Tempat Best di Penang dan Batu Ferringhi Hotels

Tempat Best di Penang dan Batu Ferringhi Hotels - Asyik cerita pasal Kelantan je kan. Kali ini, mummy nak cerita tentang Tempat Best di Penang dan Batu Ferringhi Hotels. Cuti sekolah pun dah nak dekat, pasti ada yang dah mula plan untuk bercuti samada dengan keluarga mahupun rakan-rakan kan? Haa, kalo nak berjalan ke pulau kawasan pantai timur macam tak sesuai. Sebab musim tengkujuh ni kan. Jom kita ke Batu Ferringhi. Tak susah nak ke Batu Ferringhi ni. Mummy suka ikut highway PLUS je ke Utara. Naik apa? Dah tentu naik kereta. Senang nak meronda atau pun nak singgah balik kampung suami di Taiping.

Tempat Best di Penang dan Batu Ferringhi Hotels 


Jarak Penang dan Taiping hanya lebih kurang kurang 2 jam sahaja perjalanannya.


Tempat Best di Penang dan Batu Ferringhi Hotels


Perjalanan dari KL, perjalanan yang selamat akan mengambil masa dalam 4 hingga 5 jam. Apa yang paling mummy dan anak-anak suka ialah apabila lalu atas jambatan terpanjang di Asia tu. Tenang je rasa nampak laut dan sepanjang berada atas jambatan.


Tempat Best di Penang dan Batu Ferringhi Hotels


Naik kapal terbang pun boleh kalau nak ke Penang ni. Perjalanan dari KLIA ambil masa lebih kurang 40 minit.


Transport? Jangan risau tentang transport. Kat Penang ni mudah nak dapat public transport. Dari airport tu minta je teksi ...terus boleh ke Batu Ferringhi hotels.


Kenapa mummy sibuk nak cerita tentang Batu Ferringhi ye? Ha..kalau nak tahu sebab kat Batu Ferringhi ni banyak tempat menarik yang boleh cuci mata, jalan-jalan cari makan, berehat dan tenangkan fikiran.

Laut pun tak jauh. Kalau nak cakap pasal kejernihan air laut, memanglah ianya tak dapat lawan kejernihan air laut di kawasan pulau sekitar pantai timur. Tapi pantai Batu Ferringhi ni tidak kurang meriah dan bestnya. 


Kalau ada yang jenis suka aktiviti-aktiviti mencabar di laut, korang boleh try parasailing, wind-surfing atau kayak. Banyak penyewa-penyewa di tepi-tepi pantai itu bersaing menawarkan harga yang berpatutan. Pilih je nak ambil servis yang mana. 



Tempat Best di Penang dan Batu Ferringhi Hotels


Tempat Best di Penang dan Batu Ferringhi Hotels

Bagi mummy yang ada anak kecil. Mummy selalunya nak santai-santai. Mummy suka habiskan masa dengan mereka beristirehat sambil main pasir dan mandi pantai. 


Kalau ada yang teringin nak bersiar-siar dekat pulau pula, boleh lawati pulau kecil di Penang dengan naiki cruises. Boleh juga menyewa bot dan meneroka kawasan teluk dan melihat tempat menarik di sekitar Batu Feringghi tersebut.


Untuk yang cari tempat penginapan pula, kat persisiran pantai ni juga terdapat Bayview Beach Resort Penang yang femes tu.

Pantai Batu Ferringhi ni bukan hidup dan meriah di waktu siang je, di waktu malam pun tak kurang hebatnya. Sapa ke sini, boleh lah jalan-jalan di batu ferringhi night marketsambil tengok buah tangan yang sesuai pada harga berpatutan untuk korang beli dan bawa pulang. 


Moonlight Bay’s Wet World Wild Batu Ferringhi
Sumber dari SINI

Selain itu, boleh juga boleh datang melawat Moonlight Bay’s Wet World Wild. Kalau ada antara korang yang minat seni, boleh pi ke Yahong Art Gallery. 


Sekali lagi mummy nak pesan, jangan risau bab transport bagi yang datang Penang dengan menaiki kapal terbang, kereta api atau bas. Kat sini sangat mudah nak dapatkan public transport. Mungkin sebab tu  kebanyakkan pelancong yang datang ke Penang ini suka berjalan kaki je sambil hidup udara segar di Batu Ferringhi tu.

Selain itu, korang boleh melawat tempat menarik seperti:


Toy Museum Batu Ferringhi Penang
Sumber gambar dari SINI
  • Toys Museum iaitu muzium permainan yang menyimpan pelbagai figura dan mainan. Kalau bab mainan ni pasti bukan je anak-anak yang tertarik kita yang dah berumur ni pun tertarik nak pegi tengok. 
  • Memancing di persisiran pantai. Daddy memang hobinya memancing dan suka memancing. Memang sesuai kami ke Batu Feringgi ni. Sebab di Batu Ferringi ini, boleh mancing ! Chill je kan? 
  • Jungle Trekking di Taman Negara, Pulau Pinang yang terletak tidak jauh dari Batu Feringgi ni. Best sambil melancong sambil buat beraktiviti lasak ni. 
  • Berkhemah di Taman Rimba Teluk Bahang juga melawat Taman Rama-rama dan kilang batik di situ. 

  • Pergi visit Tropical Spice Garden, melawat Fruit Farm, melawat Penang Botanical Garden dan lain-lain 

Dah penat-penat berjalan-jalan tu mesti lah lapar. Nak rasa juga rasa makanan di Batu Ferringhi food, kan? Jadi, bolehlah singgah makan di restoran Khaleel nasi kandar yang sangat istimewa kepada penggemar-penggemar nasi kandar. 

Bagi penggemar char kueh teow pula, kalau kat KL susah sangat nak dapat char kueh teow yang betul-betul kaw, cuba sini restoran Mady Penang char kueh teow. Haa. Banyak lagi lah kalau nak cakap bab kedai makan di Batu Feringghi.

Kalau dah plan nak buat aktiviti dan cari tempat makan makanan yang best, mesti lah kena book hotel dulu kan? Batu Ferringhi ada banyak hotel murah, mahal, mewah dan biasa. Ha...macam-macam ada. 

Dari hotel ternama dan popular sampai ke bajet hotel. Kalau mummy kan..mummy nak mudah je booking hotel. Mummy pi kat https://www.traveloka.com/en-my/

Mudah booking online, klik-klik je. Siap ! Okey lah, di kesempatan yang ada ni..mummy nak ucapkan selamat bercuti pada yang akan bercuti. 

Enjoy...

7 Comments

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com

  1. Semua tempat kat penang best....

    ReplyDelete
  2. Banyak jugak tempat menarik di Penang ni ye.....

    ReplyDelete
  3. Balik Kedah takdan nk singgah pulau.. aduh rindunya nk pi Batu Feringgi berkelah.. syoknya pekena nasik kandaq sana, laksa .. banyak lagi.

    ReplyDelete
  4. belum pernah sampai lagi penang,,
    nampak cam best jer tengok laut..

    ReplyDelete
  5. Tq for sharing kak azlinda.. siqah terjah balik entri ni kalau ke penang nanti :)

    ReplyDelete
  6. Wah, tak tau pulak ada muzium toy terbesar didunia ada di Penang

    ReplyDelete

Post a Comment

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com

Previous Post Next Post