Berbulan juga siapkan dan planning untuk Aqiqah Dzal Aidi Fiqry. Ada yang tanya, aqiqah baby baru ke? Huhuhu aqiqah baby tua ni, tapi masih belum baligh. Maka, masih ada tanggungjawab kami. Bila nak fikir bab aqiqah ini, kena juga tambah tolak kira-kira bajet semasa. Oleh kerana aqiqah ini, lebih afdhal di lakukan dengan duit dari bapa. Jadi, aqiqah Dzal Aidi Fiqry bergantung green light daddy.
Misi Persiapan Aqiqah Dzal Aidi Fiqry
Alhamdulillah, walaupun Dzal Aidi Fiqry dah berumur 2 tahun. Rezekinya aqiqah pada usianya itu. Masa Dhia Batrisya dulu, aqiqahnya ketika mummy dalam tempoh berpantang. Awal buat aqiqah Dhia Batrisya dulu. Mungkin rezeki Dhia Batrisya pada masa itu.
Kambing Dhia 3 tahun lepas ;)
Kambing Dzal
Door Gift dalam proses :)
kad jemputan untuk di edarkan pada kumpulan Yassin dan surau ;)
Oleh kerana kali ini, aqiqah anak lelaki. Maka 2 ekor kambing akan di aqiqahkan. Seperti biasa, kami suka aqiqahkan depan mata dan aqiqah di tempat sendiri. Dan masak sendiri juga nanti. Kolot ke? Tak,kan? Dari segi pemilihan kambing, kami nak pilih kambing sendiri dan melihat kambing itu.
Ketika penyembelihan kambing aqiqah juga nak bawa anak lihat depan mata juga.
Mencari kambing aqiqah ni pun makan masa, dekat sebulan juga mummy dan daddy survey untuk kambing Dzal Aidi Fiqry
Antara tempat yang shortlisted ialah di Ijok, Keramat (tempat beli kambing aqiqah Dhia Batrisya) dan Hulu Langat.
Oleh kerana hujung minggu aritu, hujan dengan kerap. Kami ambil keputusan ke kandang kambing di Hulu Langat je.
Sampai di sana, daddy puas hati dengan kambing yang ada, harga juga agak murah dan pilihan kambing juga banyak.
Terus kami booking terus kambing aqiqah Dzal Aidi Fiqry.
Walaupun dah buat pendahuluan dan dah pilih kambing. Pihak penjual tetap berikan kelonggaran untuk kami menukar mana-mna kambing pada bila-bila masa.
Bagus,kan !
Sehari sebelum majlis, kami akan datang kembali untuk menyaksikan penyembelihan kambing aqiqah Dzal Aidi Fiqry.
Buat masa ini, inilah 2 ekor kambing aqiqah Dzal Aidi Fiqry telah di pilih. Bertanda oren.
Apa hukum aqiqah ini, ye? Jom kita tengok hukum aqiqah .
Hukum Aqiqah
Aqiqah hukumnya adalah sunnah muakkad, sekalipun orang tua dalam keadaan sulit. Aqiqah juga telah dilakukan oleh Rasulullah saw. dan para sahabat.
Hukum aqiqah adalah sunnah mu’akkad dan seharusnya tidak ditinggalkan oleh orang yang mampu melakukannya.
Aqiqah bagi anak laki-laki afdhalnya dengan dua ekor kambing, namun dengan seekor kambing juga dibolehkan. Sedangkan aqiqah bagi anak perempuan adalah dengan seekor kambing.
Waktu utama aqiqah adalah hari ke-7 kelahiran, kemudian hari ke-14 kelahiran, kemudian hari ke-21 kelahiran, kemudian setelah itu terserah tanpa melihat hari kelipatan tujuh. Pendapat ini adalah pendapat ulama Hambali, namun dinilai lemah oleh ulama Malikiyah.
Aqiqah asalnya menjadi tanggungjawab ayah selaku pemberi nafkah. Aqiqah ditunaikan dari harta ayah, bukan dari harta anak. Orang lain tidak boleh melaksanakan aqiqah selain melalui izin ayah. (Shahih Fiqih Sunnah, 2/382)
Imam Asy Syafie mensyaratkan bahawa aqiqah adalah untuk orang yang mampu.
Imam Asy Syafie berpendapat bahawa aqiqah boleh di lakukan pada bila-bila masa. Namun disarankan agar tidak dibuat ketika sudah baligh. Jika aqiqah ketika sudah baligh. Maka, ianya tidak wajib di buat oleh bapanya atau orang tua. Tetapi, anak punya pilihan, boleh mengaqiqahi dirinya sendiri atau tidak.
Dalam aqiqah ini mengandung unsur perlindungan dari syaitan yang dapat mengganggu anak yang terlahir itu, dan ini sesuai dengan makna hadits, yang ertinya: "Setiap anak itu tergadai dengan aqiqahnya."
Sehingga anak yang telah ditunaikan aqiqahnya insya Allah lebih terlindung dari gangguan syaithan yang sering mengganggu anak-anak. Hal inilah yang dimaksud oleh Al Imam Ibunu Al Qayyim Al Jauziyah "bahawa lepasnya dia dari syaitan tergadai oleh aqiqahnya".
Sehingga anak yang telah ditunaikan aqiqahnya insya Allah lebih terlindung dari gangguan syaithan yang sering mengganggu anak-anak. Hal inilah yang dimaksud oleh Al Imam Ibunu Al Qayyim Al Jauziyah "bahawa lepasnya dia dari syaitan tergadai oleh aqiqahnya".
Aqiqah merupakan tebusan hutang anak untuk memberikan syafaat bagi kedua orang tuanya kelak pada hari perhitungan. Sebagaimana Imam Ahmad mengatakan: "Dia tergadai dari memberikan Syafaat bagi kedua orang tuanya (dengan aqiqahnya)"
Sumber : google
Sumber : google
Alhamdulillah..
ReplyDeletealhamdulillah
ReplyDeletecute pulak tgk geng biri2 tuh..eheh
alhamdulillah..
ReplyDeleteSyukur....kambing tu mcm redha je dgn takdir dia nanti hehe..
ReplyDeleteWah...mesti seronok ni...akak x berani janji dpt dtg ke x..insyaallah kalau xde aral
ReplyDeletetq share info psl aqiqah.. berguna sgt ni
ReplyDeleteDah aqiqah ini semoga diberkati anak yang telah diaqiqahkan
ReplyDeletePost a Comment
Welcome back , guys !
Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)
For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com