Showing posts with label beauty. Show all posts
Showing posts with label beauty. Show all posts

SAFI YOUTH GOLD RETINOL SKINCARE ANTI PENUAAN TERBAIK

Mummy suka sangat tau. Bila tahu SAFI mengeluarkan produk terbaharu mereka SAFI YOUTH GOLD RETINOL "The Gold Standard of Skincare" . Ye lah..mummy tak muda mana, umur 4 series menghampiri 5 series dah ni haaa. Jadi, mummy amat menitik beratkan kandungan yang ada dalam skincare mummy. Skincare yang biasa-biasa tu.... macam tak ada bagi kesan positif sangat pada kulit wajah mummy. Bila umur meningkat kolagen kulit juga semakin berkurang. Kulit wajah mummy perlu diberikan perhatian yang penuh. Retinol salah satu bahan yang perlu ada dalam skincare mummy.

SAFI YOUTH GOLD RETINOL "The Gold Standard of Skincare" Anti Penuaan Terbaik

Tahniah SAFI YOUTH GOLD RETINOL "The Gold Standard of Skincare" yang mengeluarkan produk penjagaan wajah anti-penuaan terbaik. SAFI YOUTH GOLD RETINOL "The Gold Standard of Skincare" . Di mana ianya kombinasi formulasi bahan terunggul 3x Kuasa Retinol, 98% Peptida Emas dan Squalane 100% Bersetuju Kulit Lebih Mulus, Kedutan Mendalam dan Garis Halus Berkurang dalam masa 14 hari*


SAFI YOUTH GOLD RETINOL "The Gold Standard of Skincare" Anti Penuaan Terbaik



SAFI YOUTH GOLD RETINOL Skincare HALAL


SAFI peneraju jenama nombor 1 penjagaan kulit Halal Malaysia mengorak evolus bahar penjagaan kulit dengan melancarkan SAFI YOUTH GOLD RETINOL 

Wanita dan kecantikan memang tidak dapat dipisahkan. Kulit yang sihat berseri adalah sebahagian daripada kunci keyakinan diri. Semakin meningkat usia semakin mencabar untuk mengekalkan "keremajaan" raut wajah. Setiap wanita akan melalui proses penuaan kulit yang berbeza. Kesibukan gaya hidup dan faktor persekitaran wanita masa kini tidak kira sama ada sibuk menggalas tuntutan kerjaya atau peranan sebagai seorang suri rumah membuatkan mereka mencari solusi yang efektif, cepat dan selamat untuk masalah penuaan kulit mereka.


SAFI YOUTH GOLD RETINOL "The Gold Standard of Skincare" Anti Penuaan Terbaik


RETINOL DALAM SAFI YOUTH GOLD RETINOL


SAFI YOUTH GOLD RETINOL tidak sekadar tentang menawarkan penjagaan kulit premium, ia tentang mewujudkan akses kepada penyelesaian penjagaan kulit yang canggih untuk semua. Secara tradisional, produk yang mengandungi Retinol sering dikaitkan dengan harga yang mahal, kerap kali di luar jangkauan ramai. Menariknya, SAFI YOUTH GOLD RETINOL menawarkan rangkaian penjagaan kulit dengan bahan utama Retinol berkualiti tinggi pada harga mampu milik dan berpatutan. SAFT YOUTH GOLD RETINOL mengungguli rangkaian produk SAFI yang merangkumi produk pelindung matahari retinol yang pertama di Malaysia, serum, "esen ajaib" dan pelembap retinol.





