Ya Allah sungguh besar kekuasaanmu. Insyaallah kita akan melihat gerhana bulan penuh pada petang ini. ia juga dikenali sebagai bulan berdarah. Jom sesama kita saksikan ;)
Dalam pada tu, sempat berborak dgn rakan sekerja (India) tentang gerhana bulan ni. Mereka mempercayai akan pantang larang ketika gerhana bulan. Antar akepercayaan mereka:-
- Tidak boleh makan waktu gerhana itu sebab makanan itu ibarat racun kepada badan.
- Ibu mengandung juga kene pantang ketika gerhana bulan dengan tidak boleh memotong apa2 dengan pisau takut anak dalam kandungan boleh cedera kelak atau sumbing.
- Jangan melihat gerhana di khuatiri mata sakit nanti.
- Tempat ibadat mereka di tutup ketika gerhana bulan .
Bagi penduduk di Semenanjung Malaysia, anda akan terlepas fasa permulaan gerhana, dan hanya dapat melihatnya bermula dari fasa gerhana penuh hingga tamat sahaja.
Kiraan di bawah adalah untuk Kuala Lumpur pada tarikh 8 Oktober 2014.
- 4:17 pm Bulan masuk bayang-bayang penumbra – Tidak kelihatan (Bulan di bawah ufuk)
- 5:18 pm Bulan masuk bayang-bayang umbra (fasa gerhana separa) – Tidak kelihatan (Bulan di bawah ufuk)
- 6:25 pm Fasa Gerhana Bulan Penuh bermula – Tidak kelihatan (Bulan di bawah ufuk)
- 6:54 pm Puncak Fasa Gerhana Penuh – Tidak kelihatan (Bulan di bawah ufuk)
- 7:24 pm Fasa Gerhana Bulan Penuh tamat (permukaan fasa separa) – Boleh dilihat
- 8:34 pm Fasa Bulan keluar dari bayang-bayang umbra – Boleh dilihat
- 9:33 pm Bulan keluar dari bayang-bayang penumbra keseluruhannya – Boleh dilihat
- 4:17 pm Bulan masuk bayang-bayang penumbra – Tidak kelihatan (Bulan di bawah ufuk)
- 5:18 pm Bulan masuk bayang-bayang umbra (fasa gerhana separa) – Tidak kelihatan (Bulan di bawah ufuk)
- 6:25 pm Fasa Gerhana Bulan Penuh bermula – Boleh dilihat
- 6:54 pm Puncak Fasa Gerhana Penuh – Boleh dilihat
- 7:24 pm Fasa Gerhana Bulan Penuh tamat (permukaan fasa separa) – Boleh dilihat
- 8:34 pm Fasa Bulan keluar dari bayang-bayang umbra – Boleh dilihat
- 9:33 pm Bulan keluar dari bayang-bayang penumbra keseluruhannya – Boleh dilihat
Untuk kita yang beragama Islam:-
AMALAN SUNAT KETIKA GERHANA
Menerusi sekian banyak hadis berkaitan gerhana, terdapat beberapa perkara sunat yang dianjurkan supaya dilakukan semasa kejadian gerhana. Di antaranya ialah:
1. Solat dan berdoa
Rasulullah SAW bersabda: “Apabila kamu melihat kedua-duanya (gerhana matahari dan bulan), maka dirikanlah solat dan berdoalah sehingga dihapuskan apa yang kamu hadapi”.
2. Berzikir dan beristighfar
Abu Musa berkata: “Telah berlaku gerhana matahari. Maka Rasulullah SAW berdiri dalam keadaan cemas kerana bimbang akan berlaku Kiamat. Lalu Baginda SAW tergesa-gesa pergi ke masjid dan solat dengan berdiri yang terlalu panjang serta rukuk dan sujud yang panjang, yang tidak pernah aku lihat Baginda SAW melakukan seperti itu."
3. Berlindung daripada azab kubur
Diriwayatkan oleh Aisyah r.a.: “Setelah Nabi SAW selesai menyampaikan khutbah gerhana matahari, maka Baginda SAW memerintahkan para sahabat supaya memohon perlindungan dari azab kubur.”
4. Bersedekah
Sabda Rasulullah SAW: “Apabila kalian melihat gerhana, maka hendaklah kalian berdoa kepada Allah, mengerjakan solat dan bersedekah.”
5. Memerdekakan hamba
Asma’ r.a. berkata: “Sesungguhnya Nabi SAW menyuruh memerdekakan hamba ketika berlaku gerhana matahari. “Dalam satu riwayat: “Gerhana bulan.”
Inilah di antara sunnah Baginda SAW ketika berlakunya peristiwa gerhana bulan atau matahari. Marilah bersama-sama kita menghidupkan sunnah Nabi Muhammad SAW kerana inilah jalan hakiki menuju kesejahteraan di dunia dan akhirat.
Wallahu’alam.
Post a Comment
Welcome back , guys !
Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)
For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com