. Branded perfume macam DKNY paling murah RM120. Perfume Estee lauder pun boleh dapat dalam RM180. Memang menguji iman sedikit lah datang ke MITSUI Outlet ni. Semua murah...semua rasa macam nak beli. Daddy dok bagi green light je.."amek je..amek je". Kalau bini mu pisau cukur, dah lama amek semua tau !
Barangan sukan NIKE pun murah, kasut NIKE boleh dpaat serendah RM179.
Eh..eh...masuk kedai ICE Watch? Nampak tu sale giler-giler. Ha..... Nanti cerita entri lain ye.
Basahkan tekak sebentar. Air ni pun offer 2 air minuman ni hanya RM25 je
Bab pergi tandas letih sedikit, sebab tandas tu ada toilet bowl dan sinki untuk anak. Bebudak ini, memanjang nak gi toilet je lah. Seronok nak basuh tangan kat sinki kecil. Gambar pula mummy tak ambil. Sibuk jaga anak-anak.
Lepas maghrib bertolak ke KLIA balik dan naik train KLIA Transit ke Putrajaya.
Anak-anak happy. Hari seterusnya, tidur pengsan. Penat sangat kot ! Ni warm up sebelum berjalan jauh ye.
Training untuk travel, nampak macam pass je :)
Kagum ar ngan mummy nie...
ReplyDeletenieyl yg duduk dekat klia putrajaya nie pun...
xpernah lagi naik tau...hihihi...
sbb byk bergerak guna kereta...
lain kali nak shopping dan makan2 kat Mitsui roger lah kami.. boleh kita family gathering, tapi tak join naik train lah...berkereta jer.. dekat x sampai 30 minit. insya allah.
ReplyDeletebest Linda dapat bawak anak2 jalan macam ni...jimat banyak ni..tol, minyak dan parking kan
ReplyDeleteaida lom pernah singgah mitsui.
ReplyDeleteyg FAO melaka tu pun lom tawaf abis :)
asben aida kalu ajak tempat shopping dia memang liat skit tau.
but journey tu sgt menarik la, linda.
fun and interesting bunyi nyer.
Post a Comment
Welcome back , guys !
Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)
For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com