Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengesahkan bahawa undang-undang syariah di Malaysia memberi hak kepada suami berpoligami tanpa perlu meminta kebenaran isteri.
Selepas ini, para isteri jangan ada yang terkejut jika ada suami di luar sana tiba-tiba sudah beristeri baru. Kerana undang-undang baru yang di buat oleh pihak JAKIM. Suami yang berpoligami tidak perlu kebenaran atau meminta isteri mereka menandatangani surat kebenaran untuk berkahwin lain.
Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Othman Mustapha, berkata, sebaliknya
keputusan sama ada lelaki berkenaan dibenarkan berpoligami atau tidak
bergantung kepada budi bicara Mahkamah Syariah.
Bagaimanapun, beliau berkata, kebiasaannya Mahkamah Syariah akan memanggil
isteri pertama untuk memaklumkan bahawa suami bakal berkahwin satu lagi.
"Mengikut sistem perundangan Islam, suami memang tidak perlu
meminta kebenaran isteri untuk berkahwin lebih daripada satu atau berpoligami.
PERLU BUAT PERMOHONAN
"Bagaimanapun, mana-mana lelaki yang mahu berpoligami perlu
membuat permohonan ke Mahkamah Syariah bagi menentukan sama ada layak atau
tidak berkahwin lebih dari satu," katanya.
Othman diminta mengulas laporan media mengenai seorang lelaki Islam di
Pulau Pinang tidak memerlukan kebenaran isteri pertama untuk berpoligami.
Dalam laporan itu, Pengarah Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (JAIPP),
Datuk Sazali Hussien berkata, enakmen syariah negeri tidak mempunyai peruntukan
undang-undang untuk mendapatkan kebenaran isteri pertama.
Sebelum ini, PResiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM),
Datuk Zainul Rijal Abu Bakar, berkata, suami yang mahu berkahwin lebih dari
satu tidak perlu meminta kebenaran isteri pertama kerana ia tidak terkandung
dalam enakmen syariah di semua negeri.
AMBIL MASA 21 HARI
Sebaliknya, mengikut Seksyen 23 Enakmen Keluarga Islam yang hampir
seragam di semua negeri, suami diberikan hak berpoligami dan hanya perlu
mengemukakan permohonan kepada Mahkamah Syariah.
Zainul Rijal berkata, permohonan itu mengambil masa hampir 21 hari dan
akan dinilai oleh Mahkamah Syariah sebelum mendapat kebenaran.
"Empat elemen utama dinilai mahkamah, iaitu, keperluan berkahwin,
kemampuan suami, boleh berlaku adil dan tidak mendatangkan kemudaratan pada
isteri"
-SUMBER
www.facebook.com/azlinda.alin.3 | www.instagram.com/azlinda.alin | www.twitter.com/azlinda_alin
Malaysian Parenting Blogger | Malaysian Lifestyle Blogger | Malaysian Beauty Blogger | Food | Travel
Poligami umpama ubat. Sila ambil ubat yang betul mengikut dos yang betul pada waktu yang betul. Atau menghadapi sebarang komplikasi
ReplyDeletekena kawal ketat-ketat la asben kita.
ReplyDeleteikat perut dia dgn masakan.
ikat mata dia dgn keseksian kita ha ha ha :)
kena panggil isteri pertama juga...tp kenapa masih ada yg tak tahu suami dia ada bini lain? sebabnya si suami ajak kawin sempadan..heheheheh
ReplyDeletePost a Comment
Welcome back , guys !
Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)
For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com