D.I.Y tuam bayi atau di kenali sebagai tungku bayi


Kekdahnya mencari tuam bayi ni tak jumpa.

Sebelum bersalin ada lah beberapa kali jumpa. Tapi, dok hold sampai la dah beranak tak beli.

Kata mak, tuam bayi pakai daun2 je.
Daku pn, ia kan shj. 
Pastu, ntah mana2 daunnya nk cr bagai kt rumah ni.
Masa berpantang kat rumah mak, dapat la daun tu semua.

Orang tua2 ckp, bayi lelaki kene tuam. Terutama si anu nya. 
Tuam sampai umur 1 tahun kot ;)
Untuk elakkan angin dan angin pasang.

Bila kami anak beranak dah abes pantang dan balik ke Kajang.
Puas mencari tuam bayi.
Tapi xjumpa.

Encik husband bagi idea utk buat sendiri tuam bayi ni.

D.I.Y tuam bayi kekdahnya ;)
So, mummy pun prepare la barang2nya.

Excited gak ler..balik kerja terus zassss...
gi beli barang nih ;)



Cara-cara membuat tuam bayi;-

1. Jintan, halba, halia bara kering, lada hitam dan biji sawi.

2. Gorengkan tanpa minyak. Sangai je ye.

3. Sediakan kain cotton (saya juga kain2 lebihan masa buat bedung bayi, barut bayi & kain lebihan taman uri) & cotton pad (untuk elakkan habuk2 tu bertaburan celah2 kain).

4. Letakkan bahan-bahan gorengan td di atas kain.

5. ikat bunjutkan

Oleh kerana mummy nk cpt dan nk  pakaikan pd adik. Sementara panas lg. 
So, ikat sementara dengan getah dulu. 

Lps ni, hanya panaskan je tuam bayi ni dgn sterika atau atau periuk & tuam.


Kos membuat tuam bayi mmg murah, saya beli dah siap paket dah. Tak tahu bpe gm;-

1. Jintan dalam RM1.50
2. halba RM1.50 
3. halia bara kering RM1.50 
4. lada hitam RM0.80
5. biji sawi RM1.00

Beli kat kedai jual barangan sembahyang india. hehehe. Semua ado.
Terlanjur tu, sempat beli buah manjakani kering, limau dan cengkih.

Buah manjakani kering tu nk rebus buat minum.



Limau dan cengkih tu nk buat penghalau nyamuk dalam bilik. ;)


nyamuk pls go away ;)














Post a Comment

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com

Previous Post Next Post