Oh My Burger, Kajang Perdana antara gerai burger yang saya paling suka makan. Sebab Oh My Burger, Kajang Perdana ini, ada bermacam-macam pilhan burger ayam, sosej, rusa, daging, kambing, arnab, udang, ikan, burung unta dan bermacam-macam pilihan daging ada di Oh My Burger, Kajang Perdana. Kita juga, boleh pilih burger jenis yang macamana. Nak yang biasa, special, special cheese, double, double cheese, double special cheese, triple, triplet dan juga boleh mengikut pilihan pelanggan. Best kan? Nk burger tower pun,Oh My Burger, Kajang Perdana boleh buat.
Oh My Burger, Kajang Perdana pilihan saya kali ini ialah Oh My Burger - Daging Double Special Cheese berharga RM6.30.
Daging yang sangat juicy. Di lengkapi dengan dua keping daging lembu Ramly, telur, cheese, timun, nenas, salad. Serta disaluti dengan pelbagai jenis sos termasuklah sos mayonis, sos lada hitam dan sos cili.
Oh My Burger, Kajang Perdana - Burger Kambing Double Special Cheese untuk encik suamiku. Berharga RM8.20 sahaja
Jangan ragu-ragu dengan pengendalian makanan di Oh My Burger, Kajang Perdana ini. Tuan gerai burger Oh My Burger, Kajang Perdana, mempunyai Sijil Kursus Pengendalian Makanan yang di iktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Bukan penguasaha sahaja ada Sijil ini, Staf Oh My Burger, Kajang Perdana juga ada.
Berita baik untuk penduduk sekitar Kajang. Oh My Burger, Kajang Perdana ada membuat perkhidmatan penghantaran rumah ke rumah (delivery service).
Oh My Burger, Kajang Perdana bertempat di hadapan Restoran Putera Tomyam, Kajang Perdana.
Buka setiap hari (kecuali hari Ahad)
Dari Jam 5 petang - 1 pagi
017-2372327 - Aca
Instagram: https://instagram.com/oh_my_burger/
Post a Comment
Welcome back , guys !
Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)
For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com