1ST TIME NAIK MALINDO AIR KE BALI INDONESIA DARI KLIA - Pengalaman pertama kami sekeluarga bercuti jauh sedikit di luar negara iaitu ke Bali Indonesia. Awal Disember 2017, merupakan pengalaman pertama kami sekeluarga ke Bali Indonesia dengan menaiki flight Malindo Air dari KLIA. Pada mulanya memang berdebar nak ke Bali. Almaklumlah,kan kes Gunung Agung Bali tu masih hot lagi. 3 hari sebelum ke Bali. Mummy kerap hubungi pak supir dan Greencamp Bali (tempat kami menginap). Semua berikan kata putus yang sama, bahawa Bali masih aman. Berbekalkan tawakkal , qada' dan qadar. Kami tekad untuk meneruskan niat ke Bali. Pihak Malindo juga menyatakan bahawa flight nya tidak ada cancellation dalam masa tersebut. Jika khuatir atau takut untuk ke Bali. Mummy di benarkan untuk menukar perjalanan ke Bandung atau Jakarta dalam bulan ini.
1ST TIME NAIK MALINDO AIR KE BALI INDONESIA DARI KLIA
1ST TIME NAIK MALINDO AIR KE BALI INDONESIA DARI KLIA Perasaan excited tu memang ada. Bohonglah kalau mummy beritahu mummy tak excited, kan? Sebab, ini bukan sahaja pengalaman 1ST TIME NAIK MALINDO AIR KE BALI INDONESIA DARI KLIA . Malah, ini juga merupakan pertama kali kami sekeluarga ke Bali, Indonesia ! Walaupun, Daim masih baby lagi..mummy yakin semuanya akan berjalan dengan lancar.
Flight kami, di jadualkan pada 7.35 pagi pada 1 Disember 2017. Jam 4.30 pagi kami sudah sampai ke KLIA. Sampai sahaja di KLIA, kami terus ke KFC untuk breakfast dan biarkan anak bermain di playland bersebelahan dengan KFC.
NYARIS TERLEPAS FLIGHT MALINDO AIR KE BALI DARI KLIA
Kami di beritahu boarding gate di buka 1 jam sebelum berlepas. Makanya, jam 6.30 pagi kami baru turun untuk ke bahagian boarding. Malang sekali, pada kami beratur di laluan imegresen. Kami silap beratur. Kami beratur di kawasan lane automatik. Nasib baik dah separuh jalan orang hadapan kami beritahu. Rupanya, kalau ada anak kecil ni, kena beratur di laluan manual checking.
Ya Allah, di situ je dah buang masa. Beratur di sebelah pula, lane semakin panjang. Kami stuck lama situ. Nak ke gate flight kami tu, bukanlah dekat. Dengan checking bag buat kali ketiganya lagi, nak naik trem lagi. Allahu...dah macam amazing race berlari sana sini. Anak-anak kami di paksa berlari juga. Penat tak, penat. Kena jugalah !
Sebab? Sebab nama keluarga kami dah di panggil berulang kali ! Dalam hati tawakkal sahaja. Jika ada rezeki kami...adalah..kalau terlepas flight.Makanya, tak ada rezeki buat kami sekeluarga.
Alhamdulillah akhirnya, kami selamat juga masuk ke flight kami. Rupanya Malindo Air berkali-kali call kami sekeluarga. Dalam kekalutan tu, mana ada masa nak tengok hand phone. Syukur, pihak Malindo Air menunggu juga kami.
Rupanya, kami yang silap..patutnya kena tunggu di bahagian boarding 1 jam sebelum. Bukannya, baru nak masuk ke kawasan imegresen ! Almaklumlah, lama tak ke oversea. Bulan 10 tahun lepas kami naik MAS ke Kelantan taklah kalut macam ni. Mungkin sebab dalam negeri je, kan !
BEST JUGA NAIK MALINDO AIR NI KE BALI
Best ke naik Malindo Air ni ke Bali? Wajiblah jawab best ! Hehehe. Giler tak best ! Tempat duduk selesa (kebetulan tak ramai orang nak naik kot..almaklumlah kes Gunung Agung tu,kan !)
Sakanlah kitorang conquer tempat duduk. Daim pun boleh baring-baring sekali.
Makanan pun sedap sangat, tau ! Mummy pilih nasi lemak rendang ayam, anak-anak pula pilih spaghetti. Tu..memang common pilihan dak berdua tu !
Dan..paling best..apa lagi? Layan movie lah hehehe. Pasang ear phone (Malindo Air provide) layannnnn ! Layan drama Syurga Yang Tak Dirindukan 2 dan cerita Melayu lagi satu. Anak-anak layan kartun. Daddy layan English movie. hehehe. Memasing dengan pilihan memasing !
