Alkisah nk travel ke Pulau Tioman sesambil membawa anak (seorang baby & seorang lagi kekanak. eh kekanak ke ? belasah aje...la ye).
Orang2 kata biasala tetempat cenggini agak keras.
hehehehe memang ler keras kan? byk batu karang, batu batan, dsbgnya.
Selain yg zahir itu kita nmpak keras...ada di sebaliknya yg kita tidak nmpak,. Betul tak?
Oleh kerana rumah kami ada 2 pasu pokok Aroda (yg di hadiahkan oleh mak). Makanya timbul,la idea nk membawa dedaun ni. bukan bawa pokoknya!
Dan terfikir pulak, jadikan minyak pn ada bgusnya,kan!! Senang nk bawa dan boleh anak2 pakai juga.
Mummy pn buat ler D.I.Y Minyak Urut berdaun Aroda.
1. beberapa tangkai daun Aroda
2. Minyak Kelapa
3. Halba
4. Lada hitam beberapa biji.
Alhamdulillah anak2 tak meragam memalam di Sun Beach Resort, Kgh Genting, Tioman, walaupun chalet kami paling belakang dan atas bebenor (berhampiran dengan hutan gunung).
Kenapa daun Aroda?
Pasti ada yg tertanya2 kan?
Yang pastinya, ia dikaitkan dengan pokok daun aroda ialah mengenai dunia 'halus'. Diceritakan oleh orang-orang tua Melayu dahulu bahawa aroda menjauhkan daripada diganggu oleh mahluk-mahluk halus yang tidak diingini. Daunnya yg berbau busuk. Wallahualam ;)
(bukan niat utk merosakkan akidah ye, kawan-kawan)
Okies, jika nk urut sesaje pun boleh pakai minyak kelapa ni. Sedap gak baunya mcm kerisik gitew. Nk kata mahal tu tak la mahal RM1.90 je minyak kelapa. Nk buat sendiri pn boleh. Sanngai je kelapa parut tu kasi minyak keluar. Jimat pun jimat kalo buat sendiri.
Selamat mencuba!!
Terima kasih bagi idea ni...Selamat berkenalan..Jom follow blog Acik
ReplyDeletehttp://acikwatie.blogspot.com/
kite belasah je ;)
DeletePost a Comment
Welcome back , guys !
Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)
For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com