Kidzania Kuala Lumpur bersama Keluarga. Aktiviti Tertutup untuk Anak.
Ini adalah pengalaman pertama kami sekeluarga ke Kidzania Kuala Lumpur yang bertempat di Damansara. Berkonsepkan taman tema permainan tertutup (indoor games). Anak-anak boleh bermain tanpa hiraukan keadaan cuaca. Ada pelbagai cara untuk membeli tiket Kidzania Kuala Lumpur. Boleh beli online (disakun 10%) atau ke kaunter. Boleh membeli tiket Kidzania Kuala Lumpur di kaunter Kidzania dan inginkan diskaun.
Boleh cuba untuk gunakan kad debit atau kad credit dari CIMB Bank Berhad. Selain daripada dapat diskaun. Pengunjung juga akan dapat PERCUMA popcorn, cotton candy, 1 keping gambar size 5R, donut, body painting dan banyak lagi.
Selesai proses pembelian tiket, setiap pengunjung mesti ke CIMB bank, Kidzania untuk tunaikan cek bernilai Kidzos 50 (ringgit Kidzania 50). Jika tiada kidzos, anak-anak tidak boleh bermain nanti. Kerana konsep di Kidzania. Konsep bayar dan berkerja. Jika Kidzos sudah habis, kene cari outlet untuk bekerja dan mendapatkan upah.
Seterusnya, kami terus mendapatkan informasi di Kaunter Informasi Kidzania. Untuk menyenaraikan tempat yang sesuai untuk Dhia bermain. Kerana Dhia berumur 2 tahun 4 bulan. Tidak semua tempat Dhia boleh masuk. Melainkan ianya sesuai dan Dhia boleh berinteraksi (mengikut task yang di berikan). Tak semua aktiviti di Kidzania ini ibu bapa boleh bersama-sama dengan anak. Ada aktiviti yang ibu bapa tidak boleh sertai. Jadi, inilah masanya untuk kami terapkan sifat berdikari dan tingkatkan kemahiran komunikasi Dhia.
'Stabilo Arts and Craft Studio' - Kidzania Kuala Lumpur.
Dicadangkan untuk anak berumur 4 tahun ke atas, dengan bayaran 7 Kidzos (Ringgit Kidzania 7). Oleh kerana Dhia memang minat dengan aktiviti mewarna, gam dan menggunting. Kami membenarkan Dhia ikuti kelas ini. Dhia teruja dengan teropong kertas yang Dhia hasilkan sendiri.
'Ayam Brand Cooking School' - Kidzania Kuala Lumpur.
Dicadangkan untuk anak berumur 4 tahun ke atas, dengan bayaran 10 Kidzos (Ringgit Kidzania 10). Tempat yang paling Dhia tak sabar. Nak masak katanya. Aktiviti ini agak strict. Memang mereka tak benarkan budak bawah 4 tahun, sebab kene uli tepung, masukkan inti buat puf dan akan di bakar (bakar di buat oleh tenaga pengajar Kidzania). Puas mummy dan daddy pujuk tenaga pengajar ini. Akhirnya, Dhia di benarkan masuk. Alhamdulillah, Dhia dengar kata pengajar di dalam Kelas Masakan ini.
'Poslaju Courier Service' - Kidzania Kuala Lumpur.
Dicadangkan untuk anak berumur 4 tahun ke atas, dapat bayaran upah bekerja sebanyak 10 Kidzos (Ringgit Kidzania 10) selepas barangan sampai ke kedai yang di tetapkan. Seronok pulak mummy bila Dhia dapat upah bekerja. Sambil itu kita latih Dhia bagaimana mencari duit.
Penat bermain atau penat membawa anak berman? Di Kidzania, ada pelbagai kafe makanan dan minuman serta tempat rehat.
Untuk membeli makanan dan minuman di Kidzania Kuala Lumpur ini. Tak boleh bayar pakai Kidzos ye. Kene pakai Ringgit Malaysia atas semua urusniaga yang rasmi.
'Kurlz Beauty Salon' - Kidzania Kuala Lumpur.
Tempat paling kanak-kanak perempuan suka. Untuk mencantikkan diri. Dhia pun samalah! Bab make up, serah je padanya. Memang sakan soleknya!!
Di Kurlz Beauty Salon, kanak-kanak boleh memainkan dua peranan. Samada nak jadi pelanggan atau pun jurusolek. Jika ingin dapatkan upah, kenelah kerja jadi jurusolek ;). Oleh kerana Dhia pun hentam keromo bila solek diri sendiri. Jadi, di sini Dhia hanya jadi pelanggan sahaja. Seronok tu, duduk diam bila kene solek! Sakan anak daraku!!
