KADAR BAYARAN ZAKAT FITRAH 2015 BAGI SELURUH NEGERI
Antara rukun Islam yang ketiga ialah menunaikan zakat.
Wajib zakat fitrah bagi yang cukup syarat WAJIB.
Iaitu:
1.
Suami tidak mampu, isteri tidak mampu. Suami isteri tidak wajib bayar zakat
fitrah.
2. Suami mampu, isteri tidak mampu. Suami membayar
zakat fitrah untuk diri dan isterinya.
3. Suami mampu, isteri mampu (memiliki harta atau
bekerjaya). Suami membayar zakat fitrah untuk diri dan isterinya. Akan tetapi
zakat tahunan isteri dibayar oleh isteri itu sendiri.
4. Suami telah menceraikan isteri tetapi masih
menanggung nafkahnya. Suami membayar zakat fitrah untuk dirinya dan untuk
isteri yang telah diceraikan itu.
5. Suami tidak mampu (miskin, muflis, kena PHK),
isteri mampu. Isteri membayar zakat fitrah hanya untuk dirinya sendiri.
6. Ibu bapa dan anak tidak mampu. Kesemuanya tidak
wajib bayar zakat fitrah.
7. Ayah mampu, anak tidak mampu. Ayah membayar
zakat fitrah untuk anak-anaknya.
8. Ayah mampu, anak mampu (biasiswa pendidikan,
sudah bekerja). Masing-masing membayar zakat fitrah untuk dirinya sendiri.
9. Ayah tidak mampu, ibu mampu, anak tidak mampu.
Ibu membayar zakat fitrah hanya untuk dirinya.
10. Ibubapa tidak mampu (tua, telah bersara), anak
mampu. Anak membayar zakat fitrah untuk diri dan ibubapanya.
11. Ibu sedang hamil. Tidak wajib membayar zakat
fitrah untuk anak yang dikandung. Akan tetapi kebanyakan ilmuwan
menganjurkannya berdasarkan tindakan para sahabat. [‘Abd Allah bin ‘Abd
al-Rahman al-Bassam – Taudih al-Ahkam min Bulugh al-Maram (Maktabah al-Asri,
Mekah, 2003), jld. 3, ms. 375].
12. Penjaga dan anak yatim piatu tidak mampu.
Kesemuanya tidak wajib membayar zakat fitrah.
13. Penjaga mampu, anak yatim tidak mampu. Penjaga
membayar zakat fitrah untuk dirinya dan anak yatim piatu jagaannya itu.
14. Penjaga mampu, anak yatim piatu mampu (memiliki
harta warisan). Penjaga membayar zakat fitrah untuk dirinya dengan hartanya
sendiri. Kemudian membayar zakat fitrah untuk anak yatim piatu jagaannya dengan
harta anak yatim itu sendiri.
15. Penjaga tidak mampu, anak yatim piatu mampu.
Penjaga tidak wajib membayar zakat fitrah tetapi membayar zakat fitrah untuk
anak yatim piatu jagaannya dengan harta .
Dan
adalah ia menyuruh keluarganya mengerjakan sembahyang dan memberi zakat, dan ia
pula adalah seorang yang diredhai di sisi Tuhannya! (Maryam 19:55) |
Iaitu
orang-orang yang mendirikan sembahyang, dan memberi zakat, serta mereka
yakin tentang adanya hari akhirat. (Luqman 31:4) |
Sesungguhnya
orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mengerjakan sembahyang
serta memberikan zakat, mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka, dan
tidak ada kebimbangan (dari berlakunya sesuatu yang tidak baik) terhadap
mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.
(Al-Baqarah 2:277) |
Tq for info..
ReplyDeletePost a Comment
Welcome back , guys !
Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)
For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com