"Kehebatan manfaat kecantikan dengan menggunakan Retinol tidak dapat dinafikan dan menjadi antara bahan pilihan utama dalam produk penjagaan anti- penuaan kulit masa kini. Tetapi, ianya lebih terkenal di dalam perawatan kecantikan klinikal dengan prosedur, formulasi tertentu dan perlu dipantau oleh pakar yang membuatkan prosedur ni terlalu mahal dan kurang mampu milik. SAFI bersama-sama para Saintis di dalam penyelidikan dan Teknologi Sains kecantikan melalui rangkaian SAFI YOUTH GOLD RETINOL


"The Gold Standard of Retinol" produk penjagaan kulit wajah anti - penuaan - yang menggabungkan kombinasi 3 bahan terunggul kecantikan masa kini - 3x Kuasa Retinol, 98% Peptida Emas, Squalane yang terbukti secara klinikal dapat memperbaharui, mengembalikan keanjalan dan mengurangkan tanda penuaan kulit dalam masa 14 hari* membuatkannya senang didapati kerana dijual di cawangan watsons di seluruh malaysia dengan harga mampu milik supaya semua wanita boleh mendapatkan manfaat retinol dengan mudah. Ujar Pakar Jenama & Tinjauan Maklumat SAFI Kazlina Mohd Kassim.


Tambah beliau lagi, "Inovasi kecantikan SAFI YOUTH GOLD RETINOL dari SAFI RESEARCH INSTITUTE - Makmal Penyelidikan dan Pembangunan Kecantikan HALAL bertaraf Antarabangsa terbesar dengan lebih 40 tahun kepakaran di Asia menzahirkan impian setiap wanita untuk memiliki raut wajah Kekal Remaja Tak Kira Usia dengan sebuah rangkaian produk yang dapat memulikan tanda penuaan kulit yang berkualiti tinggi, efektif, selamat untuk penggurnaan harian siang dan malam dan dipasarkan pada harga berpatutan serta diperakui Halal".


SAFI YOUTH GOLD RETINOL "The Gold Standard of Skincare" Anti Penuaan Terbaik


Majlis pelancaran SAFI YOUTH GOLD RETINOL turut menjemput Dr Syairah Nadia Mohamad, Pakar Estetik dan Anti Penuaan yang telah berkongsi secara ringkas tentang faktor penuaan kulit serta menyangkal mitos tentang Retinol. "Masalah penuaan kulit jika tidak dicegah dari awal akan mula menampakan garis halus, hiperpigmentasi, kedutan, dan bintik-bintik penuaan yang dalam, 


Retinol adalah jawapannya. Kehebatan manfaat bahan terunggul Retinol ini digunakan dalam formulasi yang betul di dalam rangkaian SAFI YOUTH GOLD RETINOL yang selamat digunakan untuk semua jenis kulit serta sesuai untuk rutin penjagaan kulit siang dan malam dan tidak akan menyebabkan kesan sampingan ke atas kulit.


Hasilnya?

  • 100% Bersetuju Terbukti secara Klinikal Kulit Lebih Cerah, Kedutan Mendalam dan Garis Halus berkurang dalam 14 hari
  • 92% menganjal dan menegangkan kulit
    75% Kulit lebih cerah berseri dengan serta merta
    72% Garis Halus dan Kedutan Berkurang
    71% bersetuju kulit lebih licin dan lembut dalam 7 hari
  • Tona Kulit lebih Cerah dalam 1 minggu
  • Hiperpigmentasi berkurangan dalam 3 hari


SAFI YOUTH GOLD RETINOL "The Gold Standard of Skincare" Anti Penuaan Terbaik



SAFI YOUTH GOLD RETINOL Terbukti secara klinikal* dan saintifik^



Melengkapkan pelancaran rangkaian SAFI YOUTH GOLD RETINOL ini adalah kemunculan duta SAFI YOUTH GOLD RETINOL Siti Nordiana. Figura seni hiburan tersebut adalah pilihan tepat kerana beliau adalah personafikasi "Wanita Safi" - Mempesona dengan raut wajah penuh keremajaan serta aura keyakinan bakat tersendiri, beliau adalah inspirasi wanita seusia dalam menggalas komitmen sebagai anak seni dan jiwa raga sebagai seorang ibu.


