FISIOLOGI SENAM : Pengurusan Komposisi Badan dalam Kesihatan dan Kecergasan Tubuh Badan

FISIOLOGI SENAM 
Pengurusan Komposisi Badan dalam Kesihatan dan Kecergasan Tubuh Badan


 
Komposisi badan adalah peratusan lemak yang terdiri daripada otot, tulang, dan tisu badan lain (Fleck & Kraemer, 2014). Komposisi badan boleh diukur melalui pemeriksan lipatan kulit, berat dan tinggi. Dengan mengambil kira faktor teknik yang mudah, cepat dan menjimatkan, kaedah pengiraan Body Mass Index (BMI) atau jisim indeks badan merupakan kaedah yang sering digunakan sebagai pengukuran dalam aspek kesihatan bagi majoriti populasi di seluruh dunia. BMI telah ditunjukkan mempunyai perkaitan hubungan yang positif dengan risiko penyakit kardiovaskular (Huet al., 2000; Taylor et al., 2010). Menurut Olds, (2009) komposisi badan mempunyai kesan terhadap prestasi atlet dan pada masa yang sama, senaman mempunyai potensi untuk mengubah komposisi badan.

Pada masa kini, isu obesiti telah menjadi satu fenomena yang amat meluas di seluruh dunia. Hal ini menyebabkan wujudnya banyak produk suplemen kesihatan yang membantu mempercepatkan pelangsingan tubuh badan. Malang sekali, bukan kesemua suplemen tersebut telah terbukti keselamatan penggunaannya dan hal ini dikhuatiri boleh menimbulkan banyak masalah kesihatan lain seperti buah pinggang, serangan jantung, tekanan darah tinggi atau rendah, dan lain-lain sekiranya suplemen tersebut mempunyai bahan tambahan yang berbahaya kepada pengguna.

Lebihan berat badan atau kegemukan memberikan kesan kepada kualiti dan kuantiti kehidupan seseorang. Individu yang mengalami masalah ini mempunyai jangka hidup yang lebih singkat dan berisiko untuk mendapat penyakit jantung, tekanan darah tingggi, diabetes dan kanser (Must et al., 1999). Bray (2006) menyatakan obesiti meningkatkan risiko penyakit kanser, batu karang, gout, osteoarthritis dan kemandulan.

Lebihan berat badan menyebabkan individu mempunyai keyakinan diri yang rendah dan selalu berasa muram disebabkan oleh imej badan yang tidak menarik. Ia juga menyebabkan berkurangnya kualiti keceriaan hidup. Aktiviti senaman atau aktiviti fizikal yang konsisten merupakan langkah untuk menangani masalah kegemukan (Okay, Jackson, Marcinkiewicz, & Papino, 2009). Senaman yang konsisten seperti 3 hari seminggu (minimum) dapat mengurangkan tekanan yang dialami oleh individu yang mempunyai lebihan berat badan (Okay et al., 2009). Tambahan pula kekuatan fizikal yang diperolehi hasil senaman akan berupaya meningkatkan keyakinan diri seterusnya membuatkan individu berasa bertenaga serta yakin dengan keterampilan diri mereka (Baechle & Earle, 2008). 


Obesiti menyebabkan individu mempunyai keyakinan diri yang rendah dan selalu berasa muram disebabkan oleh imej badan yang tidak menarik.
(Sumber rajah: Kevin Zahri)

Pengetahuan mengenai komposisi badan penting dalam membantu untuk membina kecergasan fizikal, mengawal dan menyelia jumlah lemak badan dan hasil pembinaan otot daripada kesan senaman. Menurut Pedersen and Febbraio (2012), badan yang mengandungi jumlah otot yang banyak dan jumlah lemak yang sedikit adalah lebih berkesan untuk membakar kalori. Otot membakar lebih banyak kalori daripada lemak, dan juga mempunyai kadar metabolisme yang lebih baik daripada badan yang mempunyai lebih banyak lemak.

Penglibatan dalam sukan mempengaruhi perubahan dalam komposisi badan. Sebagai contoh, atlet bina badan mempunyai lemak yang rendah dan penampilan otot yang lebih menonjol dan atlet angkat berat tidak mempunyai penampilan otot yang menonjol tetapi mempunyai kekuatan dan daya tahan otot serta kemahiran (Yang, 2007).

Program latihan perlu diterapkan dengan elemen latihan bebanan untuk membina otot.

Sumber artikel dari Hamka Nizam
Student of Master in Sports Science
Senior Personal Trainer / Coaching 017-7209188

2 Comments

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com

  1. Bestnya ada program mcm tu...KG ni pun belum nak bersenam lg lynda

    ReplyDelete
  2. Malunya negara kita paling byk obesity.. Apapun bagus aktiviti sebegini.. Hope dapat bagi kesedaran pada rakyat Malaysia

    ReplyDelete

Post a Comment

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com

Previous Post Next Post