Kadang2 rasa suka g Tesco (sbb tutup lewat)...Kadang2 rasa menyampah pun hado!!
Tiap kali ke Tesco, lepas byr jeee mesti lari budget.
Harga yang di tunjuk kan tu tak sama dengan barang yang di pamerkan. Bila habis byr, tengok resit harga RM17.XX..Mak aiiiii!! Aku rabun dekat ke tadi..tengok harga salah? sanggup cek balik amek gambar.
Bila komplen kat kaunter. Mereka ckp. Harga tu utk KIWI HIJAU. Masalah nya, KIWI HIJAU langsung tak ada di situ. Yang hado kiwi kuning..tp rege kiwi kuning tak hado. Kesimpulan di buat. Harga adalah sama!!
Pekehalnya ko letak rege brg tak de...
Brg yang ada, ko tak letak kan harga pulak. STRATEGI APAKAH INI? pastu nak pulak kita kene baca tetiap Details yang ada.
Tak pasal2...kami suami isteri bertengkar..'eh awak x baca ke tanda harga?'...'eh..eh..kita tgk harga betul kat situ..tak de lah sampai kita nk baca tulisan kecik2 tu'. (Tak pasal2 isu panas utk kami pulak!! Hadoi la tesco!!)
Kita dgn anak kecik lg. Dgn somi nk cpt (x sihat sb denggi), kalau tak kerana nk sangat kiwi kuning utk naik kan platlet darah suamiku..aku nk jeee cancel semua brg yg beli tu. Kasik ajar sedaaaas!
Pastu, terkena lagi satu ni ha!! RM8.50 katanya..
Bila byr, RM10.90. Hrm....komplen jugak!! TAPI..Katanya promo dah abes. Ada tulis tulisan kecik bwh tu tarikh promo. Kaunter tu bg 2 kata putus .. 'Kalau akk tak nak brg ni, kita boleh pulangkan balik duit'...
Ikut kan hati... Nk je pulangkan brg tu dan ambil duit. Amek brg lain yg murah dan beratur byr balik. Disebabkan... mmg kami perlukan sangatttttt benda ni. Tak mahu org lain dalam rumah ni, kene denggi. Nk benteras denggi kekononnya. Dan,tak sanggup nk betapa lama2 di Tesco dgn pilih brg jenama murah yg lain. Amek je la dulu. Nk ckp banyak2..Malas utk harini. Sbb...Aku ni pn, ada org nk jumpa lg kt rumah. Nk kejar masa lagi. Hrm mm. ..
Erm...hokey la...tak perlu nk tunding jari salah sapa!!! kalau pihak KPDNKK datang cek, salah tak letak harga berlainan cenggini? Bukan 1x terkena..berkali2 juga terkena. Cumaanya...Kali ni...tak leh thn dah.
Sebagai pengajaran untuk diri sendiri. ..lepas ni kalau nk beli barang di Tesco. Harus lah baca dahulu setiap tulisan besau kecil dan sangat kecik.
Tak boleh tengok tanda harga semata2 cenggitu...Boleh pusing kepala somi isteri nanti. Yang salah? Bininya juga lah kan!! Sb bininya yg suka pilih brgan offer dan murah. Tapi...bila sampai di kaunter lain pulak harga nya. Dah lah laki nya kene membayar segala menda dlm troli tu..
Redha je lah kene bebel....pastu... bininya kasik bebel balik dlm blog
Bahahaha..fair gitew ;)
Post a Comment
Welcome back , guys !
Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)
For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com