"Ini adalah sebuah penghargaan bagi saya kerana dipilih untuk mewakili SAFI sebuah jenama produk penjagaan kulit berkualiti yang dipercayai ramai. Perjalanan kecantikan saya menemukan saya dengan Rangkaian SAFI YOUTH GOLD RETINOL. Faktor usia, gaya kidup kesibukan kerjaya saya serta sentiasa bersolek membuatkan kulit lebih mudah terdedah kepada masalah penuaan. Saya juga amat teruja untuk berkongsi kepada para wanita tentang keberkesanan produk ini dalam memulihkan masalah penuaan kulit serta kepentingan untuk memulakan langkah kecantikan anti-penuaan dari awal agar raut wajah tetap kekal remaja tak kira usia dengan SAFI YOUTH GOLD RETINOL." Jelas duta SAFI YOUTH GOLD RETINOL itu.


Berbicara perihal penampilan dan kecantikan, Siti Nordiana turut berkongsi lebih lanjut tentang kecantikan SAFI YOUTH GOLD RETINOL beliau "Dalam masa 14 hari saya mula merasakan perubahan pada raut wajah. Perubahan ketara yang saya rasakan adalah kulit lebih anjal, garisan halus & hiperpigmentasi berkurang, kelihatan bermaya, cerah sekaligus memperlihatkan raut wajah remaja, serta kelembapan kulit juga dapat dirasakan".


                                                                                    

SAFI YOUTH GOLD RETINOL "The Gold Standard of Skincare" Anti Penuaan Terbaik


5 Jenis Produk Rangkaian SAFI YOUTH GOLD RETINOL


Rangkaian SAFI YOUTH GOLD RETINOL merangkumi 5 jenis produk penjagaan kulit iaitu :-


SAFI YOUTH GOLD RETINOL SKINCARE ANTI PENUAAN TERBAIK

SAFI YOUTH GOLD RETINOL Pembersih Wajah Skin Renewing Radiance 

(100g / RM 19.90)


SAFI YOUTH GOLD RETINOL SKINCARE ANTI PENUAAN TERBAIK

SAFI YOUTH GOLD RETINOL Esen Skin Refining Light Miracle 

(100ml / RM49.90)


SAFI YOUTH GOLD RETINOL SKINCARE ANTI PENUAAN TERBAIK

SAFI YOUTH GOLD RETINOL Serum Ampoule Skin Regenerate 

(15ml / RM30.90)



SAFI YOUTH GOLD RETINOL SKINCARE ANTI PENUAAN TERBAIK

SAFI YOUTH GOLD RETINOL Pelembap Serum Skin Repairing 

(40g / RM39.90) 


SAFI YOUTH GOLD RETINOL SKINCARE ANTI PENUAAN TERBAIK

SAFI YOUTH GOLD RETINOL 3x Perlindungan Matahari SPF50+ PA++++ 

(25g, RM25.90).


Rangkaian SAFI YOUTH GOLD RETINOL merangkumi 5 jenis produk yang selamat digunakan untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif kerana telah diuji oleh pakar dermatologi, ia juga boleh digunakan setiap hari tanpa menyebabkan sebarang kesan sampingan ke atas kulit.


SAFI YOUTH GOLD RETINOL "The Gold Standard of Skincare" Anti Penuaan Terbaik

SAFI YOUTH GOLD RETINOL "The Gold Standard of Skincare" Anti Penuaan Terbaik



Formulasi kombinasi bahan terunggul rangkaian SAFI YOUTH GOLD RETINOL:

3x Kuasa Retinol - Memperbaharui sel kulit dengan cepat Mencerahkan kulit . Mengurangkan pigmentasi, kedutan dan garis halus Squalane - Menjadikan kulit lembap & sihat semulajadi. Memperbaiki dan menghaluskan tekstur kulit 98% Peptida Emas - Menganjalkan kulit. Memperbaiki tekstur kulit. Menguatkan lapisan kulit dan menghasilkan kolagen.


Dapatkan rangkaian SAFI YOUTH GOLD RETINOL secara eksklusif di kedai-kedai WATSONS seluruh Negara. 


