Anak penguat semangat



Balik dari bekerja, memang kadang-kadang kita rasa penat. Mula lah terfikir-fikir nak baring-baring bila sampai rumah. Tapi, bila terkenangkan anak yang suka tengok ada apa atas meja. Setelah pulang dari rumah ibu (pengasuh). Anak itu lah, penguat semangat saya sebenarnya. Semangat untuk merajinkan diri ke dapur setiap kali balik dari bekerja.

Perkataan 'WOW' yang keluar dari MULUT anak tu membuatkan saya sebagai mak terharu sangat2. Video ini bukan di buat2 atau bukan sekadar lakonan semata. Tapi, ini adalah situasi yang sebenar. Tiap2 hari anak saya akan ucapkan WOW bila nampak saya masakkannya sesuatu. 



Jika ada waktu terluang, pada waktu rehat ofis. Dan jika saya tudak ada apa-apa agenda pengeposan. Saya akan balik rumah pada waktu tangah hari. Siapkan masak sedikit2 apa yang patut.


Sempat masak nasi dan lauk kari daging kentang.



Balik dari pejabat, saya siapkan ayam gorang anak dan bubur nasi Dzal Aidi.


Walaupun masak biasa sahaja. Tapi, bila tengok anak-anak bersungguh makan.
Boleh hilang terus penat dan stress seharian kita sebagai mak dan sebagai pekerja.


Rebus sayur-sayuran sebelum di kisar halus.



balik dari rumah pengasuh, terus bagi anak-anak makan. Lepas makan, baru cudle dan bawa mereka tengok tv ataupun breastfeed mereka.


Anak-anak adalah penguat semangat mummy setiap masa dan setiap saat. Jika tak sihat sekali pun, kita akan kuat bila terfikirkan anak-anak. Begitu jugalah dengan mak kita kan? Bila ada anak ini, kita lebih tahu dan lebih mendalami pengertian hidup seorang mak. Sayang mak!!

Sobs!! huhuhu ..tetiba air mata mengalir..........

Post a Comment

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com

Previous Post Next Post