Membantu Projek Research - tentang hubungkait antara dominasi hemisfera otak dan index pengimbangan otak persepsi skala tekanan di kalangan wanita menyusukan anak.

Dah lama nk buat kerja membantu student IPTA/IPTS membuat kerja-kerja research. Saya mmg sangat suka bab-bab breastfeeding sharing knowledge ni.
Tahun lepas, UPM pun ada panggil untuk research tapi nak ada baby 6 bulan ke bawah. Saya tak de baby bawah 6 bulan waktu tu. Makanya, tak dapek lerr nk join. Ganjaran bg yang terpilih adalah pam susu. Mmg best dan untung siapa dapat. So, tahun ni bila student UiTM pulak nk buat research (membantu lecturer punye projek sebenarnya) tentang hubungkait antara dominasi hemisfera otak dan index pengimbangan otak persepsi skala tekanan di kalangan wanita menyusukan anak. Oleh Fakulti Kejuruteraan Elektrik, bertempat di Biomedical Research Laboratary for Human Potential. 


Student ini akan meletakkan wayar2 di telinga saya - kedua belah dan di bahagian kepala. Jgn risau, ni bukan utk bg kejutan elektrik. Utk amek brainwave sahaja.

Bacaan dari brainwave itu akan di ambil bacaannya sebanyak 3x:-
i)  sebelum proses pam susu / menyusukan anak (jika bawa anak)
i)  semasa proses pam susu / menyusukan anak (jika bawa anak)
i)  selepas proses pam susu / menyusukan anak (jika bawa anak)

Dah waktu ni, saya lari kejap dr lunch time semasa training di Grand Bluewave. Makanya, takkan nk bawa anak,kan!! Kita bawa pam letrik (dual) sahaja.



Saya bersama Nabila - student UiTM Shah Alam - Fak Elektrik.
Sempat lah share pengalaman saya jugak semasa belajar di sini. 

Saya student Fakulti Elektrik UiTM Shah Alam? Haaaaaaaaaaa jangan terkezut uolls!!! Yup saya ex-student di sini. Sempat belajar 2 tahun dalam Diploma Kejuruteraan Elektrik (Peralatan). Then saya buat apa lps tu? Saya kerja dan sambung Diploma in Office Management pulak. 

Mengimbau jugak lah kenangan2 lama di sini. Banyak perubahan dah berlaku dalam masa 12 tahun fakulti ni rupa2nya ;) 


Ok lebih kurang cenggini la nak amek bacaan brainwave 







Kesimpulan dari bacaan brainwave saya yg di ambil bacaannya sebanyak 3x:-

i)  sebelum proses pam susu - 
Index 4- Stress level balanced - Left brain
(of cos la left kan...saya kan suka bab mengira2 ni. Bab2 nombor mmg saya plg suka ingat)

ii)  semasa proses pam susu- 
Index 5 - Stress level highly balanced - Left brain
Kali ni mmg zero stress. Mmg tenang jiwa dah raga bila breatfeed / pam susu. Mood happy..makanya susu pun akan keluar dgn banyak jugak. Sampaikan student tu pun rsau susu dah penuh dlm botol yg di pam tu.

iii)  selepas proses pam susu - 
Index 5 - Stress level balanced - Right brain
Stress level mmg masih tip top, cuma nya using otak kanan pulak.

Kesimpulannya, bila kita happy nk pam susu / menyusukan anak. Mood happy, susu banyak dan otak kita bekerja dengan seimbang.

Mmg saya akui, makanan tambahan atau supplement banyak membantu saya juga. Bukan membantu bagi susu saya banyak sahaja. Tapi, byk faktor lain2 yang membantu saya. Sapa tak nak hidup dengan relax2 dan happening kan? Tiada stress dan otak kita pun sihat. Wallahualam.




Antara yang terlibat secara langsung dan tidak langsung. Korang nanti dah kawen dan ada anak. Tp, korang tak nak breastfeed anak2. Akk rotan korang ye!! 
hehehehe


Jika ada pembaca di sini yang masih breastfeed anak lagi. Dan ingin membantu student UiTM ini menjayakan projek mereka. 

Sangat-sangat lah di alu-alukan. masih ada kekosongan untuk 20 org yang pertama. 


Boleh call Nabila - +60193647547


Post a Comment

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com

Previous Post Next Post