Tak sabarnya esok nak raya. Seronok tahun ini, dapat beraya bersama-sama keluarga besar (nanti mummy update kemudian). Baju raya anak-anak dulu mummy update ;) Seperti tahun sesebelum ini, baju raya sedondon warna tetap menjadi pilihan di hati kami sekeluarga. Walaupun 3 tahun lepas kami telah menggayakan busana raya berwarna merah. Tahun ini, masih ada warna merah lagi. Bukan taksub dengan warna merah. Cuma merah juga warna kegemaran mummy dah pulak tu, kain free orang bagi. Merah lagi?merah pun, merah lah. Asalkan mummy dan daddy ada penjimatan baju raya di situ. Tinggal bayar upah jahit sepasang RM18 sahaja untuk baju kurung dan baju melayu anak. Baju mummy pula, upah jahit dalam RM30 dan RM40.
Raya pertama insyaallah kami menggayakan warna gold. Baju kurung dan baju melayu anak kain yang di hadiahkan oleh kenalan mummy termasuklah baju mummy juga. Baju daddy kita kasi matchy beli dari Gene Martino sahaja.
Pada mulanya, nak baju raya tema berwarna hijau gelap kali ini. Bila kami fikir tentang nak jimat. Ada baiknya, guna pakai kain yang ada untuk di buat baju raya. Hijau gelap mungkin boleh di jadikan warna tema tahun depan atau tahun-tahun mendatang. Mana tau ada rakan-rakan nak bagi kain untuk keluarga kami ke kan? hehehehe rezeki jangan di tolak ;)
Comel pakai baju kurung..akak tak perasan yang akak komen entry 2015..hahahaha..tengok diorang kecik2 alaaaa...comel..
ReplyDeletePost a Comment
Welcome back , guys !
Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)
For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com