Untuk maklumat lanjut dan promosi terkini dari SAFI, sila layari :-


Website:  www.safi.com.my

Facebook : www.facebook.com/SAFI.MY  

Instagram : www.instagram.com/SAFIMalaysia


#SafiYouthGoldRetinol #SafiMalaysia




PENGALAMAN FACIAL DI MYCLINIC UNTUK SILK PEEL DAN TONING LASER

Pakar kecantikan menyarankan facial secara mendalam perlu di buat 3 minggu sekali untuk kulit wajah lebih sihat dan juga tidak kusam. Ini juga, merupakan salah satu azam tahun baru mummy, nak kulit cantik berseri dan tidak kusam. Almaklumlah umur dah 42 tahun, kan .


PENGALAMAN FACIAL DI MY CLINIC UNTUK SILK PEEL DAN TONING LASER

PENGALAMAN FACIAL DI MY CLINIC UNTUK SILK PEEL DAN TONING LASER



Jadi, kali ini mummy memilih ke MyClinic Aesthetic Clinic Malaysia cawangan Shah Alam untuk 2 rawatan dalam 1 sesi facial iaitu Silk Peel dan Toning Laser. Rawatan facial Silk Peel dan Toning Laser di MyClinic ini berjalan selama 2 jam. Rasa macam lama, tapi, sebenarnya sekejap je. Tak rasa lama mana pun.

MyClinic Aesthetic Clinic Malaysia


Mummy suka dengan suasana MyClinic Aesthetic Clinic Malaysia ini, suasana cozy, cantik dan tenang. Sampai di MyClinic Shah Alam, mummy disapa beautician mereka. Peramah mereka semua ! MyClinic, merupakan klinik yang bertauliah, mempunyai pelbagai pengiktirafan termasuklah KKM. 

Doktor MyClinic Aesthetic Clinic Malaysia juga mempunyai Certification of Medical Aesthetics (LCP) oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) . Beautician MyClinic juga adalah pekerja yang berkemahiran dan bertauliah.

PENGALAMAN FACIAL DI MY CLINIC UNTUK SILK PEEL DAN TONING LASER

PENGALAMAN FACIAL DI MY CLINIC UNTUK SILK PEEL DAN TONING LASER

Facial Silk Peel dan Toning Laser


Kemudian, mummy berjumpa dengan Doktor Chong. Doktor Chong menerangkan masalah kulit mummy dan menyarankan rawatan facial Silk Peel dan Toning Laser. Mummy bersetuju dengan cadangan Doktor Chong.

Seterusnya....sesi rawatan pun bermula bersama beautician Esther. Rawatan bermula dengan membersihkan wajah secara double cleansing, Toning Laser dan facial Silk Peel.


PENGALAMAN FACIAL DI MY CLINIC UNTUK SILK PEEL DAN TONING LASER




Rawatan Muka Toning Laser


rawatan muka toning laser adalah teknik perawatan kulit wajah untuk meningkatkan ketegangan kulit dan menghilangkan tanda penuaan. Melalui penggunaan sinar laser, kolagen dan elastin akan diserap ke dalam, lalu membantu memperbaiki struktur kulit kasar dan kendur.


Kebaikan Rawatan Muka Toning Laser

Antara kebaikan rawatan muka toning laser adalah :-
- Mencerahkan dan meratakan warna kulit
- Menghaluskan kulit wajah
- Mengecilkan pori-pori wajah
- Mengurangi produksi minyak berlebih

PENGALAMAN FACIAL DI MY CLINIC UNTUK SILK PEEL DAN TONING LASER



PENGALAMAN FACIAL DI MY CLINIC UNTUK SILK PEEL DAN TONING LASER
PENGALAMAN FACIAL DI MY CLINIC UNTUK SILK PEEL DAN TONING LASER

PENGALAMAN FACIAL DI MY CLINIC UNTUK SILK PEEL DAN TONING LASER

Facial Silkpeel Dermalinfusion


Facial Silkpeel Dermalinfusion adalah rawatan pengelupasan inovatif yang meransang pengeluaran kolagen yang baharu sambil memberikan rawatan cecair yang meresap jauh ke lapisan kulit. Prosedur Silkpeel Dermalinfusion ini menggunakan berlian gred perubatan untuk menghilangkan sel-sel kulit mati, mengurangkan pigmentasi di atas kulit dan mengurangkan garis-garis halus dan kedutan.


