Haqqi Butik Online Terbesar Untuk Kelengkapan Ibadah Haji, Umrah dan Juga Pakaian Muslimah

Haqqi Butik Online Terbesar Untuk Kelengkapan Ibadah Haji dan Umrah | Pernah dengar tentang butik online 'HAQQI'? Mummy pun baru-baru ini sahaja , dengar tentang butik online 'HAQQI'. Butik 'HAQQI' ini bukan sahaja portal membeli-belah online untuk pakaian muslimah. Rupanya, Haqqi Butik Online Terbesar Untuk Kelengkapan Ibadah Haji dan Umrah juga !

Haqqi Butik Online Terbesar Untuk Kelengkapan Ibadah Haji, Umrah Dan Juga Pakaian Muslimah


Menarik ke Haqqi Butik Online Terbesar Untuk Kelengkapan Ibadah Haji dan Umrah? Haaa! Sebelum mummy cerita panjang lebar tentang Haqqi Butik Online Terbesar Untuk Kelengkapan Ibadah Haji dan Umrah. Jom tengok, apa yang mummy dah beli di Butik online 'HAQQI' ini.



Belum ada rezeki nak pi umrah lagi, tapi...boleh je online shopping di 'HAQQI' macam mummy. Ni..antara koleksi pakaian muslimah yang ada dalam portal online shopping di Haqqi Butik Online Terbesar Untuk Kelengkapan Ibadah Haji dan Umrah

ONLINE SHOPPING DI HAQQI.COM.MY - DARA BY FATHIA LATIFF (FLORAL PRINTED ASTER - BLACK)

Bab online shopping memang pilihan mummy, sebab senang dan cepat ! Jimat masa pun, ye juga !

Tinjau-tinjau www.haqqi.com.my . Misi mencari baju kekononnya.

Orang perempuan,kan. Kalau raya mana cukup sepasang. Jadinya, sekarang misi mencari baju pilihan mummy. (berangan nak raya je ! Tak sedar dalam pantang hehehe.) 

Skrol atas ke bawah portal HAQQI dari page ke satu page yang lain. Akhirnya mummy ke temu dengan pilihan di hati. Mummy memilih fesyen kurung DARA BY FATHIA LATIFF !

Mudah ke susah shopping di HAQQI? Mudah je online shopping di HAQQI.


KAEDAH MEMBELI BELAH DI PORTAL HAQQI :- 

1. DAFTAR  - Pergi ke www.haqqi.com.my . Daftar akaun dengan mengisi alamat email dan klik daftar.





2. KLIK - Pilih dan klik produk pilihan disimpan di bakul impian.

Mummy berkenan corak ini. Daddy pun suka corak ini. 

Mummy tak fikir panjang...terus je pilih Kurung DARA BY FATIA LATIFF - FLORAL PRINTED ASTER BLACK di HAQQI.  

Hehehe..Mummy pun nak lah cantik dan kurus selepas bersalin nanti dengan koleksi DARA by Fathia Latiff ini !

Selesai pilih koleksi baju,mummy kena pilih saiz baju. 

Selalunya lepas pantang badan mummy akan kembali ke saiz M. Tapi, risau jugak badan lambat turun. Sebab masuk 3 kali dah beranak secara pembedahan. Rapat-rapat pulak tu. Ada baiknya, mummy pilih saiz besar sedikit, saiz L. Kalau esok-esok badan dah mengecil,  Kita alter balik baju ini.


Selesai masukkan order baju ! 


3. Check - Periksa alamat penghantaran

4. Choose - Pilih kaedah pembayaran sama ada melalui kredit, debit mahupun pengelola pembayaran 7 Eleven.

Setelah selesai dan berjaya membuat pembayaran, pelanggan akan mendapat email dari pihak www.haqqi.com.my.



Dalam masa 2 hari, sampai dah baju dari butik HAQQI ke tangan mummy ! Oh...sangat cepat penghantarannya ! Bab ini, mummy paling suka. Ini yang membuatkan mummy nak lompat bintang je...



Tag baju DARA BY FATHIA LATIF. Sebenarnya...di portal shopping online HAQQI ini...mummy sangat rambang mata. 

Sebab, semua koleksi muslimah yang ada dalam online shopping HAQQI semuanya cantik dan up to date.

SEBAB APA MUMMY BELI BAJU MUSLIMAH DI haqqi.com.my ?

Sebab apa mummy memilih beli baju muslimah di haqqi.com.my? Yang pertamanya, banyak koleksi pakaian yang trendy dan up to date.


Kebanyakannya pakaian muslimah yang ada di HAQQI wudhu' friendly. Ada zip di bahagian tangan.


Ada zip di belakang..mudah untuk mummy sarung dan buka baju.


Koleksi pakaiannya juga tidak jarang, tidak panas dan sangat selesa ! Nak menggosok juga mudah.


Okey..selesai cuci mata dengan baju yang mummy. Jom kita berkenalaan dengan HAQQI pula.


APA ITU HAQQI ?


