Sonovision menawarkan scan ultrasound PERCUMA untuk awal kehamilan. Menarik tak, bila dapat scan ultrasound PERCUMA? Mummy teringat zaman mengandungkan Dhia Batrisya dan Dzal Aidi Fiqry. Tak ada scan ultrasound percuma masa tu. Melainkan scan ultrasound di Klinik Kerajaan je lah kan boleh dapat PERCUMA. Cumanya, kalau scan ultrasound di Klinik Kerajaan, awal kehamilan tak nampak apa pun sangat, ukur pajang lebar pun semua tak dapat. Dan ada setengah KK tak buat scan ultrasound ini. Beza pula dengan Sonovision Ultrasound ini. Awal kehamilan pun boleh nampak ! PERCUMA untuk awal kehamilan lak, tu !
Sonovision Scan Ultrasound, Sonographer Jezzlyn
Mummy dan Jezzlyn
Sebab tu dulu kala, mummy suka pi buat scan ultrasound dengan Sonographer, Jezzlyn. Dedua anak kami, buat scan ultrasound dengan Sonographer Jezzlyn. Siapa Jezzlyn? Jezzlyn ialah Sonographer dan beliau sebenarnya adalah pemilik Sonovision Ultrasound.
PENGALAMAN KE SONOVISON UNTUK SCAN ULTRASOUND PERCUMA
Sonovision terletak di Plaza Kelana Jaya berdekatan juga dengan kompleks latihan MAS (Malaysia Airlines, Kelana Jaya). Tempat meletakkan kereta pun ada di sediakan.
Sonovision berikan perkhidmatan PERCUMA untuk scan ultrasound bagi usia kandungan 5 hingga 10 minggu.
Sessi perjumpaan pertama ini di panggil sebagai "Dating Scan"
Walaupun scan pada usia awal kehamilan 5 hingga 10 minggu. Mummy masih lagi teruja ! Dah anak masuk 3 orang pun teruja,ke?
AZLINDA ALIN MENGANDUNG?
Eh, mummy mengandung ke? Ops...pecah tembelang di sini ya ! Tak boleh simpan rahsia betul, lah mummy ni kan?
Oleh kerana, entri blog mummy ini lebih pada parenting. Tak syiok la kan. Kalau mummy tak share bab SCAN ULTRASOUND PERCUMA ni.
Mummy nak semua pembaca blog mummy boleh dapatkan scan ultrasound percuma di Sonovision untuk tempoh kehamilan 5 hingga 10 minggu ini.
Berbalik pada kes mummy mengandung, ke?
Ya..mummy mengandung anak nombor 3 sekarang. Alhamdulillah ..syukur. (Mohon doa baik-baik untuk kami dan anak dalam kandungan ini supaya sihat walafiat ya)
Surprise sangat tau kali ini. Mummy terkejut bila dapat tahu sedang mengandung.
Ye lah kan, mummy kan ambil perancang keluarga. Tapinya, tak displin. Maka...jeng..jeng..jeng lah jawabnya hehehehe.
Macamana dapat tahu mengandung?
Ada satu hari tu, terasa nak beli preganancy test. Sebab badan asyik tak sihat je. Baju dan seluar pun dah macam sendat balut buah nangka je,kan. Tapi, sebelum tu minta permission daddy dulu. Once, setuju..mummy pun beli pregnancy test dan buat ujian air kencing sendiri.
Ya Allah..positif ! Terus whatsapp asben laju-laju dalam toilet tu juga. Nak buat cemana katanya, dah rezeki kan.
Lepas dapat tahu, terus ke Klinik Kesihatan Kajang untuk check up. Senang buka buku terus.
Bila nurse tanya, bila last period. Mummy tak ada jawapan sebab, mummy yakin tak akan mengandung. Huhu..jadi tak rekod bila last period. Dan, tak tahu lah berapa usia kehamilan mummy masa itu. Scan pun, tak nampak apa lagi.
Tak puas hati lagi...pergi pula cari pregnancy test digital. Maksimum 3+, tapi dalam kertas tu bagi tahu kandungan mungkin dalam 5 minggu.
SCAN ULTRASOUND DI SONOVISION KELANA JAYA
Penting bab EDD due date bersalin. Jadi, kami terus bookong appointment dengan Jezzlyn, untuk dating 2D scan ultrasound PERCUMA ni.
Setelah Jezzlyn buat scan ultrasound, alhamdulillah dapat EDD anak kami nombor 3. Iaitu pada 9 Julai 2017 Insyaalah. Oleh kerana mummy bersalin secara ceaserian. Kemungkinan tarikh bersalin awal 2 -3 minggu. Samada beberapa hari sebelum raya atau sedang raya Aidilfitri.
Scan Ultrasound ini seronok sangat. Seronok sebab dapat melihat wajah kesayangan kita ketika mereka dalam perut. Walaupun panjangnya baru 1.33cm ketika usianya 7 minggu 4 hari (2D scan ultrasound pada 24 November 2016) Comel je dengar heartbeat nya pada bacaan 153. Jezzlyn beritahu, semuanya berada dalam keadaan normal.
Alhamdulillah !
Ish..geram dan tak sabar untuk next scan ultrasound !!
Scan ultrasound 5D ini hanya ada di Sonovision. Canggih betul Sonovision ultrasound ini, kan?
BAGAIMANA NAK BOOKING DENGAN SONOVISION PREGNANCY ULTRASOUND?
Langkah-langkah booking scan ultrasound dengan Sonovision :-
1) Like Facebook : 5D scan Sonovision https://www.facebook.com/SonovisionUltrasound/
2) Klik "Make Online Booking"
3) Pilih Sonographer professional / trainer / 5D scan
4) Isikan tarikh dan masa temujanji
5) Isi butiran yang dikehendaki
6) Tekan butang "Make Appointment"
7) Hadirkan diri temujanji dan selamat berdating dengan baby :)
Booking ini un PERCUMA je. Tak perlu bayar.
Selanjutnya boleh layari:
5D scan Sonovision : https://www.facebook.com/SonovisionUltrasound/
Sonovison Ultrasound
H01-2, Plaza Kelana Jaya
Jalan SS7/13 47301 Petaling Jaya Selangor
Email : sonovisionultrasound@gmail.com
03-74503183
Waze : TKM Blades Malaysia Plaza Kelana Jaya
Tahniah kak lin. Wah..dah ada 5D skrg ni.
ReplyDeleteAlhamdulillah... Tahniah mummy lin. Taje care 😊
ReplyDeleteseronoknya dengar..tunggu adik fariza mintak buat 5d..hahaa
ReplyDeleteTahniah sis.. semoga dipermudahkan..
ReplyDeletejemput singgah my blogshop, ada pucci yang cantik2..
http://mymodestycloset.blogspot.my/
jom exchange link nak?
Alhamdulillah.. tahniah dear
ReplyDeletesemoga kesihatan semkain lebih baik dan lebih gorgeous
Tahniah kak lin... bestnya dapat baby.. semoga dipermudahkan nanti
ReplyDeleteTahniah sis.. bkal dpt bby ketiga.
ReplyDeleteSeronoknya dpt buat scan gitu awal2..
Mmg xde kne byr ppe ke kak lps scan tu?
ReplyDeletenak try la.. nak free boleh tak? hihii
ReplyDeletePost a Comment
Welcome back , guys !
Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)
For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com