Kebaikan Facial Silk Peel Dermalinfusion



Ada banyak kebaikan facial Silkpeel Dermalinfusion. Rawatan muka Silk Peel Dermalinfusion adalah rawatan ideal untuk kulit kombinasi, berjerawat dan berminyak. Ianya dapat meminimumkan kesan akibat terdedah kepada matahari. Teknik rawatan muka Silk Peel Dermalinfusion juga dapat merawat kulit  kusam. Silk Peel Dermalinfusion akan membersihkan dan meremajakan, menghaluskan, melembabkan serta meratakan warna kulit. 

Kelebihan lain Silkpeel Dermalinfusion termasuklah yang berikut:


- Merangsang pertumbuhan sel baharu
- Menghidrat semula kulit kering
- Mengurangkan pigmentasi kulit
- Memperbaiki tekstur kulit
- Merawat garis-garis halus, kedutan dan bintik-bintik hitam

PENGALAMAN FACIAL DI MY CLINIC UNTUK SILK PEEL DAN TONING LASER

Testimoni Rawatan di MyClinic Aesthetic Clinic Malaysia


Nak testimoni rawatan di MyClinic Aesthetic Clinic Malaysia ? Kalau korang nak tahu, ramai artis dan influencer buat rawatan di MyClinic Aesthetic Clinic Malaysia ni.Seperti Mimi LAna, Shahrizad, hawa Rizwana dan ramai lagi. Kiranya, MyClinic ini memang trusted dan rawatan di sini sangat bagus.

Selepas je, rawatan di MyClinic Aesthetic Clinic Malaysia muka mummy agak merah. Ye lah, baru lepas buang white head, black head, dan lain-lain rawatan. Tapi, MyClinic ada berikan 1 krim untuk disapukan pada wajah selama 3 malam. Krim tu, bertujuan untuk hilangkan kemerahan pada kulit wajah. Alhamdulillah, sekali guna dah hilang merah pada muka.

Kulit mummy lebih lembut, bersih dan lembap (walau kombinasi, tapi banyak part kering juga).

Macam mana nak buat appointment di Rawatan di MyClinic Aesthetic Clinic Malaysia untuk buat rawatan dan facial? Senang je, korang boleh hubungi terus ke :-

Telefon : 03-7710 9889
Email : info@myclinic.com.my
Website : myclinic.com.my

Damansara Utama (HQ)
Cawangan : Puchong | Cheras | 
Melawati | Mount Austin, JB | Bangi | Kelantan | Shah Alam | Sutera Utama, JB

Buka hari Isnin - Ahad 10.00 pagi - 6.30 petang

SCENTIFY BY ENCHANTEUR MENGGOSOK 10700 PAKAIAN DALAM MASA SEHARI

SCENTIFY BY ENCHANTEUR MENGGOSOK 10700 PAKAIAN DALAM MASA SEHARI  - SCENTIFY by ENCHANTEUR, Jenama Penvegar Fabrik Terbaharu lancar dengan maraton 24 jam. Tugas membersih dan mengemas rumah kini lebih menyeronokkan dengan SCENTIFY by Enchanteur.


Rangkaian baharu SCENTIFY Eau de Fabric dan Eau de Car ini dicipta atas permintaan tinggi pengguna terhadap produk penyegar fabrik dan pewangi kereta yang tidak terhad kepada membasmi atau menghilangkan bau kurang enak. Malahan, SCENTIFY by Enchanteur Eau de Fabric juga menjadikan sesi menggosok pakaian atau melakukan kerja rumah anda lebih mengujakan menerusi 3 variasi wangian premium yang membangkitkan mood. Rangkaian ini juga adalah bukti dedikasi jenama Enchanteur yang komited dalam meningkatkan gaya hidup pengguna.


