Hotel Seri Malaysia Genting Highlands


Last minit plan nak ke Genting Highlands. Pukul 4 petang baru daddy kata, 'siap2 semua jom kemas g jalan2'. Mummy tanya daddy nk g mana? ..."Genting katanya... Ha!! Genting? Mummy pun dok lelaju kemas barang-barang. Nak tidur semalam, katanya. Itu pun, kalau ada bilik kosong. Erm..call hotel terusssss. Dan ....semua jawapan sama. 'Maaf, kami penuh utk malam ni'. Dalam hati ku. Erm...xpa2, kita try agoda. Carik puye carik. Dapatlah bilik murah di Seri Malaysia Hotel Genting Highlands. Sebelum check in, kami berjimba dulu di Indoor Theme Park, Genting Highlands


Abes berjimpa dan dinner. Terus check in. Anak-anak puye aktiviti lps check in ialah lompat katil. hahahaharu daddy atas kati. Dedua lak tu main lompat2. best kot katil Hotel Seri Malaysia, Genting Highlands ni.


Macam tak pernah tidur atas katil gamaknya. Tidur pun lewat masing-masing. dalm kul 1 lebih baru nak tidur. Seronok masing-masing explore sana sini dalam bilik hotel.



Ruang Hotel Seri Maalaysia yang agak luas juga. Tak sesempit First World Hotel. Ruang rehat pun hado. dapatlah mummy dan daddy buat tempat makan megi memalam. hehehe maggi jugak di mana-mana yer


Hotel Seri Malaysia yang berada di tengah-tengah Genting Highlands. Kami pilih Hotel Seri Malaysia sebab keesokkan harinya nak naik Skyway Genting pulak. 


Muka bangun pagi. Nak bawa makan breakfast 

Sleeping beauty pun dah bangun. Let's makan-makan sampai buncit. hehehe


Sedap cium budak masam-masam manis ni. Gerammmmm baunya tu hehehe


Sebelum makan, kasik round dulu. Tengok apa yang menariks dan tertariks.


Bihun sup untuk Dhia. Kegemarannya..sup!! Bukan bihun sahaja yang ada. Mi Kuning pun ada.


Kordial Oren Sejuk

Makan buah dulu. Ikut sunnah katanya hehehe

Ini budak? Semua geleng kepala. Semua tak mau makan.



Rerupanya nak bihun kakak dia.Nak suap sendiri pulak tu..Ikut lah gaya cemana yang adik nak. Asalkan perut tu tak kosong.


Bagi jugak bubur lembut. Dalam dua tiga suap, je makan. Terus tak mo dah. Nk makan suap sendiri bihun lagi.


Mummy puye menu mixed. Ada nasi impit kuah kacang, nasi goreng kampung pedas, bihun goreng dan cereal. Hehehe jimat masa. Tak larat bangun ddk banyak kali. Nk pujuk anak-anak makan lg. Nk kejar masa siap2 naik Skyway Genting lagi.


Susu wajib minum pepagi. Nak berjalan lagi dan lagi.. Kaki kene kuat.


Roti bakar daddy dan Dhia


Abes breakfast di Hotel Seri Malaysia Genting Highlands. Lepaks kejap urut badan di kerusi urut.


Naik atas siap2kan diri, mandikan anak-anak. Mak pak mandi sendiri2 je.
Terus kita check out dari Hotel Seri Malaysia Genting Highlands.




Bye2 Hotel Seri Malaysia. Ada jodoh, berjumpa lah kita lagi ye...


Jom ke Skyway Genting kita...........Skyway Genting Cable Car

Post a Comment

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com

Previous Post Next Post