Majlis Buka Puasa Mahsuri bersama pemenang Masak dan Menang

Majlis Buka Puasa Mahsuri bersama pemenang Masak dan Menang

 Dari kiri : Puan Nora (Penjaga Rumah Kebajikan Baitul Hidayah), Tiga dari kiri: Carmen Liew (Marketing Director of Mahsuri), kanan sekali: Jane Cheng (Regional Trade Marketing Manager of Mahsuri) bersama anak-anak Rumah Kebajikan Baitul Hidayah
Malaysia, 27 Jun 2015 – Sempena bulan Ramadan yang mulia ini, lapan pemenang Minggu Ketiga dan Keempat pertandingan Masak dan Menang anjuran Mahsuri menyertai majlis berbuka puasa di Rumah Kebajikan Baitul Hidayah di Petaling Jaya.

Anak-anak jagaan Rumah Kebajikan Baitul Hidayah, media, blogger dan pemenang Masak & Menang bersiap-siap untuk berbuka bersama “Nasi Ambeng” dari Mahsuri
Penghuni rumah terbabit dijamu dengan juadah berbuka yang dimasak menggunakan sos Mahsuri. Kanak-kanak terbabit turut dihiburkan dengan persembahan badut selain menyertai permainan seperti Musical Chair, Ballon Pop dan Mencari Harta Karun Mahsuri di mana pemenang turut menerima hadiah dan hamper.
“Ketawa kanak-kanak itu bagaikan irama di telinga kita. Kita amat bersyukur kerana selama ini banyak yang kita abaikan dalam kehidupan harian. Menghabiskan masa kualiti bersama mereka dan berkongsi pengalaman buka puasa amat bermakna kepada kami dan kanak-kanak terbabit.


“Sebagai jenama pilihan Melayu yang menghargai ajaran Islam, kami sentiasa berusaha untuk berbakti kepada masyarakat terutama sempena bulan Ramadan ini,” kata Pengarah Pemasaran Mahsuri, Carmen Liew.
“Ia adalah pengalaman terbaik kepada kami untuk mengingatkan kegembiraan dan apa yang kita ada bukan hanya dalam bentuk material. Lihat saja kegembiraan mereka dengan semua permainan dan persembahan badut. Saya rasa mereka amat menghargai kehadiran kami dan melalui kegembiraan ini bersama kami. Bagi saya membuatkan kanak-kanak ini gembira adalah 'hadiah' paling besar daripada apa yang diterima dalam pertandingan ini,” kata pemenang pertandingan minggu keempat, Nurul Iyliawani Binti Shahrul Amam
Sejumlah 24 pemenang yang meraih RM500 hasil ciptaan resepi Buka Puasa mereka menggunakan produk Mahsuri akan melawat empat rumah kebajikan bersama kakitangan Mahsuri sepanjang tempoh pertandingan.


Antaranya adalah Pusat Jagaan Rumah Kesayangan (20 Jun), Rumah Kebajikan Baitul Hidayah (27 Jun), Pusat Jagaan Cahaya Kasih Bestari (4 Julai) dan Rumah Nur Sakinah (11 Julai).
Pertandingan Masak dan Menang bermula 28 Mei hingga 8 Julai 2015 ini mengundang orang ramai berkongsi hidangan Buka Puasa ciptaan mereka sendiri yang menggunakan produk Mahsuri menerusi halaman Facebook MyMahsuri dengan hashtag #MyMahsuri #Manis / #Pedas  / #Tiram / #Ayam.
.
Untuk maklumat lanjut mengenai Mahsuri sila ke www.facebook/MyMahsuri



TAHNIAH kepada :

               Pemenang Minggu Pertama:                                                   
  1. Hidayat Bin Masduki
  2. Dayang Bt Darus
  3. Mohd Rafiq Bin Ismail
  4. Nurul Baizura Binti Basrudin
Pemenang Minggu Kedua:
  1. Mas Aini Bte Mahat
  2. Siti Noorfarawahidatun Binti Lela
  3. Muhammad Naim Bin Ahmad Safian
  4. Zurayah Binti Abd Razak
Pemenang Minggu Ketiga:
  1. Hairiati Binti Zakaria
  2. Noriah Bt Abdullah
  3. Norizakartina Binti Habas
  4. Sharon Kho
Pemenang Minggu Keempat:
  1. Rosinah Japar
  2. Che Azyumi Binti Aziz
  3. Norhajijjah bt Habas
  4. Nurul Iyliawani Binti Shahrul Amam

3 Comments

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com

  1. tahniah kepada semua pemenang..anak-anak yatim kat situ pasti gembira

    ReplyDelete
  2. seronok tgk anak² ni gembira

    ReplyDelete
  3. Nadia: betul tu seronok dorang tgk ramai yg datang
    kak Mas: saya pulak mcm nk nangis masa sampai tu

    ReplyDelete

Post a Comment

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com

Previous Post Next Post