Bermain Olok-Olok Bantu Perkembangan Minda dan Fizikal Anak-anak? - "Kuat beranganlah anak kau !". Ada orang yang mempersoalkan hal sedemikian. Kenapa perlu nak sekat imaginasi anak-anak? Salah ke mereka berangan? Yang sebenarnya, mereka bukan berangan. Anak-anak berumur 1 hingga 3 tahun, mereka memang belajar copy paste iaitu meniru dan bermain secara olok-olok (pretend-play).
Bermain Olok-Olok Bantu Perkembangan Minda dan Fizikal Anak-anak?
Mummy pun zaman kecil dahulu main olok-olok, main pondok-pondok dengan rakan sebaya. Sebenarnya, anak yang meniru (percakapan dan perbuatan) ini, mereka sedang melalui kemahiran berinteraksi dan berkomunikasi. Ini bermakna perkembangan yang bagus untuk anak kita !
8 Jenis Permainan Olok-olok Kami !
Main olok-olok dan pondok-pondon memang best ! Teringat zaman mummy kecik dahulu. Siap tak nak masuk rumah ko ! Sebab bila masuk rumah, tak dapat main dah ! Huhu. Bila dah ada anak ni, kami tak meletakkan sebarang masa untuk bermain. Sebab bermain adalah satu pelajaran buat anak kami. Antara permainan olok-olok (meniru) pretend play kami dan anak-anak kami ialah :-
Main Mak-mak
Ada sesapa masa kecik-kecik dulu tak main mak-mak? Allahu..ruginya hahaha. Syiok o..main mak-mak, teddy bear tu pulak semua jadi anak mummy.
Bila dah besar ni, mummy dan daddy kerap join anak-anak berimaginasi. Main mak-mak sekali dengan depa ! Mummy jadi apa? Dhia kata, mummy ni macam Kak Ros (cerita Upin Ipin) sebab kuat bebel. hahaha !
Sekarang giliran kami untuk mengembangkan minda anak-anak. Main mak-mak bersama-sama.
Dari mana anak-anak pandai dan tahu? Imaginasi main mak-mak ini, anak dapat lihat dari rutin harian mereka ! Mereka copy paste dari apa yang mereka lihat dan nampak.
Racing Motor
Bermain olok-olok (Pretend Play) yang kami join dengan anak-anak ni ialah racing motor secara berhemah. Pakai topi keledar !
Permainan yang lasak seperti ini juga, mummy terapkan untuk anak-anak, bagi mereka tahu erti jatuh, sakit dan bagaimana nak mengawal dari jatuh !
Hidup tak selalu indah, kan ? Ada masa jatuh dan kita bangkit untuk mengubahnya.
Main Doktor-doktor !
Main olok-olok menjadi doktor adalah kesukaan anak kami. Banyak sangat set doktor dalam rumah. Dan, berapa banyak kali juga, mummy asyik kena inject je !
Apa roles mummy ketika main olok-olok jadi doktor dengan anak-anak? Roles mummy dan daddy ni, asyik jadi pesakit sahaja ko !
Permainan doktor ini, mereka meniru aksi doktor ketika mereka ke Klinik . Tak perlu ajar, mereka tahu je. Mana satu alatan suntikan, alat makan ubat dan lain-lain.
Dah besar nak jadi doktor katanya ! Amin...
Kraftangan Untuk Alat Bermain
Aktiviti bermain olok-olok di luar. Anyam daun kelapa untuk di jadikan pancing ikan ! Buat kraftangan bersama dan bermain juga merupakan aktiviti menarik buat kami sekeluarga.
Anak dapat belajar tentang daun kelapa, aktiviti seni dari daun kelapa dan juga mengajar mereka lebih berfikir secara kretif
Bermain dengan Muzik
Olok-olok jadi pemain drum pulak. Pun boleh ! hehehe. Permainan drum untuk anak kami, meningkat motor kasar dan motor halus anak. Mereka belajar mengetuk dan mendengar setiap bunyi yang berlainan dari setiap ketukan.
Anak kami, Dhia Batrisya dah berumur 5 tahun. Fasa meniru, bermain olok-olok semakin meluas. Umur sebegini, Dhia sukakan muzik, alat muzik. Ada kalanya, kami suka bawa anak kami berkaraoke.
Karaoke membantu Dhia dari aspek komunikasi. Apa yang mummy dapat lihat, Dhia seorang yang petah dan tidak pelat apabila berkomunikasi. Sebenarnya, karaoke juga dapat membantu Dhia menghafal bibit lirik-lirik yang ada. Serta, melatih Dhia menghayati nada muzik untuk lebih peka dan fokus !
