RUPANYA HARD ROCK BALI INDONESIA, ADA 2 CAWANGAN ! - Bila dah terjebak dengan HARD ROCK COLLECTIONS, kitorang laki bini memang tak lepaskan peluang singgah ke HARD ROCK KUTA Bali Indonesia. Dapat sehelai tshirt pun jadik,lah ! Hehehe. Husband paling untung, badan tak mengembang kuncup macam mummy. Kesemua tshirt Hard Rocknya boleh pakai lagi. Mummy sebelum kahwin dulu, merata pi jalan-jalan Hard Rock Jakarta, Hard Rock Sentosa Singapore..Bila dah berkahwin semua tshirt tu tak muat dah huhu. Sayang betul,lah ! Dah la semuanya tu warna putih klasik !
RUPANYA HARD ROCK BALI INDONESIA ADA 2 CAWANGAN !
Kitorang ingatkan Hard Rock Bali ada di Kuta, je ! RUPANYA HARD ROCK BALI, ADA 2 CAWANGAN ! Satu lagi Hard Rock kat dalam Ngurah Rai Airport Bali. Dah masuk boarding dalam airport tu baru tahu ! Tak sempat nak amek gambar Hard Rock dalam Ngurah Rai Airport. Layankan bebudak ni beli aiskrim Haagen Dass kat situ je masa dah berjalan.
Kira okaylah. sempat gak kami bergambar kenangan sekeluaraga di depan Hard Rock Kuta, Bali. Oleh kerana , jadual kami sangat pack kat Bali. Kitorang sempat singgah Hard Rock Kuta, Bali beberapa jam sebelum boarding BALI-KUALA LUMPUR (nasib baik masa ngam-ngam. Tak adalah marathon macam kes tempoh hari di KLIA ). Tapi, rushing jugalah, budak-budak pun mengantuk sangat sebab aktiviti dorang baru je habis kat Green Camp Bali.
Kira okaylah. sempat gak kami bergambar kenangan sekeluaraga di depan Hard Rock Kuta, Bali. Oleh kerana , jadual kami sangat pack kat Bali. Kitorang sempat singgah Hard Rock Kuta, Bali beberapa jam sebelum boarding BALI-KUALA LUMPUR (nasib baik masa ngam-ngam. Tak adalah marathon macam kes tempoh hari di KLIA ). Tapi, rushing jugalah, budak-budak pun mengantuk sangat sebab aktiviti dorang baru je habis kat Green Camp Bali.
Bagi yang nak kirim barangan Hard Rock Bali. Minta maaf sangat-sangat. Kitorang memang tak dan nak open order. Doakanlah rezeki kami ke Bali lagi, ye hehehe.
HARD ROCK KUTA BALI, INDONESIA
Saje je gambar tu kasik gegar vaganza sket ! Motif utama, nak fokus kat koleksi baju Hard Rock tepi tu je hehehe. Ampun ye, hubby !
Harga tshirt Hard Rock Kuta Bali ini, boleh tahan mahal sedikit juga. Berbeza dengan tshirt Hard Rock Penang dan Hard Rock Melaka ! Tapi, kualiti kain dia pun lain. Sedap lagi !
Souvenir murah di Bali, Indonesia baca >> SINI <<
Pantang nampak cermin, selfie saja ! Hahaha, bukan selalu pun, mummy selfie depan cermin. Tengah dok selfie depan cermin kat Hard Rock Kuta, Bali. Daddy lak datang, soh tengok tshirt dia tu okay ke idak. Haha kantoi !
Teruih snap sekali gambar beliau hihihi. Okaylah tu, handsome dah. Mummy soh pilih saiz M, nak jugak daddy saiz S. Katanya, labuh beno saiz M.
Okaylah, ameklah saiz S. Design pulak, amek design classic je lah ! Kasik sama dengan koleksi yang ada kat rumah tu.
Okaylah, ameklah saiz S. Design pulak, amek design classic je lah ! Kasik sama dengan koleksi yang ada kat rumah tu.
Macam biasa banker bayar semua, ye ! Hehehe. Thanks daddy. Tengok gambo ni...kesian si Dzal tu ha. Mengantuk sangat. Erm..kalau pi cari barang mummy dan daddy gitulah muka dorang. Cer ajak pi cari aikrim
Lepak depan Hard Rock Kuta, Bali sambil janji dengan anak-anak ..nanti dalam airport kita pi cari gula-gula dan aiskrim. Tak nak spoil mood dorang tu. Duduk dalam kapal tu boleh tahan gak lamanya tu, 3 jam.
Sebelum naik kapal, ada baiknya kita kasik pujuk hati anak-anak . Kasi dorang happy dulu !
Tentang Hard Rock Bali :-
Hard Rock Hotel Kuta :
Alamat : Jalan Pantai Kuta, Banjar Pande Mas, Kuta, Kabupaten Badung, Bali 80361, Indonesia
Website : http://bali.hardrockhotels.net/
Instagram : https://www.instagram.com/hardrockbali/
Hard Rock Cafe Ngurah Rai Airport Bali
Alamat : International Departure Terminal Ngurah Rai Airport, Unit L3-37Kuta - Bali
peminat koleksi hard rock rupanya ye. kualiti tshirt tu memang nampak cantik lah kak.
ReplyDeleteSaya baca entry akak baru tahu Hard Rock ade dekat Bali. Kalau x sy memg xtau.. Hahaha
ReplyDeleteoh ada 2 ye hard rock cafe kt bali..tq utk info..shopping jgn tk shopping...fil kalo travel ada juga belikan kami tshirt hard rock cafe
ReplyDeletewah... hard rock cafe memang terkenal di serata dunia. memang jadi penanda cukup ikonik kalau mahu dapatkan oleh2 dan bajunya tu. tapi makanannya agak mahal juga lah. hihi
ReplyDeleteBestnya kita tidak pernah sampai Bali lagi hehehe tak tahu langsung sana ada Hard Rock tengok kat baju jer orang pakai wakakakakaka..
ReplyDeletesaya pernah pergi Hard Rock di Cambodia. baju baju dan magnet di sana pun semuanya cantik cantik belaka. Saya tak bawa balik apa pun yang bernilai, cuma satu mug yang ada label Hard Rock hehe
ReplyDeleteBaru tau Linda nie peminat dan pengumpul koleksi baju Hard Rock Cafe..
ReplyDeletekalau ke bali xtau nak pi mana huhuhu nak pi hard rock cafe lagi laaa.. hihii
ReplyDeleteSaya Hard Rock Cafe kat Malaysia pun tak pernah masuk lagi kak Lin. Nanti teringin juga nak try masuk tengok apa yang ada
ReplyDeleteBaru tau ada 2 hrc kt bali
ReplyDeleteNtah bila ntah nk smp bali
Huhu...
Kitaorg laki bini pun pngumpul tshirt hrc gak
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteDah lama x masuk Hard Rock oversea..last pi Vietnam ngan Guangzhou...
ReplyDeleteOh mommy layan jugak HArd Rock ye. alahai comei jew muka si Dhia dan Dzal faham sangat dah peel dorang ne macam anak miza jugak
ReplyDeleteAlahai mmg wajib beli la tshirt hard rock ni.. boleh buat koleksi
ReplyDeletePost a Comment
Welcome back , guys !
Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)
For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com