Pelanggan
Dicadangkan untuk anak berumur 2 tahun ke atas, bayaran di kenakan sebanyak 6 Kidzos (Ringgit Kidzania 6)
Jurusolek (Beautician / Manicurist)
Dicadangkan untuk anak berumur 4 tahun ke atas, dapat bayaran upah bekerja sebanyak 8 Kidzos (Ringgit Kidzania 8)
'Z-Mart Supermarket' - Kidzania Kuala Lumpur.
Tempat membeli belah!! Boleh belajar menjadi pelanggan, juruwang atau menjadi tukang bungkus barang.
Dhia di sini, menjadi pelanggan dan packer separuh jalan je. Sebab penat berbelanja. Penat sampaikan dah haus, nak susu pulak!
Pelanggan
Sesuai untuk kanak-kanak berumur 4 tahun keatas, dengan bayaran yang di kenakan sebanyak 6 kidzos (ringgit kidzania 6)
Juruwang (cashier)
Sesuai untuk kanak-kanak berumur 4 tahun keatas, dengan bayaran upah yang diberikan sebanyak 8 kidzos (ringgit kidzania 8)
Pembungkus (packer)
Sesuai untuk kanak-kanak berumur 4 tahun keatas, dengan bayaran upah yang diberikan sebanyak 8 kidzos (ringgit kidzania 8)
'Recycling Centre' - Kidzania Kuala Lumpur.
Umur yang di cadangkan ialah untuk anak berumur 4 tahun ke atas, dapat bayaran upah bekerja sebanyak 8 Kidzos (Ringgit Kidzania 8) selepas Dhia berjaya kumpulkan barangan recycle di beberapa kedai.
'Job Information' - Kidzania Kuala Lumpur.
Dicadangkan untuk anak berumur 4 tahun ke atas, di kenakan bayaran sebanyak Kidzos 6 untuk mencari kerja. Dhia sebenarnya bukan pandai pun nak cari kerja. Tapi, bila nampak komputer untuk main tekan sambil ambil gambar dari komputer. Apa lagi, nak lah Dhia masuk ke sini.
'Nippon Paint House Painting dan Construction Site' - Kidzania Kuala Lumpur.
Dicadangkan untuk anak berumur 2 tahun ke atas, Dhia kene bekerja untuk mendapatkan upah apabila tugas kerja selesai. Kalau Dhia suka kerja-kerja ini, Dhia sesuai memilih kerjaya bidang civil macam daddy. Erm...mummy pun sekolah dulu ambil bidang civil. Tapi, cita-cita tak kesampaian. Yang lepas tu lepas lah kan. Kita latih anak pilih bidang yang dia minat. Mummy dan daddy tiada paksaan untuk anak-anak. Asalkan anak-anak pilih bidang yang bersusuaian dan berjaya di dunia dan akhirat. Insyaallah.
Kidzania Kuala Lumpur tutup jam 5.00 petang. Duit DHia ada sebanyak 52 Kidzos. Kita terus buka akaun CIMB Kidzania. Nanti bebila datang ke Kidzania, boleh pakai duit tu balik untuk main.
Di Kidzania Kuala Lumpur ada terdapat pelbagai aktiviti kerjaya. Yang sesuai untuk anak-anak berumur 2 tahun ke atas. Kami pun tidak habis terjah lagi. Ada pelbagai aktiviti menarik di Kidzania. Nak tahu apa lagi yang menarik? Sila berkunjung ke Kidzania. Harga tiket Kidzania Kuala Lumpur :
0-1 tahun - PERCUMA
2-3 tahun - RM34.20
4-17 tahun - RM67.50
18-59 tahun - RM34.20
60 tahun ke atas - RM28.80
Untuk informasi selanjutnya boleh lawati www.https://www.kidzania.com.my atau telefon 1 300 88 5439
Kidzania Kuala Lumpur, Curve NX, No.18, Jalan PJU 7/5, Mutiara Damansara 47810 Petaling Jaya Seangor
www.facebook.com/azlinda.alin.3 | www.instagram.com/azlinda.alin | www.twitter.com/azlinda_alin
Wah seronoknya tengok Dhia ..Mesti best kan ..
ReplyDeleteaaa..seronoknyaa..dah book tiket untuk tahun depan..hehehe..ok laa dah 2 tahun..harap Irine paham bahasa & tak takut macam dhia..huhuhu
ReplyDeletebestnyaaa..teringin juga nak pergi kidzania
ReplyDeletebestnya kidzania. teringin nak p dan join aktiviti semua tuh. haha. kenapa masa saya kecik2 xdak lg kidzania. haha..
ReplyDeletehttp://myartcrafting.blogspot.com/2015/07/syawal-giveaway.html
salah satu weekend nanti aida nak bwk la anak-anak gi kidzania.
ReplyDeleteanak-anak dara aida da besar, kan.
mesti syok la punyer tgk diorang beraksi.
Post a Comment
Welcome back , guys !
Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)
For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com