SCENTIFY BY ENCHANTEUR MENGGOSOK 10700 PAKAIAN DALAM MASA SEHARI

SCENTIFY BY ENCHANTEUR MENGGOSOK 10700 PAKAIAN DALAM MASA SEHARI

Marathon Menggosok Pakaian bersama SCENTIFY by Enchanteur


SCENTIFY by Enchanteur sebuah rangkaian semburan penyegar fabrik terbaharu dari jenama wangian kegemaran Malaysia. Sempena pelancaran rangkaian baharu ini, satu acara maraton menggosok pakaian telah diadakan di MYDIN Hypermarket USJ di mana seramai 80 orang telah menggosok lebih 10,700 helai pakaian dalam masa 24 jam. 

Maraton 24 jam yang bermula pada 29 November ini bukan sahaja acara menggosok pakaian semata-mata, malah untuk menampilkan kelebihan SCENTIFY by Enchanteur Eau de Fabric kepada penonton dan orang ramai, di mana fungsinya tidak hanya terhad kepada menyegar fabrik, tetapi juga sebagai peneman ketika menggosok pakaian. Kini, aktiviti menggosok pakaian lebih memberangsangkan dan pakaian akan kekal wangi untuk tempoh yang lebih lama! 


SCENTIFY BY ENCHANTEUR MENGGOSOK 10700 PAKAIAN DALAM MASA SEHARI

SCENTIFY BY ENCHANTEUR MENGGOSOK 10700 PAKAIAN DALAM MASA SEHARI

SCENTIFY BY ENCHANTEUR MENGGOSOK 10700 PAKAIAN DALAM MASA SEHARI

 

Izzue Islam dan Wany Hasrita Duet Menggosok


Turut memeriahkan acara, selebriti terkenal penyanyi Wany Hasrita dan pelakon Izzue Islam telah bergabung dalam sebuah "duet menggosok" sebagai penutup kepada penutup 24 jam. Di kemuncak acara, sejumlah 10,000 helai pakaian berjaya digosok dalam tempoh hanya satu hari, melayakkan SCENTIFY oleh Enchanteur Eau de Fabric dalam The Malaysia Book of Records bagi "Jumlah Pakaian Terbanyak yang Digosok dalam Sehari". 


SCENTIFY BY ENCHANTEUR MENGGOSOK 10700 PAKAIAN DALAM MASA SEHARI

SCENTIFY BY ENCHANTEUR MENGGOSOK 10700 PAKAIAN DALAM MASA SEHARI



SCENTIFY oleh Enchanteur Eau de Fabric dalam The Malaysia Book of Records


Sijil rasmi ini telah dianugerahkan oleh pihak The Malaysia Book of Records kepada Puan Rozaina & Encik Syed Ashiq selaku wakil dari SCENTIFY manakala pihak Mydin Mohamed Holdings Berhad diwakili oleh Yang Berbahagia Datin Wira Dr Hajah Siti Hawa Mohd dan Yang Berbahagia Dato' Murad Ali Mydin Mohamed, merangkap Pengarah-Pengarah Eksekutif Mydin Mohamed Holdings Berhad. 

SCENTIFY BY ENCHANTEUR MENGGOSOK 10700 PAKAIAN DALAM MASA SEHARI

SCENTIFY BY ENCHANTEUR MENGGOSOK 10700 PAKAIAN DALAM MASA SEHARI


Kejayaan maraton dan pensijilan ini jelas membuktikan SCENTIFY Eau de Fabric adalah "rakan" penting bagi setiap isi rumah kerana, selain menyegar fabrik, ia juga membuat tugas membersih dan mengemas lebih seronok dengan wangian mewah. Dalam kata lain, SCENTIFY Eau de Fabric bukanlah penyegar biasa-biasa! 


