Kisah percutian keluarga kecil kami ke Hello Kitty and Little Big Club Puteri Harbour Johor Bahru. Bukan kali pertama anak-anak ke sini. Ini merupakan kali kedua anak-anak jejakkan diri Hello Kitty and Little Big Club Puteri Harbour Johor Bahru. Pada asalnya nak jenjalan holiday ke Langkawi. Tetapi memandangkan cuaca sekarang susah nak di ramal. Maka, daddy ambil keputusan bercuti di tempat indoor.
Bercuti di Sanrio Hello Kitty and Little Big Club Puteri Harbour Johor Bahru
Dhia pun dah lama meminta nak bermain di Hello Kitty and Little Big Club Puteri Harbour Johor Bahru.
Kali ini tertunai...permintaan anak-anak. Time mereka kecil-kecil lah syok datang sini. Dah besar nanti, lain pula minat mereka.
Kami beli tiket secara walk in. Sebab walk in lebih murah. Masuk ke semua tempat Hello Kitty and Little Big Club Puteri Harbour Johor Bahru (3 tingkat) dari RM125, dapat diskaun 25%. Kami kena bayar laki bini RM200 je. Anak bawah 90cm atau bawah 3 tahun. Masuk PERCUMA.
Jika bernasib baik, datang awal. 100 orang yang pertama dapat beli tiket BUY 1 FREE 1.
Nak murah...jadilah orang 100 yang pertama ye..
Pertama sekali, kami terjah Hello Kitty Town dulu. Buat 4 aktiviti, tengok konsert, bergambar dengan Hello Kitty.
Aktiviti 1 di Hello Kitty and Little Big Club Puteri Harbour Johor Bahru : Deko cookies
Aktiviti 2 di Hello Kitty and Little Big Club Puteri Harbour Johor Bahru : Menggayakan Costume
Aktiviti 3 di Hello Kitty and Little Big Club Puteri Harbour Johor Bahru : Buat Kipas Tangan
Aktiviti 4 di Hello Kitty and Little Big Club Puteri Harbour Johor Bahru : Buat Button Badge.
Selesai buat button bagde. Kami teruskan dengan aktiviti bermain indoor game.
Dalam level 1 Hello Kitty Town ni ada indoor games cawan pusing-pusing. Main sampai pening hehehe.
Lepas tu ada rumah Hello kitty yang cantik. Walaupun pernah ke sini dan bergambar hampir 3 tahun lepas. Kita repeat lagi bergambar ye .
Sekitar konsert Hello Kitty. Memang teruja lah si Dhia dapat tengok dan salam dengan Hello Kitty. Dulu-dulu gi sini masa kecil. Tak ingat sangat. Tapi mummy ada rekod dan letakkan dalam YouTube.
Dhia recall dari situ je.
Video kali ni belum habis upload di YouTube.
Selesai level 1, terus kami ke level 2 dan 3 untuk ke Little Big Club.
Di level 2 ada, pemainan indoor dan juga konsert seperti Thomas & Friends, Barney dan banyak lagi.
Sambung main di level 3 untuk permainan indoor. Tapi, Dhia banyak tak nak main. Takut katanya. Dzal so far ok. Nak ikutkan ketinggian Dzal tak lepas. Tapi sebab dah nak tutup. Dapat juga naik.
Sukalah budak tu dapat pergi tengok hello kitty siap dapat pakai custome lagi.
ReplyDeleteSeronoknyaaaa. Nani teringin jugak nak pergi sini. Hopefully one day :)
ReplyDeletePost a Comment
Welcome back , guys !
Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)
For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com