Kisah twin stroller harga mampu milik

Beberapa minggu yang lalu, kami somi isteri sibuk dok survey2 twin stroller. Samada twin stroller tu praktikal untuk kami beranak dua ni. Beza setahun sorang. Serta, adakah ianya user friendly utk kami berkereta kecik dan rumah bertingkat-tingkat? 


Muka Dzal Aidi yg tak tahan kene flash. Sorry ye sayang. Mummy lupa off flash :(


Tempat pertama yang kami tuju, mcm biasalah kan..MANJAKU.
Harini, maleh nk jalan2 tpt byk2 mall.

Kasik test dedua org ni naik atas twin stroller tu, pusing2.
Tak ramai org, boleh lah kasik pusing2. Buat mcm kedai sendiri kan!
hehehe


Nampak mereka ni boleh di bentuk duduk diam2 dalam twin stroller ni. Harga utk Sweet Cerry dan My Dear masih mampu milk kata orang. Tak mahal dan tak la murah sangat. Dalam range RM700-600.

Tapi, kalau dapat lagi murah, lagi hokey!! kan hehehe

Ok! nak beli ke tak nak beli twin stroller ni,ye?

Soklan2 negatif di minda mak pak nya tetap ada. 
'Patut ke beli?' 
'Tak rugi ke?' 
'Nak simpan mana?'
'Kereta muat ke?
'Muat ke nk masuk lif?'
'Kalau anak tak mo ddk,cemana?'
'Berbaloi ke dengan harga?'



Oleh kerana banyak nau soklan negatif di minda.
Mari kita kosongkan fikiran dulu.

Kasi otak bertenang. 
Makan-makn..minum-minum 

Lepak bersama keluarga,

Dedulu.. masa belum kawen lelepak dgn kawan je,kan.


Sesambil tu, kita discuss bersama.
Mmg hobi kami ni, suka nau diskusi.
Dikusi lelama...berhari2.

Best apa!! ROMANTIK gitew!!

Kekadang lama nk amek keputusan.
Ala-ala buat proposal.

Kekadang cepat je kasik buat keputusan.
Kita kasi bentangkan pro dan kons dgn en somi dulu.

Orang lelaki ni, kekadang malas nk pikir byk, dia nk dgr apa yg bininya bentangkan dan dia hanya buat conclusion je.

Bini nya lah!! kene pikir itu, pikir ini. 
Dan.. tak lupa kene jawab soklan-soklan cepu emas dari en somi.

So, bininya kene get ready!!! yeahhhh!! ilmu kene siap sedia di dada dulu.
eceececece.


Tanpa twin stroller:- 

Si kakak akan berkeliaran, tak senang jiwa nk fefeling shopping ko!! Jadik tarzan je keje mummy ko!


Tanpa twin stroller:-

Tak pun, si kakak kene dok dlm troli shopping tu. Sian ko, nak!! plastik dan besi tu bukan selesa sangat duduk lelema dlm tu. Sebab, mak paknya shopping bukan 5 minit.


Tanpa twin stroller:-

Kalau anak tidur lak dari kereta,bila tpt yg dituju tu dah sampai. Sorang kene dok cenggini. 

Sorang lagi, si adik kene tidur dalam stroller.



Tak pun, salah sorang kene tidur berdukung.




Kalo tidur 2jam, 2jam ke daddy nk kene dukong?
Fengsans katanya!!

Anak pun, tak selesa tidur lelama cenggini kot.


Nk kendong dlm ergo ni, mmg Dhia suka.
Tapi, sorang satu kene jaga anak.

Nk bagi adik ddk dalam ni. Adik kekadang nk FREE. Dah pandang sana sini.
Adik lebih suka stroller. Boleh usha-usha aweks cun katanya. 
bahahahaha


Mummy teringin gak kekadang nk cenggini.
Tapi, doktor xbagi nk angkat lebihan berat.

Sayangi lah rahim anda.kan!!
Mummy ko beranak czer, bukan normal!!



Beberapa hari lps, terjumpa pulak promo stroller ni di http://www.qqbabyshop.com/ harga boleh tahan murah twin stroller RM189 untuk semennajung Malaysia je offer ni. 

Dan, dengar-dengarnya Offer ni akan tamat tak lama lagi. Harga akan kembali RM299.00

Ada 2 warna PINK dan BLUE

E-ST-SL-501S : Sanle twin baby stroller (promo is for WEST M'SIA only, EAST M'SIA normal price )
Bila kami dok fikir-fikir dan banyak nau soklan bermain di minda kami.

Ini adalah peluang keemasan untuk di ambil ni..
Harga pun, sangat-sangat ok untuk 2nd stroller kami.

Mana nk cari twin stroller bawah RM200. Melainkan 2nd hand. 
Tu pun, kalau lah boleh dapat.

Ringan pun ringan. Lebih kurang combi kami tu je... dalam 7kg. 
Mak-mak yang czer, pasti tak de problem.


So, weekend aritu kasik terjah kedai ni kat Taman Equine.
Kasi anak2 meronda testing ddk dalm kedai dan pusing keliling as usual.

Check safety side, check quality nya.

Udahnya, dari 3 twin stroller biru ..tinggal 2 bijik je tinggai. Dalam masa kami berpikir nak beli ke tak nak.

Akhirnya, beli aje lah!!
Biru pilihan di hati. Kang beli pink, mcm kesian kat adik ni. Jambu sangat la pulak ;)


Lps beli kasik meronda dalam TESCO.

Anak2 memula mcm pelik2 sket. Biasalah menda baru. SO, kasik kakak menan, mknn dan minuman, Bagi leka ddk dalam tu. Sementara mummy daddy nk beli brg2.

Review untuk twin stroller ni, kita bagi 9/10
Escalator TESCO muat naik,

Lif TESCO muat

Lif rumah pun muat

Letak dalam kete pun muat sb lipatnya tu ala2 payung gak.

Nak bawa anak2 naik rumah pun sonang. kasi satu kali jalan.

Lagi-lagi bila anak2 tidur cenggini. Sonang letak dedua sekali harung.

Pendek kata, HARGA BEST, user friendly gitew.

Ada gak yang tanya, tempat sempit nanti tak boleh lalu. Tu nak jawab cemana ek? 
Kalo tpt sempit, cari lah lain-lain alternatif.

Sbb tu, kami masih pakai ergo baby, single stroller dan carrier car seat.
Kami tak juai barang-barang yang hado tu.
Kang nan hado. Nak pakai cemana.

Dan, sbb itu lah kami cari rege mampu milik tanpa membazir wakakakaka.
Jangan mare ye!!



1 Comments

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com

  1. The strollers are very attractive for kids who shows very much interest to sit in them, thank you for blogging on this topic TWIN STROLLER WITH CAR SEAT

    ReplyDelete

Post a Comment

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com

Previous Post Next Post