Segera dapatkan SCENTIFY by Enchanteur Eau de Fabric (370ml) pada harga RM9.50 di Semenanjung Malaysia Dan RM10.00 bagi Sabah dan Sarawak, dan rangkaian SCENTIFY by Enchanteur Eau de Car (14ml) pada harga RM9.90 in Semenanjung Malaysia dan RM10.40 bagi Sabah dan Sarawak di semua peruncit utama, pasaraya, and pasar-pasar hyper di seluruh negara. Segarkan kehidupan dengan SCENTIFY !

PEMBUKAAN GUARDIAN STOR PREMIUM DI MID VALLEY KUALA LUMPUR

Guardian Malaysia adalah peneraju rantaian runcit farmasi, kesihatan dan kecantikan terkemuka di negara itu telah mengukuhkan tawaran perniagaannya menerusi stor konsep unik seluas 7000 kaki persegi ini, memanfaatkan trend kesihatan dan kecantikan global terkini, serta trend pengguna yang sentiasa berubah. Guardian Malaysia menjanjikan pengalaman membeli-belah serba baharu untuk pelanggan.



PEMBUKAAN GUARDIAN STOR PREMIUM DI MID VALLEY KUALA LUMPUR

PEMBUKAAN GUARDIAN STOR PREMIUM DI MID VALLEY KUALA LUMPUR

Guardian Melancarkan Stor Premium 


Tahniah kepada Guardian Malaysia di atas pelancaran stor premium utamanya yang serba baharu, tercanggih dan yang terbesar di Asia Tenggara di Pusat Membeli-Belah Mid Valley, Kuala Lumpur. 

PEMBUKAAN GUARDIAN STOR PREMIUM DI MID VALLEY KUALA LUMPUR

PEMBUKAAN GUARDIAN STOR PREMIUM DI MID VALLEY KUALA LUMPUR


Promosi Pembukaan Guardian Mid Valley Kuala Lumpur


Sempena pembukaan cawangan premium terbaharu, Guardian Mid Valley Kuala Lumpur mengadakan promosi besar-besaran. Antara Promosi-promosi yang ada di Guardian Mid Valley adalah seperti RM1 untuk satu barangan pada 1 -2 November 2023, kupon diskaun RM5 untuk setiap pembelian, free gifts with purchase, tambahan 5% untuk setiap RM40 ke atas dalam satu resit dan hadiah misteri bernilai RM150 dengan setiap pembelian RM200 ke atas.


PEMBUKAAN GUARDIAN STOR PREMIUM DI MID VALLEY KUALA LUMPUR

PEMBUKAAN GUARDIAN STOR PREMIUM DI MID VALLEY KUALA LUMPUR

Susun atur stor utama Guardian yang unik akan menampilkan segmen produk baharu seperti ruangan Clean & Natural Beauty menampilkan produk penjagaan kulit, penjagaan rambut, dan kosmetik yang diformulasi menggunakan bahan selamat, bebas toksik dan mesra alam. Ruangan Tweens menampilkan produk kecantikan yang ceria, berwarna-warni serta selamat digunakan untuk pembeli muda berumur 8 hingga 12 tahun, manakala bahagian Salon-At-Home yang pertama seumpamanya dikuasakan oleh L’Oreal menawarkan pelanggan pengalaman memanjakan diri yang mewah disamping menikmati rangkaian produk penjagaan rambut komprehensif yang disesuaikan mengikut keperluan unik mereka.

Turut dimuatkan adalah ruang Wellness di bahagian Penjagaan Kesihatan yang menumpukan kepada produk keperluan kesihatan dan kecerdasan pelanggan, seperti serbuk protein dan makanan kesihatan.

Stor ini bakal menjadi stor utama Guardian pertama yang dilengkapi fasad berskrin animasi LED, skrin paparan LED digital dinamik dan interaktif di seluruh stor dan dua tiang interaktif khas yang memaparkan maklumat produk interaktif menerusi hologram dan berfungsi sebagai tanda navigasi.


