Etika makan untuk majlis formal. Antara salah satu silibus Diploma saya semasa belajar di Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam kira-kira 13 tahun yang lalu. Siap buat praktikal makan di Hotel UiTM Shah Alam. Pertama kali, makan nak kene protokol dan praktikkan apa yang di pelajari. Sambil2 tu, pensyarah pun dok menjeling cara kita makan. oiiiiii.........ketaqqqq lutut oiiiii. Perut lapa pun jadi kenyang. hahahhaha
Di majlis formal, kita tak perlu cakap banyak. Kita boleh berinteraksi dengan kedudukan pisau dan garfu je. Nk berhenti makan sekejap, nk menu seterusnya, makanan sedap ke tidak, dah abes makan ke belum atau tak suka dengan makanan yang di sediakan. Tunjuk je kedudukan garfu dan pisau. Mudah,kan?
Banyak nau pisau dan garfu. Tapi, masing-masing ada kegunaan tersendiri. Kene hadam dalam otak bebetul ni.
Etika di meja makan. Jenuh nak hapai,kan? Bagi yang dah biasa ke majlis formal. Mungkin tiada masalah.
Cara makan sup yang betul. Halakan sudu ke depan. Dan sup hendaklah 3/4 penuh. Yang ni, dapat tahu masa belajar dalam kelas Diploma dulu. Sebelum tu, hirup ikut suka je hehehe.
Nak makan salad pun kene dengan garfu.
Antara etika dan adap-adab di meja makan atau majlis formal atau FOOD REVIEW ;) atau bahasa English, Good Table Manners.
Memang nampak ke arah barat sangat. Tapi, itulah realiti untuk majlis formal. Nak ikut atau tak nak ikut. Terpulang pada diri sendiri.
Post a Comment
Welcome back , guys !
Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)
For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com