KOLEKSI RAYA TERBARU DARI TOLLYJOY

BAYI TAMPIL BERGAYA RAYA INI DENGAN RANGKAIAN

KOLEKSI RAYA TERBARU DARI TOLLYJOY


Pejam celik, pejam celik sudah 12 Ramadhan, lebih kurang lagi 2 minggu Syawal akan menjelma. Semua ibu bapa akan sibuk menyiapkan pakaian anak-anak terlebih dahulu untuk persiapan raya. Ada yang ingin belikan pakaian untuk anak-anak mereka edisi terhad dan ada juga yang ingin anak kecil mereka tampil dengan koleksi terbaru sempena Hari Raya Aidilfitri. Erm, saya macam tertarik KOLEKSI RAYA TERBARU DARI TOLLYJOY.


Ramadhan ini, Tollyjoy telah mengeluarkan KOLEKSI RAYA TERBARU DARI TOLLYJOY. Pakaian anak bertambah menawan dengan rangkaian koleksi Hari Raya mereka!


Koleksi Raya Tollyjoy membawakan pilihan pakaian bergaya melalui sub-label “Little Precious”, dengan tambahan koleksi denim trendi oleh Tollyjoy. Setiap rekaan direka khusus dengan motif yang menarik dan comel yang sememangnya sesuai untuk personaliti anak kecil! Selain rekaannya yang menarik, KOLEKSI RAYA TERBARU DARI TOLLYJOY
 ini juga diperbuat daripada fabrik kapas yang lembut dan menyerap peluh bagi kulit lembut Dzal Aidi Fiqry dan Dhia Batrisya, untuk memastikan Dzal dan Dhia akan sentiasa nyaman biarpun pada musim perayaan. Kulit mereka ini sangat sensitif, kadang-kadang berpeluh sedikit. Dah merah sana, merah sini gatal. Kita sebagai ibubapa akan merasa selesa dengan pakaian dari Tollyjoy kerana anak kita akan selesa memakai pakaian KOLEKSI RAYA TERBARU DARI TOLLYJOY
.

Direka khusus bagi bayi, Koleksi Raya Tollyjoy tampil dengan pelbagai jenis rekaan dengan warna menarik, pastinya warna sedondon pilihan mummy musim perayaan ini. Koleksi bagi bayi perempuan merangkumi sut bermotifkan bunga-bungaan dan reben comel, manakala pilihan bagi bayi lelaki pula didatangkan dengan motif ceria seperti robot, kereta dan haiwan. Oh!! rambang mataku..yang penting kita pilih warna sedondon ye!!


 Tambahan pula, Koleksi Fesyen Raya Tollyjoy juga boleh didapati dalam pelbagai saiz, dari saiz S hingga ke L – bagi kedua-dua bayi lelaki dan perempuan sehingga 24 bulan. Dengan harga bermula dari RM 24.90 bagi setiap set, rangkaian baju bayi Tollyjoy boleh didapati di pasaraya Aeon dan Aeon Big di seluruh negara, pasaraya Tesco terpilih, cawangan The Store dan Pacific terpilih serta Pasaraya Billion dan lokasi lain di seluruh negara.

Membeli-belah untuk si kecil kini lebih menyeronokkan! Jadikan Hari Raya kali ini perayaan istimewa bagi Dhia dan Dzal dengan Koleksi Raya Tollyjoy!
Untuk maklumat lanjut mengenai Tollyjoy, sila layari www.tollyjoy.com.sg
We have also launched a new ' Tollyjoy Malaysia ' Facebook page and would love for you to join us!Tollyjoy juga telah melancarkan laman Facebook 'Tollyjoy Malaysia’ dan menjemput sertai,ya! Kindly click on the following link and 'Like' our page to stay connected with us: Sila klik pada pautan berikut dan 'Like' laman ini untuk promosi terkini: http://on.fb.me/ZflMUn

Mengenai Tollyjoy
                                                    
Ditubuhkan di Singapura pada 1971, Tollyjoy Corporation adalah syarikat yang menjalankan perniagaan pengilangan dan penjualan barangan penjagaan bayi dan ibu di bawah jenama ‘Tollyjoy’ dan ‘Little Precious’.

1 Comments

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com

Post a Comment

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com

Previous Post Next Post