Koperasi Tabung Haji Bhd (KTHB) dan Glass Go Media Sdn Bhd bekerjasama melancarkan portal membeli-belah “Haqqi” pada September 2016. Ia bertujuan memudahkan bakal jemaah haji dan umrah mendapatkan keperluan asas ibadah melalui pembelian di atas talian.

Selain menawarkan keperluan asas haji dan umrah seperti ihram, kitab dan buku panduan mengerjakan ibadah, portal Haqqi turut dilengkapi barang keperluan seharian dan fesyen meliputi pakaian lelaki, wanita dan kanak-kanak pelbagai jenama yang menepati hukum syariah.

Haqqi mewujudkan gaya hidup mudah menerusi pembelian di atas talian dengan paparan yang segar serta menyediakan perkhidmatan khidmat pelanggan yang berdedikasi bagi memudahkan proses pembelian.

Matlamat Haqqi adalah menyediakan perkhidmatan yang terbaik bagi kepuasan para pelanggan. Haqqi akan sentiasa mengemaskini senarai pilihan barang jualan. Ia juga turut membuat tawaran dan potongan bagi jualan dengan harga berpatutan pada masa tertentu.

“Dengan adanya portal ini, pengguna kini boleh membuat pembelian dengan lebih mudah di hujung jari melalui telefon bimbit, tablet mahupun komputer di mana-mana lokasi dan pada bila-bila masa,” kata pengerusi KTHB, Puan Hajjah Helena Hashim.

Pengguna boleh melayari laman sesawang www.haqqi.com.my selain boleh diakses menerusi aplikasi telefon pintar Lembaga Tabung Haji, ‘Thijari’ dan laman sesawang KTHB www.kthb.com.my

Tambah Puan Helena lagi, “Portal Haqqi disasar untuk menjadi hab kelengkapan ibadah haji dan umrah mampu milik terbesar di Malaysia. Justeru itu, bakal jemaah haji dan umrah lebih mudah untuk memperolehi barangan keperluan melalui hab ini dengan harga mampu milik. “

Antara jenama yang menjadi vendor di butik dan portal Haqqi ialah Owl by Nora Danish, Dara by Fathia Latiff, Izzuexlusive, Ameera Zaini, El by Elfira Loy, Sir Nasin dan Zareeth Zehra.

Haqqi turut turut melancarkan butik fizikal pertamanya di Seksyen 7, Shah Alam, Selangor pada Januari 2017. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Glass Go Media Sdn Bhd, Mohamed Azani Mohamed Anwar, cawangan pertama ini merupakan perintis bagi pembukaan lima cawangan masing-masing terletak di Bangi, Kuala Lumpur, Kota Bahru, Kuala Terengganu dan Johor Bharu.



HAQQI IKON PORTAL MEMBELI BELAH SECARA ONLINE UNTUK KELENGKAPAN HAJI, UMRAH SERTA PAKAIAN UNTUK MUSLIMIN DAN MUSLIMAH






Koleksi pakaian lelaki yang sesuai untuk umrah dan haji.


Stokin tawaf juga ada di jual di portal online shopping HAQQI. Harga pun tak mahal, serendah RM10 sahaja. Yang penting selesa dan sesuai untuk beribadah


Hanya beli di www.haqqi.com.my atau boleh datang terus ke :

Butik Haqqi
67, Jalan Plumbum P7/P,
Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor, Malaysia
(Sebaris dengan JAKEL Shah Alam)
No. Telefon: +60 3-5523 4798


Ikuti perkembangan Haqqi di Media Sosial:

14 Comments

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com

  1. Tomei je kaklin .. 😍😍😍 best kan web ni

    ReplyDelete
  2. Cantik.. nanti ada rezeki nak juga ada koleksi dari Haqqi Butik Online nie :)

    ReplyDelete
  3. Dekat dah dengan cik Micah, boleh walk in nanti

    ReplyDelete
  4. wah..butik khas untuk jemaah haji & umrah...menarik..memudahkan untuk shopping...

    ReplyDelete
  5. Malas dah beli walk in.. Cuba di Haqqi, banyak pilihan. Pcl dah grab satu.. Tggu ada lagi lepas ni.

    ReplyDelete
  6. Wah bagus..hub untuk mereka yang ingin mengerjakan umrah..terbaik..

    ReplyDelete
  7. wah baguih. senang nak cari produk muslimah dan barangan umrah haji

    ReplyDelete
  8. Cantik2 bajunya...blh beli nanti

    ReplyDelete
  9. Kalau macam ni, senang lah. Dah ada 1 stop centre utk beli keperluan umrah kan. Takyah fikir2 lain dah. Ingat je haqqi ingat umrah. Gicheww :)

    ReplyDelete
  10. Thanks for sharing such a wonderful post and i have a suggestion for you , you should also share your post in English so the users from other countries can also be able to understand be able to get benefit from your posts !!

    ReplyDelete
  11. Lepas ni semua pakat shopping di Haqqi :D

    ReplyDelete

Post a Comment

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com

Previous Post Next Post