Nak mengandung, tak nak mengandung?
Sangat subjektif cerita pasal nak mengandung dan tak nak mengandung ni.
Tapi, saya nak juga berkongsi dan bercerita.
*Bila nak ada anak?
*Merancang ke?
*Jaga badan ke?
*Ada masalah kesuburan ke?
Bila tiap-tiap tahun mengandung, orang akan bercakap:-
*Aktifnya
*Tak reti merancang ke?
*Subur sangat tu.
Bila seseorang itu jarakkan tempoh mengandung, orang akan bertanyakan:-
*Guna perancang yang mana satu?
*Kenapa pakai yang itu, tak pakai yang ini
*Mana satu yang bagus?
*gemuk tak nanti?
Bila kita kongsi maklumat tentang perancang keluarga, orang akan bertanyakan:-
*perlu ke share?
*perlu ke bagitahu semua orang?
Berbalik pada kaedah perancang keluarga, bagi saya amat perlu. Lagi-lagi apabila seseorang itu ada kes tertentu. eh..eh..tak ada kes pun kene jugak merancang. Untuk menjaga dalaman seorang wanita. Proses pembaikan luka dalaman tu, bukan esok lusa boleh baik. walaupun nampak luaran macam sihat. Tapi, kalau sudah ada rezeki. Kita terima la,kan?
Untuk kaedah perancang keluarga yang saya nak cadangakan ialah kaedah injection setiap 3 bulan (botol seperti gamabr di atas). Sebab, diri saya amat sesuai:-
*Berat saya masih maintain 55kg dalam masa 3 bulan ini.
*Susu badan juga maintain. Sehari pam boleh dapat paling banyak 15oz.Dan masih boleh menyusukan kedua anak saya.
*Tiada side effect seperti pening, loya-loya, ruam. Melainkan tempoh period yang agak tidak teratur (pada awal2).
Saya juga mencadangkan, kaedah perancang keluarga ini di buat di Klinik Kesihatan (Kerajaan). Kerana kosnya PERCUMA. Jika seseorang itu ada efek atau tidak ada keserasian. Maka, tak adalah rasa ralat. Lagi-lagi, yang kene bayar sendiri untuk kos ini (tidak di tanggung oleh majikan tempat bekerja)
Saya pun planning nak pakai nu jugak. Next visit g KK baru nak tanya macam mana nak mintak cucuk ni.
ReplyDeleteha'ah kan.. macam2 lah soalan orang ni..
ReplyDeleteada anak tanya, tak ada anak tanya, anak2 rapat tanya, anak2 jarak2 tanya...
haaaiiihhh..!! tak tahu la nape banyak sangat tanya...!!
hahahahaaa... :p
biasalah manusia jenis nihh..hihihii..dia takde soalan nk tnye..huhuhuhhuhu...ignore jer...
ReplyDeleteooo.. kalau nak ambik perancang ni kena tanya nurse dulu ke? pelik jugak kat kkia tempat yoorin xde pon dia tanya.. sampai sekrg merancang sendiri je.. tak lekat lg.. huhuhu
ReplyDeleteaida pun tgh pk utk family planning ni.
ReplyDeleteada member amik injection ni.
dia ada side effect plak ~ marah2.
as at now, aida plan sendirian berhad aje :) hi hi hi...
takut plak ter... hmmmm...
ida nak mengandungggggggggggggggggggggggggggg.. hmmm
ReplyDeletePost a Comment
Welcome back , guys !
Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)
For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com