Sempena anak berumur 3 bulan pada September ini.
Nak parking resipi-resipi puri anak dulu.
Walaupun baru je Dhia guna resipi-resipi ni last yr. Tapi, mummy lupa nk simpan dlm blog.
Jadinya, kali ni kita kasi kumpul resipi puri-puri di sini.
Nanti senang nak cari ;)
Jom sesama kita buat puri ;)
Puri Brokoli
1. Ambil 4 kuntum bunga brokoli
2. rendam dengan air garam (bagi kekotoran keluar)
3. Kukus hingga lembut
4. Kisar halus dengan air masak / susu ibu
Puri Lobak Merah
1. Ambil 1 batang lobak merah dan dibuangkan kulitnya
2. Potong dadu
3. Rebus hingga empuk.
4. Tos hingga sejuk & Kisar halus dengan air masak / susu ibu
Puri Epal
1. Ambil Epal bersaiz sederhana. Buangkan biji dan dibuangkan kulitnya
2. Potong dadu
3. Rebus hingga empuk.
4. Tos hingga sejuk & Kisar halus dengan air masak / susu ibu
Puri Keledek
1. Ambil keledek bersaiz sederhana. Buangkan kulitnya
2. Potong dadu
3. Rebus hingga empuk.
4. Tos hingga sejuk & Kisar halus dengan air masak / susu ibu
Puri Kentang
1. Ambil EKentangbersaiz sederhana. Buangkan kulitnya
2. Potong dadu
3. Rebus hingga empuk.
4. Tos hingga sejuk & Kisar halus dengan air masak / susu ibu
Puri Pisang
1. Ambil sebiji pisang yang sudah masak ranum dan dibuangkan kulitnya
2. Lenyekkan campurkan sedikit dengan air masak / susu ibu
Selamat mencuba ye, mommy2 dan daddy2 di luar sana.
Semoga anak2 suka akan puri ini.
COD: Kajang / Cheras/ Subang
fb: http://www.facebook.com/UrbanMummy1
012-6460421
nurazlindaazman@gmail.com
pinky-lynn.blospot.com
fb: http://www.facebook.com/UrbanMummy1
012-6460421
nurazlindaazman@gmail.com
pinky-lynn.blospot.com
Post a Comment
Welcome back , guys !
Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)
For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com