Kaki bengkak saat hamil

Diam tak diam..Mummy Dhia nk dah 30 minggu hamil.

Pejam celik pejam celik lg 10 minggu je lagi...saat itu. 

Persiapan sket2 semua dah di buat. ;) excited jugak ai ni tau!!

Cuma tinggal kene get ready brg2 utk kakak nya juga. Kakak Dhia pn akan ikut mummy berpantang di Subang nanti bersama2 adik nya.

Mummy nk cerita sket kehamilan kali ni, mummy rasa sangat berbeza. Rasa mcm mimpi pun ada. Dan, kadang2 tak sedar pun sedang mengandung hehe.

Almaklum lah tido pun lena je..walau dah 3rd trimester. Kaki pun maintain tak de bengkak lagi. Kehamilan sebelum ni... mengandung 5 bulan je kaki dah bengkak. 

Mungkin mummy Dhia displin untuk kehamilan kali ni. 

Mummy Dhia kene kuat. Sbb mummy ada daddy, Dhia & adik dlm perut. Mummy kene tabah, kene makan complete set of vitamins, kene jaga kesihatan demi utk org2 yang mummy sayang. 

Mummy tak boleh pentingkan diri sendiri. Segala tanggungjawab harus mummy kene ingat. Walaupun mummy bukanlah seorang yg sempurna. Tapi, mummy sedaya upaya untuk jadi sempurna utk orang2 tersayang2. (ececece....ayat jiwa2 kejap ek)...



So, jom kita baca sket masalah2 wanita hamil adalah kaki membengkak.

Kita mungkin rasakan hari yg di naitu dah hampir sbb kaki dah bengkak.

Tapi sebenarnya berpunca dari :




Kenapa Kaki Bengkak Ketika Hamil?
Perut anda yang membesar semasa hamil memberikan banyak tekanan kepada pengaliran darah dari bahagian bawah badan ke atas terutamanya jika anda duduk terlalu lama di pejabat atau di dalam kenderaan. Cecair ini akan banyak mengumpul di bahagian kaki anda dan menyebabkan kaki bengkak. Keadaan ini dipanggil edema. Ia biasanya terjadi di trimester ketiga kehamilan.

Bengkak ini akan surut selepas anda melahirkan. Tetapi anda boleh mengurangkannya semasa hamil dengan mengamalkan perkara berikut:

* Jangan duduk atau baring terlalu lama. Sekali-sekala bangun dan berjalan.
* Tidur mengiring ke sebelah kiri dapat mengurangkan tekanan saraf, saraf terbesar terletak di sebelah kanan.
* Naikkan kaki anda ke atas seboleh mungkin.
* Rendam kaki dalam air sejuk.
* Jangan menyilang kaki semasa duduk terutamanya dalam masa yang lama.
* Regangkan kaki anda dan pusingkan pergelangan kaki anda, begitu juga jari-jari kaki anda. Gerak-gerakkan.
* Minum air secukupnya. Sebenarnya ini membantu untuk mengurangkan pengumpulan air dibawah kulit dan boleh mengurangkan bengkak di kaki
* Gunakan kasut dan stokin yang selesa. Jangan pilih yang ketat.
* Kurangkan pengambilan garam dan makanan pedas.
* Gunakan penyokong perut untuk wanita hamil untuk mengurangkan tekanan.
* Amalkan senaman yang sesuai untuk wanita hamil.
Amalkan pemakanan yang sihat dan elakkan dari mengambil junk food. 
Pengambilansuplemen/vitamin disarankan kepada mereka yang tidak mempunyai pengambilan makanan mengikut piramid makanan yang seimbang demi memastikan ibu terus sihat dan bayi yang dikandung membesar dengan baik.
Berhati-hati
Hubungi doktor anda jika anda dapati anda turut mengalami:

* muka atau keliling mata bengkak.

* tekanan darah tinggi.

* kencing kotor.

* sebelah kaki kelihatan lebih bengkak daripada yang lagi satu.

Saya sengaja highlightkan part pemakanan seimbang dengan kaler merah tu.. supaya anda ambil lebih perhatian betapa pentingnya pemakanan seimbang kepada diri dan bayi yang dikandung.

Ini adalah suplemen yang saya cadangkan untuk wanita yang sedang hamil.
 trimester 1 : Vitalea, B complex, vitamin C dan Ostematrix(kalsium)
trimester 2&3 : Vitalea, B complex, vitamin C, Ostematrix(kalsium) dan Omega guard.

Add-on yang digalakkan : ESP(energizing soy protein) -sebaiknya diamalkan lebih2 lagi jika anda masih bf baby

(Vitalea ni killer product utk Shaklee (di oversea sangat dikenali sebagai vitamin prenatal))

************************************

Info tambahan:



Vita-Lea Iron FormulVita-Lea adalah multivitamin (jadi x perlu ambil obimin dah). Di dalamnya kaya dengan iron (zat besi) di mana jika ibu ada masalah masalah pitam atau mudah pening ataupun masalah anemia. Anemia ini berbahaya kepada anak dan ibu ketika bersalin kelak. Oleh itu, pengambilan multivitamin amat penting semasa mengandung.

