Udang memang kegemaran kami sekeluarga. Beberapa bulan lepas. Encik suami rajin sangat mancing udang. Jadi, tak hairanlah sangat udang tu segar ke tidak. Memang dah tentunya udang SEGAR sebab baru mancing.
Bila kita beli udang, kita mesti nak pilih udang yang segar. Yang saya tahu, beli udang segar tu, bila picit badan udang. Udang tu pejal, tak lembik. manakala kepala udang tu masih di badan udang. Tapi, baru-baru ini, tengok rancangan Diari Mangkuk Tingkat Bersama Ili. Ili ada kongsikan tips. Untuk nak tahu udang tu segar atau tidak. Jika udang tu bdannya memanjang (tak bengkok). Udang tu di bekukan semasa udang itu hidup. Bermakna udang yang tegak tu, udang segar. Tak rugi rupanya menonton cerita Diari Mangkuk Tingkat bersama Ili - dishbyili. Banyak tips dia kongsikan bersama.
Jika udang tu bengkok, macam ni. Bermakna udang ini, di bekukan semasa udang ini sudah mati.
Lepas ni, bila ke pasar. Saya bukan sahaja akan pilih udang yang berbadan sado pejal. dan kepala masih di badan sahaja Tapi, saya akan pastikan udang itu memanjang. Udang segar, biasnya manis rasanya. Sedap!!
Eh...eh..Tetiba, tekak macam nak makan char kuey teaw dengan udang pulak. Harusku balik rumah rehat nanti. Masak sepinggan char kuey teaw dengan udang.
Post a Comment
Welcome back , guys !
Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)
For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com