3 jam perjalanan KUL-DPS . Akhirnya sampai juga kami ke Bali Indonesia dengan selamatnya dengan menaiki Malindo Air. Alhamdulillah, cuaca segar bugar di pagi hari pada jam 10.40 pagi.
Perjalanan kami di teruskan ke Bali Camp. Tengok laut too mainstream. So..Kali ini, kami sekeluarga ke Bali untuk family camp je ! Apa yang menarik pasal family camp? Tunggguuuuuu......mummy perabihkan cerita pasal Malindo Air dan pengalaman kami di Airport Bali dulu :)
AIRPORT BALI NGURAH RAI KE KLIA DENGAN MALINDO AIR
Selesai 3 hari bercuti, kami pulang ke KLIA dari Bali Airport. Alhamdulillah, mudah check in di Malindo Bali dan juga imegresen sana. Beratur pun tak panjang sangat. Tak stuck lama macam di KLIA tempoh hari !
Kami berlepas di gate 3 pada asalnya. Setelah 15 minit menunggu, flight kami telah di tukar ke gate 6B. Turun lif, naik bas dan akhirnya sampai ke kapal Malindo Air kami. Fuh, syukur sekali lagi ! Kami akhirnya, masih dapat balik ke KL.
Selamat berlepas, perjalanan mengambil masa 3 jam tu. Seperti biasa...marilah kita menonton ! Hehehe
Anak-anak tak sabar nak menikmati hidangan malam dalam flight. Kata dorang sedap-sedap makanan dalam Malindo Air ni !
Mummy makan Nasi Beryani dan juga Mixed Veggie. Ha, 2 menu sekali belasah ! Almaklumlah, makan untuk Daim sekali hahaha.
Flight kami tak penuh juga masa 3 Disember 2017 tu. Sekali lagi ...kami sekeluarga sakan conquer tempat ! hehehe.
Kami selamat mendarat jam 11.30 malam, gitu gini sampai rumah jam hampir 2 pagi jugak ! Terus zasss mendobi baju-baju di rumah !
Kesimpulan pengalaman kami menaiki pesawat Malindo Air KUL-DPS-KUL ni, kami berikan 5 bintang....
Jalan jauh dengan Malindo ni, best sangat !
Baca :
Nampak lazat makanan malindo air. Baby daim pun. Pandai naknmakan juga Tu.
ReplyDeleteNot bad juga Malindo Air ni yek nmpk selesa. Mknn pun nmpk sdp. Tak pernah naik lg Malindo ni.
ReplyDeletebestnye jenjalan. ray x penah lg try naik malindo. sebelum ni memang naik airasia je.
ReplyDeleteBest pula Kak Sue tengok Linda sekeluarga naik flight, macam relaks habis. Kalau Kak Sue tak tau lah.. berpeluh kut.. ketakutan melampau.. hahaha..
ReplyDeleteMemang kalau naik flight antarabangsa bukan 1 jam before tp kami lepak dalam imigresen tu 3 jam awal sampai ttido2 kami linda...takpe pengalaman cukup beri kekuatan utk kita kuat lalui ujian...ttg laluan manual utk budak2 tu noted...sbb x pernah naik malindo...rupanya ada laluan khas ye...nampaknya Malindo ni kena tanya juga staf2 dia apa yg perlu kita peka.
ReplyDeleteSaya suka Malindo sebab ada TV... dan seat yang luas... malangnya ke Sibu dah stop perkhidmatannya...
ReplyDeletetkpernh naik malindo...kalo ke overseas mmg kena awal..nasibaik tk terlepas flight
ReplyDeletebest jugak la kan
ReplyDeleteKosong flight tu kak nampaknya. Memang selesa sgt lah. Ana suka lg Malindo dr AA sebab leg space lagi luas dan ada u flight entertainment. Tak lah bosan dlm tu. Cuma Malindo selalu delay. Tu je.
ReplyDeleteDapat bayang macam mana berdebarnya..pengalaman kan...sama ngan akak masa pi Sarawak 2014 lepas..patut check in 1 jam or 2 jam sebelum..akak check in 1/2 jam sebelum boarding..last2 family je lepas..akak mengalah naik next flight
ReplyDeletemujur tak tertinggal ya linda.. macam kami aritu proses check in luggage ada problem.. mujur kami awal.. flight kul 12 tp kul 7 kami check in.. itu pun berkejar jugak la nak ke boarding yg jauh tu.. akak baca pengalaman linda ni, akak yg rasa cuak..hehe
ReplyDeleteSaya lagilah tak ada pengalaman naik flight. Mesti lg kelam kabut. Nasib baik Malindo Air tunggu akak sekeluarga kan.. Bagus depa tunggu
ReplyDeletePost a Comment
Welcome back , guys !
Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)
For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com