Alhamdulillah syukur, kerana kali ini mummy dan keluarga dapat memeriahkan Family Day Kelab Blogger Ben Ashaari (KBBA) di De Rhu Beach Resort, Kuantan Pahang pada 11 Februari 2017 hingga 12 Februari 2017. Perjalanan kami dari Shah Alam menggunakan Lebuhraya Pantai Timur LPT mengambil masa 3 jam lebih sahaja ke De Rhu Kuantan Pahang.
De Rhu Beach Resort Kuantan Pahang ini bukan sahaja tempat percutian semata. Malah ianya antara tempat paling famous untuk pelbagai aktiviti, program, event dan function.
Mummy pun sebenarnya, baru sahaja ke De Rhu Beach Resort, Kuantan Pahang pada bulan September 2016 untuk program Family Day sebelah adik ipar.
Di sepanjang perjalanan ke Kuantan. Ada banyak kawasan rehat dan rawat. Kami sempat berehat sebentar di sebuah perhentian untuk berehat dan membuang air.
Sampai sahaja di bandar Kuantan (berdekatan dengan De Rhu Resort Kuantan Pahang), kami berhenti sebentar untuk makan tengah hari. Bab tempat makan di Kuantan ini, tak perlu risau sangat. Memang banyak kedai makan yang menarik dan sedap-sedap ada di sini.
Family Day Kelab Blogger Ben Ashaari (KBBA) di De Rhu Beach Resort, Kuantan Pahang pada 11 Februari 2017 hingga 12 Februari 2017
Hari Pertama 11 Februari 2017 - Family Day Kelab Blogger Ben Ashaari (KBBA) di De Rhu Beach Resort, Kuantan Pahang
Jam 2 petang, selesai makan tengah hari. Kami terus ke De Rhu Beach Resort Kuantan Pahang untuk check in. Selesai check in, kami meneruskan aktiviti bebas.
Inilah bilik kami...selesa dan katilnya besar. Mummy seronok sebab dapat katil king. Boleh kami tidur berempat.
Antara kemudahan lain yang ada dalam bilik kami ialah :
Sterika
Papan menggosok
Sejadah
Al Quran
Almari baju
Penyangkut baju
Peti sejuk
Tempat memasak air
Kopi / Teh / Gula
Television
Telefon
Bilik air yang selesa bersama peralatan mandi
Kerusi santai
Lampu tidur
Perkhidmatan WIFI
Selepas Asar, kami bawa anak turun bersantai di kolam renang.
Di De Rhu Beach Resort Kuantan, Pahang ini ada mempunyai 3 jenis kolam renang.
Tapi, anak-anak tertarik pada kolam renang ini. Mana taknya, kolam renang ini ada tarikan tersendiri iaitu papan gelongsor, buaian dan tempat simbah air.
Aktiviti Family Day Kelab Blogger Ben Ashaari (KBBA) di De Rhu Resort, Kuantan Pahang pada malamnya di teruskan dengan program makan malam dan sessi berkenalan dengan Lembaga Zakat Selangor (Bahagian Media Sosial).
Puan Jun - Lembaga Zakat Selangor
Cenderahati dari Zakat Selangor
Sessi ini bertempat di Dewan Bunga Raya De Rhu Beach Resort, Kuantan Pahang.
10 Dewan Untuk Pelbagai Event dan Program di De Rhu Beach Resort, Kuantan Pahang
De Rhu Beach Resort, Kuantan Pahang sebenarnya mempunyai 10 buah dewan untuk seminar, gathering, family day dan pelbagai acara.
Banyak dewan untuk function , kan? Patutlah, De Rhu Beach Resort, Kuantan Pahang menjadi tarikan utama untuk acara sebegini.
Selesai acara makan malam dan sessi berkenalan dengan pihak Lembaga Zakat Selangor. Aktiviti santai beramah mesra sesama blogger di teruskan sehingga 1 pagi.
Hari Kedua 12 Februari 2017 - Family Day Kelab Blogger Ben Ashaari (KBBA) di De Rhu Beach Resort, Kuantan Pahang
Aktiviti Family Day Kelab Blogger Ben Ashaari (KBBA) di De Rhu Beach Resort, Kuantan Pahang pada hari kedua ialah program sukaneka.
Kami mengenakan t-shirt dari AJ Cetak untuk program hari ini. Sedondon gitu ! Memang I like sangat bab-bab sedondon ni. Hehehe
Satu-satunya acara sukaneka yang Dhia Batrisya dan Dzal Aidi Fiqry sertai di Family Day Kelab Blogger Ben Ashaari (KBBA) di De Rhu Beach Resort, Kuantan Pahang , rebut gula-gula.
Penuh satu topi kutip kutip gula-gula, walaupun hujan renyai-renyai membasahi tanah De Rhu Beach Resort, Kuantan Pahang.
Program Family Day Kelab Blogger Ben Ashaari (KBBA) di De Rhu Resort, Kuantan Pahang seterusnya ialah makan tengah hari di Dewan Bunga Raya. Menu nasi minyak, ayam masak merah, penchuk nenas timun dan pelbagai lauk pauk yang sedap.
Malangnya, mummy kurang sihat pada waktu itu. Boleh pulak kena muntah-muntah dan cirit birit. Bukan mummy seorang yang kena. Dhia Batrisya juga kena cirit birit.
Bukan sebab salah makan atau apa. Memang family kami terkena jangkitan ini. Dari anak buah, Dzal Aidi Fiqry (pernah cerita di SINI), daddy, adik, atok, nenek dan sengkatannya kena secara berperingkat. Tak pasti pula virus apa.
Apapun, kami happy dan enjoy program Family Day Kelab Blogger Ben Ashaari (KBBA) di De Rhu Beach Resort, Kuantan Pahang. terima kasih pada semua pihak yang terlibat. Hingga kita ketemu lagi !
Selanjutnya tentang resort ini, boleh layari :
Facebook : De Rhu Beach Resort Kuantan
Instagram : De Rhu Beach Resort
LKPP De Rhu Beach Resort
152, Sungai Karang, Beserah
26100 Kuantan
Pahang Darul Makmur, Malaysia.
Tel: +609 5579 000/
Fax: +609 5579 002
e-Mail: drbr@derhu.com.my
Best resort ni, banyak tarikan menarik. Paling best kolamlah, besar dan selesa.
ReplyDeleteseronoknya ada event mcm ni dngan blogger :D
ReplyDeleteBilik mmg selesa, kolam pun best. Enjoy sangat :-)
ReplyDeleteFatin teruja betul kat kolam renang yg luas tu.... nak repeat lagi
ReplyDeleteMeriah tengoknya..
ReplyDeleteWaa bestnya tgk anak2 lyn mandi manda..seronok sangat tgk diaorang enjoy kat kolam hehehe..first time jumpa lyn..mesra orangnya..nnt kita jumpa lg ya lyn..
ReplyDeleteNext time nak join! buat lagi plissss
ReplyDeleteRuginya tak dapat join sekali hari tu
ReplyDeletePost a Comment
Welcome back , guys !
Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)
For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com