MENGINAP DI FAVEHOTEL PREMIER CIHAMPELAS KETIKA BERCUTI DI BANDUNG INDONESIA - Ini merupakan kali pertama pengalaman mummy bercuti dengan ahli keluarga keluar negara. Tapi, mummy kena buat tempahan hotel dan flights sendiri. Huhu. Daddy tak nak pening kepala, semua serahkan pada mummy. Daddy hanya bagi gambaran hotel dan nak bilik macam mana. Jenuh mummy google cari review hotel di Bandung. Tak banyak pun review yang hado. Persekitaran hotel, apa yang dekat jauh hotel ini. Tak pa lah, ni mummy tolong buat review hotel yang kami menginap di Bandung. So, macam mana mummy boleh memilih untuk booking dan MENGINAP DI FAVEHOTEL PREMIER CIHAMPELAS KETIKA BERCUTI DI BANDUNG INDONESIA.
MENGINAP DI FAVEHOTEL PREMIER CIHAMPELAS KETIKA BERCUTI DI BANDUNG INDONESIA
Sebelum mummy memilih untuk booking dan MENGINAP DI FAVEHOTEL PREMIER CIHAMPELAS KETIKA BERCUTI DI BANDUNG INDONESIA. Mummy survey terlebih dahulu di Traveloka, Agoda, Booking.com untuk mencari hotel yang murah untuk kami berlima tidur di Bandung Indonesia. Cihampelas Bandung Indonesia merupakan pilihan utama kami kerana boleh jalan kaki ke night market, ATM dan tempat membeli belah cenderahati. Mana tahu kot-kot malam-malam nak merayap,kan ! Area Cihampelas ini hotelnya agak murah. Setakat 1 katil Queen atau 1 katil King atau 2 katil single memang dalam RM50 semalam dah boleh dapat.
Kami tak boleh nak ambil katil macam tu, sekurang-kurangnya kami perlukan 1 bilik yang mempunyai 2 katil saiz queen / 1 saiz queen dan 2 single. Anak-anak tu dah besar dah pandai demand. Tidur hotel, tak nak tidur bawah ! Erm...
Nasib Bandung ! Hotel masih rate okay-okay !
Mummy survey 2 bulan awal, memang ada hotel yang murah untuk bilik family . RM50 pun boleh dapat. Tapi, daddy pulak kata macam rumah tumpangan. Pfffftttt.
Survey lagi sekali...ada hotel yang okay-okay juga seperti Cihampelas 2, 3, OYO Hotel, Betara, tupp tuppp bila discuss dengan asben...tengok-tengok balik.
Bilik dah SOLD OUT.
Makk aiiii..tak boleh jadi, malam tu mummy tak boleh tidur. Cari sana sini hotel, sampai 4 pagi tangan dengan hand phone je.
Alhamdulillah terjumpa dengan FAVEHOTEL PREMIER CIHAMPELAS BANDUNG INDONESIA. Nak kejut daddy, macam tak baik pulak. Tak pe sabar ! Subuh nanti tanya daddy macam mana.
Pepagi tu , terus kejut daddy nak buat booking bilik FAVEHOTEL PREMIER CIHAMPELAS DI BANDUNG INDONESIA.... daddy pun berikan nombor kad debit beliau.
2x, 3x buat tak boleh. Sistem macam hang.
Erm..tak pe lah, settlekan anak-anak mandi, buat sarapan pagi, kemas rumah, basuh kain, susukan Daim dan tidurkan Daim balik.
Dah bertenang semuanya, mummy buka balik aplikasi Agoda, alhamdulillah masih ada rezeki. Bilik kami nak, masih ada.
Terus apa lagiiiii...booking semula FAVEHOTEL PREMIER CIHAMPELAS DI BANDUNG INDONESIA.
Akhirnyaaa...
Berjaya !!! Yeaaayyy.
BEST KE BILIK HOTEL FAVEHOTEL PREMIER CIHAMPELAS DI BANDUNG INDONESIA.
BEST KE BILIK HOTEL FAVEHOTEL PREMIER CIHAMPELAS DI BANDUNG INDONESIA.
Nak tahu BEST KE BILIK HOTEL FAVEHOTEL PREMIER CIHAMPELAS DI BANDUNG INDONESIA..jawapannya :-
Nasib tak menyebelahi kami, sampai sahaja Hotel Fave ini. Mereka minta kami pilih katil. Samada Queen atau 2 jenis single.
Kami tunjuk booking, bilik kami ialah bilik yang mempunyai 2 katil single dan 1 katil queen. Hotel ini, memberitahu bahawa mereka tak mempunyai bilik seperti itu.
Pengiklanan mereka di Agoda mengelirukan. Kami sudahlah penat, nk bertekak bagai benang yang basah, anak mula mengantuk dan menangis.
Sudahnya, beritahu suami tak apalah.. Redha sahaja. Nanti balik Malaysia kita buat complaint Nak buat sekarang waktu bercuti. Kami memasing sedang sibuk dengan kejar itinerary.
Hotel beritahu ini semua, salah Agoda. Pastinya, Agoda akan beritahu semuanya tertakluk pada hotelFave.
It's okay.. Biar lah kami terkena. Hopefully pada siapa yang baca entri blog mummy. Korang jangan percaya ye dengan favehotel yang ada bilik seperti ini.
Selama ini, kami di Malaysia booking bilik melalui Traveloka, dan lelain channel. Jika booking bilik yang mempunyai 2 katil queen, kami akan dapat bilik yang sama seperti yang kami bayar.
Sian anak-anak kena tidur di bawah. Maaf anak-anak. Insya-allah percutian Bandung kali ini, kami pastikan korang overloaded happy and fun.
Overall tentang hotel ini dan servis. Semua okay sahaja. Malam pertama kami kena pindah 3x, 1st sebab bilik kecik sangat, 2nd pulak air cond bocor, 3rd baru dapat bilik okay tapi malam kedua air aircond bocor.
Fasiliti sini, memang semua tip top. Ada lif, gim, swimming pool, karaoke dan banyak lagi.
Okayyyy.. Nak tahu lebih lanjut, boleh hubungi hotel ini di :-
Telefon : +6222-2030300
Alamat : Premier Plaza Jl Cihampelas 129 Bandung 40131
Email : cihampelasinfo@favehotels.com
Alahai...pengalaman betul kan..takpe la..next time kena betul- betul pastikan yang bilik dapat ikut apa yang di booking..
ReplyDeleteAlamak.. dugaan bercuti ini.. Bagus juga perkongsian mummy ini.. Atleast boleh jadikan panduan pada yang nak ke sana..
ReplyDeleteKesian kat kak dan family dugaan percutian ni.. Xpe selepas ni nak kena hati2 pilih dengan tepat xleh caya sangat gambar kan
ReplyDeletePost a Comment
Welcome back , guys !
Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)
For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com