PEMBUKAAN GUARDIAN STOR PREMIUM DI MID VALLEY KUALA LUMPUR



Menjelaskan stor konsep baharu itu sebagai ‘revolutionary’ dan ‘evolutionary’, Priscilla Wu, Pengarah Urusan, Health and Beauty, Malaysia dan Brunei, berkata:

“Pelanggan Guardian akan menikmati pengalaman membeli-belah yang serba baharu di stor premium utama baharu kami. Ia melambangkan pertumbuhan kukuh dan kejayaan berterusan jenama Guardian di Malaysia dan merupakan bukti komitmen tanpa henti Guardian dalam menawarkan produk kesihatan dan kecantikan terbaik di pasaran pada nilai terbaik kepada pelanggan kami.

“Pelaburan kami dalam stor konsep baharu ini mewujudkan pengalaman membeli-belah yang unggul dan terbaik dalam kelasnya dengan kategori produk baharu yang telah berkembang seiring dengan permintaan dan trend baharu pengguna. Ia akan memberikan pengalaman membeli-belah yang lebih tersendiri, informatif dan interaktif kepada pelanggan. Kami juga akan memperkenalkan lebih 30 jenama penjagaan kulit dan kosmetik baharu ke stor kami, dengan 20 rangkaian penjagaan kulit dan lebih 10 jenama kosmetik baharu, yang mana kebanyakannya adalah eksklusif untuk Guardian.”

Jenama baharu itu termasuk jenama mandian Tanamera Natural, serta jenama penjagaan rambut eksklusif dari Jepun (Ahalo, Fun Azum, Theratis, Kose Bioless dan Kose Je L’aime) dan Korea (Mise En Scene dan Ryo).


PEMBUKAAN GUARDIAN STOR PREMIUM DI MID VALLEY KUALA LUMPUR


Konsep Terbaharu Oral B dan Sensodyne


Stor utama berkeluasan 7000 kaki persegi baharu itu juga akan mempamerkan konsep baharu daripada jenama penjagaan mulut, Oral B dan Sensodyne.

Sensodyne akan mempunyai paparan khas di Guardian Mid Valley dan pelanggan akan dapat melihat sendiri bagaimana ubat gigi #1 di Malaysia* dihidupkan menerusi paparan interaktif, memberikan kesedaran tentang sensitiviti gigi. Dengan 71% rakyat Malaysia mengalami gigi sensitif, mereka kini boleh mengetahui lebih lanjut tentang bagaimana gigi sensitif boleh diatasi dengan varian Sensodyne.

*Berdasarkan Indeks Perkhidmatan Runcit untuk segmen Sensitif dalam kategori Ubat Gigi bagi tempoh 12 bulan berakhir April 2023, untuk Total Malaysia Market. (Hak Cipta © 2023, NIQ.)

Oral B pula akan membawa masuk pusat pengalaman ‘Powered Oral Care’ interaktif pertamanya dimana pelanggan boleh memanfaatkan program sensori untuk menyentuh, merasai dan membandingkan produk di kios digital yang turut menyediakan pendidikan tabiat kesihatan mulut untuk golongan dewasa dan kanak-kanak.

Untuk memberikan lebih ganjaran kepada pelanggan, untuk tempoh terhad sempena pelancaran stor utama baharu ini, 

Jom datanglah beramai-ramai ke stor utama Guardian di Mid Valley dan alami pengalaman membeli-belah serba baharu di Guardian.


Facebook: @Guardianmy
Instagram: @Guardianmy



Tentang Guardian Malaysia


Guardian Malaysia bermula sebagai sebuah kedai runcit farmaseutikal berkeluasan 200 kaki persegi, yang menyajikan perkhidmatan kepada komuniti ekspatriat 56 tahun lalu. Hari ini, ia merupakan peneraju rangkaian kesihatan, kecantikan dan farmasi runcit di negara ini, dengan lebih 600 buah stor di seluruh negara, menyediakan pelbagai produk kesihatan, kecantikan dan farmaseutikal yang tiada tandingannya. Setiap tahun, stor-stor kami menyediakan perkhidmatan kepada lebih 30 juta pelanggan di seluruh negara.