Tips memasak dengan cepat dan jimat masa

Kisah masak-masak lagi, biasalah tengah mood rajin ni kan. Masak je la keje , mummy. Kang....Kalo penyakit M dah datang. Tutup dapur lah kita. hehehe. Sebenarnya, nak kata masak ni susah tak la susah mana. Cuma penyediaannya tu amek masa. Untuk orang mcm mummy yang tak de pembantu. Anak 2 orang tu, sedang nk direct bf lagi. Kerja lagi. Nak buat itu ini lagi. Itew yang kekadang penyakit M datang tu. 

Tapi, minggu ini (hari bekerja) mummy udah berjaya masak setiap kali dinner. Bangga dgn diri sendiri. eh...eh..eh hari Selasa aritu tak masak dinner. Sbb ada pasar malam, tekak teringin nak roti john dan yong tau foo. Consider cuti ari Selasa la kot utk weekdays hehe.

Ada yang tanya, 1-2 lauk je ke mummy? Hamboi ko!! Nak pulak 10 lauk makan berdua laki bini. Laki iols tu dah la tak suka makan makanan semalam a.k.a leftover. Jadiknya, TAK BAIK MEMBAZIR. Tak gitew!! ;)

Mummy pun hado setengah jam je masa untuk memasak. Balik kerja 5.30ptg. Sampai umah dalam 5.40 ptg terus ke dapur. Masak2, mandi, masukkan baju2 dalam mesin basuh dan buat apa2 yang patut. 6.15 ptg terus amek anak kat tingkat bawah. Dah lebih 8 jam anak-anak duduk dengan baby sitter. Tak perlu lah duduk lebih lama lagi. Masa yang kita hado dgn anak-anak pun dlm 4 jam je sebelum anak tidur. Jadik, lepas amek anak tu. Kita layan anak-anak pulak. Layan dinner, main, tgk tv, main itu, main ini, direct bf. 

Kalau 4 jam yang hado pun kita nak abaikan anak-anak. Nak busykan diri sendiri je. Baik tak yah ada anak. Kalau tak nak anak, tak yah gatal2 nak kawen!! kan!!



Menu pilihan sepanjang weekdays tu, terpulang pada kerajinan mummy dan bahan-bahan yang hado untuk masak.

Semalam, masak ayam goreng kicap letak kentang yg di goreng. Tabur dengan daun sup dan cili api. Cili api untuk mummy. Ayam goreng tu pulak, untuk Dhia. Hehe.. Tapi, sebat gak 1 ketul ayam goreng kicap. Belasah je la,nak. Asalkan ko makan. Mummy dah bersyukur alhamdulillah. Gaya mana cara nk makan pun tak ape.



Oleh kerana, harini Jumaat. Weekdays terakhir untuk minggu ini. Apa kata kita lists groceries untuk next week. Resipi apa nk masak pun dah kene plan jugak. Kang terkial2 dok pikir kat opis," ptg ni nak masak apa, ye?" Sambal ke? Goreng2 ke? Sup ke?"

Bak hasil tulisan Adlil Rajiah punya blog. TIPS MEMASAK UNTUK SUPERWOMAN:-

1. RANCANG MENU UNTUK SEMINGGU
- Ini sudah pasti, kalau sket2 tu tertinggal. Boleh beli kat kedai dpn rumah je.

2. SIAPKAN SEMUA BAHAN, SEJURUS SELEPAS MEMBELI
-Kadang2 buat. kadang tak buat. Kalau tak buat, kene korbankan lunch hour untuk balik rumah dan siapkan apa yang patut untuk dinner nanti.

3. SIMPAN BAHAN-BAHAN YANG DAH DI SIAPKAN MENGIKUT MENU DAN LABELKAN
- yang ni mummy tak cuba lagi. Kene buat untuk jimatkan masa mcm ni.
- selalunya buat sendiri cili. Cili kering rebus dan siap blender terus. Tu pun buat sket2 je. Nk buat secara fresh kekononnya ;)


Untuk kudap-kudapan hujung minggu ni. Mummy plans nk buat karipap. Buat banyak2, nanti tinggal goreng je bila nak makan. Inti dah siap dah. Kulitnya je belum siap. Insyaallah mlm ni buat. Moga 1st trial ni menjadi. Sesebelum ni, ada tolong2 mak buat karipap. Tapi takat kelim tepi2 je lah ;)

1 Comments

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com

  1. Betul ni, working mom kena masak dengan cepat dan jimat masa sebab masa yang terhad. WAHM pun sama juga, kene cuba tips nie :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com

Previous Post Next Post