RAMADHAN DAN FIDYAH
Lagi beberapa hari Ramadhan nak muncul. Ada yang dok kira-kira nk bayar fidyah?
Fidyah hutang puasa lepas-lepas yang belum ganti atau bayar lagi. Mudah je nak kira fidyah ni. Pergi sahaja ke link zakat ini: http://www.zakatselangor.com.my/calkulator-zakat/kalkulator-fidyah/ Nak tahu kene gandakan fidyah atau tidak pula, boleh ke link : http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/hukum-gandaan-fidyah-dan-kifarah
Tak ada masa nak membayar FIDYAH ke Lembaga Zakat? Boleh ke portal Maybank2u. Mudah kan? Pilih Bill Payment - Zakat and Charity
Pilih FIDYAH dan terus bayar.
Golongan yang perlu membayar FIDYAH:-
1. Orang
yang meninggalkan puasa dengan sengaja atau uzur syarie berkaitan - haid,
nifas, wiladah, musafir dan sakit yang ada harapan sembuh.
Wajib qadha sebelum datangnya Ramadhan
akan datang, sekiranya masih belum mengqadha maka dikenakan fidyah.
2. Uzur -
tiada kebarangkalian untuk sembuh atau sakit yang disahkan oleh doktor tidak
boleh puasa
Fidyah dikenakan
pada tahun itu juga dan tidak perlu mengqadha puasanya.
3. Ibu
hamil/menyusukan anak yang tidak berpuasa kerana bimbang akan:
i. Kandungannya terjejas
ii. Air susunya kering
Fidyah
dikenakan pada tahun itu juga. Hendaklah diqadha sebelum melangkah Ramadhan
akan datang. Sekiranya tidak mengqadha puasa sehingga masuknya Ramadhan, maka
dikenakan fidyah berganda.
iii. Sekiranya tidak berpuasa kerana dirinya
Wajib qadha sebelum Ramadhan akan
datang dan sekiranya masih belum mengqadha maka barulah dikenakan fidyah.
Post a Comment
Welcome back , guys !
Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)
For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com