Vitamin B Compleks 
B Compleks Shaklee adalah unik kerana ia telah lengkap dengan asid folik dan juga 8 kumpulan B. Asid folik sangat penting untuk pembinaan tulang dan bagi mengelakkan kecacatan pada janin, mengurangkan risiko kecacatan saraf pada bayi khususnya ‘spina bifida’. Ibu memerlukan sekurang-kurangnya 400 mg keperluan asid folik sehari. Penting bagi menjamin keperluan asid folik ini mencukupi 3 bulan sebelum ibu merancang untuk mengandung hinggalah tempoh awal mengandung. Ini kerana masalah gangguan pertumbuhan saraf dan neuro ini boleh berlaku seawal minggu pertama mengandung ketika janin baru terbentuk.

Vitamin C
Melindungi sel penting dalam pembinaan kolagen dalam membina dan menguatkan sel-sel tisu dalam badan dan juga sangat penting untuk gusi dan gigi yang sihat. Ianya juga membantu dalam penghadaman zat di samping Vitamin C meningkatkan taraf sistem pertahanan tubuh. 1 biji vitamin C bersamaan dengan 7 biji oren. Mampukah kita nak makan 7 biji oren sehari? Selain itu vitamin C juga dapat membantu mempertingkatkan kadar serapan zat besi yang sangat penting untuk pembentukan hemoglobin yang membawa oksigen dalam darah.

OsteMatrix(calcium magnesium) 
Ibu yang mengandung memerlukan 1000mg-1300mg sehari. Ostematrix ini mengandungi kalsium, magnesium dan vitamin D. Kiranya 3 in 1 la..Setiap 1 biji OsteMatrix mengandungi 250mg kalsium. Magnesium berfungsi untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya..vitmain D pula untuk merangsang penyerapan kalsium. Kalsium sangat penting untuk pembinaan sel, pertumbuhan gigi dan pembentukan tulang bayi. Tidak mengandungi lemak berbanding bagi ibu yang hanya bergantung dengan produk tenusu. Kalsium penting untuk darah membeku dengan sempurna. Membaiki rangsangan urat saraf, mengelakkan kekejangan otot terutama bagi ibu mengandung serta kalsium juga penting untuk menstabilkan denyutan jantung dan tekanan darah tinggi.Sekiranya ibu mengandung kekurangkan kalsium ia akan menjejaskan pertumbuhan bayi dan turut menyebabkan penyusutan jisim tulang dan berlakunya kerosakan gigi kepada ibu itu sendiri. Ini kerana apabila kalsium untuk bayi tidak mencukupi maka badan ibu dengan sendirinya menarik kalsium dari tulang ibu untuk membantu menguatkan bayi dan kesannya ibu mungkin terdedah kepada risiko mendapat osteoporosis di usia tua.

Energizing Soy Protein
Ianya sangat penting untuk membina dan memperbaharui se-sel tisu, hormon dan enzim di dalam tubuh. Sangat diperlukan oleh wanita yang mengandung dan menyusukan anak. Penting untuk pembentukan kuku, rambut dan kulit. Protein yang berkualiti sangat membantu pertumbuhan yang baik. Ianya juga dikatakan kunci untuk melawan penyakit. ESP juga memberi ibu tenaga di mana bagi mereka yang mengalami morning sickness yang agak teruk. Ia juga memelihara dan mengelakkan janin menjadi cacat. Selain itu, protein ini juga membantu membekalkan asid amino yang bertindak membentuk otot dan organ bayi. Keperluan protein sewaktu mengandung perlulah mencukupi bagi membantu pertumbuhan plasenta, uterus, penghasilan susu dan untuk membantu aliran darah ibu yang bertambah. Keperluan protein ini semakin penting ketika memasuki trimester ke 3 bagi membantu memaksimumkan pertumbuhan fetus.
Nanti, masuk trimester kedua, bolehlah mulakan pengambilan fish oil (biasanya kita ambil Neurogain). Dalam Shaklee pun ada fish oil, namanya Omega Guard.
Omega 3 (Omega Guard)
Ianya sangat penting dalam membantu pembentukan otak bayi dari peringkat awal pembentukan. Mengandungi DHA yang sangat penting untuk otak. DHA dan EPA dari Omega nie penting untuk pembentukan otak dan mata baby. Untuk ibu pula, ia membantu mengawal paras kolesterol dalam badan
______________________________________________________________________________

So, itulah dia vitamin2 yang disyorkan semasa hamil. Maybe ada yang tanya, asid folik takyah ambil ke sebab takde pulak nampak asid folik dalam set di atas kan? Untuk pengetahuan anda, pengambilan Vitalea with Iron Formula + B Complex sebenarnya telah membekalkan jumlah asid folik yang diperlukan oleh preggies iaitu sebanyak 400 mcg (200 mcg + 200 mcg). Extra pula sebab vitalea ni dah lengkap dengan iron. Dan extra lagi sebab vitamin Shaklee adalah vitamin natural, semulajadi BUKAN SINTETIK.

0126460421 - linda

COD: kajang, Kajang Perdana, Tesco Kajang, Metropoint Kajang, Saujana Impian, Prima Saujana Kajang, Hospital Kajang, Klinik Kesihatan Kajang, Kg Melayu Subang, RRIM, Subang 2, Puteri SUbang, Subang Bistari

Post a Comment

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com

Previous Post Next Post