Coffee Talk
Ha, jangan ingat kita mak pak je pandai coffee talk. nak pun pandai juga tau ! Tapi, depa tak minum kopi. Just minum air yang mereka boleh minum dan borak, bermain bersama-sama.
Mereka pun perlukan ME TIME , waktu ni...biasanya mummy tak kacau mereka. Perhatikan dari jauh je !
Dengan cara ni, kita boleh lihat cara mereka tingkatkan cara interaksi sama satu dan lain.
Mengangkat Barang
Permainan indoor yang mummy paling suka ialah KidZania yang banyak mengajar anak kami LEARN LIFE TODAY.
Seperti mengangkat barang ni, membantu pengeposan barang. Dari sini, mummy dapat mengajar mereka untuk meningkatkan amalan membantu satu sama lain.
Amalan membantu orang lain adalah, amalan yang mulia !
Main Make Up !
Make up, anatara mainan olok-olok kegemaran mummy masa kecil.
Orang pempuan kan ! Tak sah lah kalau tak main alat solek ! Kalau ke KidZania Kuala Lumpur, Dhia suka main solek di SINI.
Bermain olok-olok kini tak susah, semuanya ada di KidZania Kuala Lumpur ! KidZania Kuala Lumpur merupakan taman tema edutainment pembelajaran interaktif untuk kanak-kanak.
Ianya sangat membantu anak untuk bersedia dengan dunia sebenar mereka akan datang.
Mereka akan alami dunia pekerjaan dewasa yang simulasi dan situasi kehidupan sebenar.
Aktiviti-aktiviti 'role-playing' program di Kidzania Kuala Lumpur membantu kanak-kanak "mengetahui, mencipta, menjaga, berkongsi, dan bermain" semuanya menyokong daya tahan sosial-emosi kanak-kanak.
Tak percaya? Jom bawa anak ke KidZania Kuala Lumpur ! Anak kami, setahun entah berapa kali request. Seronok sangat lah, tu !
Lagi seronok, bila cop di pazzport dah banyak dan dapat tukar buku passport Kidzania baru.
Selanjutnya, boleh layari ke : www.kidzania.com.my
Thanks for sharing. :)
ReplyDeleteTggu Syafi besar sikit baru nak bawa dia ke kidzania. Nak develop skills dia dengan explore kidzania.
ReplyDeletebanyakkan aktiviti tanpa gadget lebih bagus untuk tumbesaran kanak-kanak kan. Happy tengok muka masing-masing dapat main :D
ReplyDeletebiar anak-anak enjoy dunia kaanak-kanak tanpa gajet
ReplyDeleteMmg plan nak bawa zarra pergi kidzania. Thanks sharing linda. Seronok ape main same2 atau main olok2. Heheh
ReplyDeletesetiap kanak2 mesti melalui fasa ni kan.. mmg best main olok dan main pondok2 ni
ReplyDeletetq for sharing
ReplyDeleteDania kecik2 dulu memang selalu main olok2 ngan dia..sebenarnya bagus untuk perkembangan minda dan tumbesaran anak
ReplyDeleteAnak sha suka main mak-maka, cikgu-cikgu dengan makeup-makeup tu..
ReplyDeleteizzat happy ke kidzania.
ReplyDeletehe likes the experience, alin.
satu tempat yg boleh kita bagi pendedahan kpd anak.
explore!
Rasanya masa Kak Sue kecik-kecik dulu semua main kut.. hahaha.. Sekarang anak pula kan, anak Kak Sue yang bongsu tu memang suka sangat pi Kidzania..
ReplyDeletewah..bgus jugak dr biar diorg main gadjet je..kena luangkan masa kjp pun dh ok
ReplyDeletebagus praktikkan main olok2 macam ni dengan anak2 dari dorang melekat dengan tab atau gajet..dari sini dorang belajar dunia sebenar..kalau k.fiezz pun, nak bawak anak ke Kidzania ni..nampak best..nak joint la GA mummy..hehe...
ReplyDeleteTerimbau kenangan mas akecik kexik main masak masak dan mak mak hehehe
ReplyDeleteTq for sharing kak. Anak aina suka main doctor2 dgn main masak2.
ReplyDeletea good place for kids to explore. permainan olok olok seperti main make up dan mengangkat barang memang best
ReplyDeletePost a Comment
Welcome back , guys !
Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)
For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com