LIFETIME® MENGUMUMKAN TARIKH TAYANGAN
PERDANA
MASTERCHEF ASIA MUSIM PERTAMA Tiga “Chef Rumah” (Home Chefs) dari Malaysia Bersaing Untuk Bergelar
MasterChef Asia Pertama
Bakal ditayangkan pada 3 September,
setiap hari Khamis jam 9 malam di Lifetime
(Saluran Astro 709), tiga “chef rumah” (home
chefs) dari Malaysia akan beradu di edisi sulung pentas MasterChef Asia, rancangan pertandingan
masakan paling berjaya di dunia. Mereka bukan hanya bertanding untuk diri
sendiri, tetapi juga mewakili negara masing-masing dalam usaha untuk merebut
gelaran utama MasterChef Asia.
Malaysia diwakili dengan bangganya oleh
Jasbir Kaur, Marcus Low dan Sophia Zulkifli.
Jasbir yang berumur 54 tahun merupakan
peserta paling matang dalam pertandingan ini. Beliau mula menanam minat dalam bidang
memasak apabila berpindah ke Sarawak, Malaysia Timur selepas berkahwin. Seorang
suri rumah dan ibu kepada tiga orang anak, beliau berhasrat untuk menyampaikan kemahiran
kulinari masakan tradisional Punjabi kepada generasi muda. Beliau juga berharap
untuk mendapat pentauliahan profesional untuk kemahiran memasaknya dan membuktikan
bahawa chef di rumah juga boleh mempamerkan kemahiran yang hebat di dapur.
Marcus, seorang pengurus bank berusia
24 tahun, mendapat inspirasi daripada chef-chef terkenal, serta hidangan moden
dan molekular; dan mempunyai kemahiran unik dalam penggabungan bahan. Mampu
bekerja dengan baik walaupun dalam situasi tertekan, beliau percaya persaingan
sengit dalam MasterChef Asia akan
memperkenalkannya kepada dunia kulinari dan memberikannya peluang untuk
memperkenalkan sajian Malaysia di pentas dunia.
Sophia, seorang suri rumah berusia 31
tahun dan ibu kepada anak perempuan berusia dua tahun, memasak setiap hari dan
sering menyediakan hidangan untuk keluarga dan rakan-rakannya. Suatu hari
nanti, beliau berharap untuk terlibat dalam dunia kulinari sebagai chef, katerer
atau pengkritik makanan. Minatnya yang meluas dalam industri makanan
menunjukkan kecintaannya terhadap makanan dan memberikannya inspirasi untuk
menyertai MasterChef Asia.
Bakal menjadi pesaing mereka bagi
mendapatkan gelaran utama adalah chef-chef rumah lain dari negara Cina, India,
Indonesia, Singapura, Filipina, Taiwan dan Vietnam.
Pemenang MasterChef Asia pertama bakal menerima buku masakan sendiri, hadiah
wang tunai USD$50,000, pengalaman riadah unik di Singapura bernilai USD$10,000,
perkakas rumah Panasonic bernilai USD$15,000, latihan amali berbayar di salah sebuah
restoran Hotel Carlton Singapura dan penginapan selama seminggu di Disneyland
Resort Hong Kong.
“MasterChef Asia merupakan produksi asli terbesar yang pernah kami terbitkan di Lifetime
Asia. Penerbitan salah satu format rancangan paling berjaya di dunia ini membuktikan
Lifetime sebagai destinasi hiburan utama di Asia. Penggambaran siri ini
berjalan sangat lancar; terdapat banyak ciptaan kulinari hebat yang dihasilkan
oleh barisan tukang masak amatur ini dan juga detik-detik yang cukup mencemaskan
bagi saya. Masyarakat Asia sememangnya sangat sukakan makanan, dan kami percaya
penonton pasti akan menyukai rancangan ini dan menyokong peserta kegemaran
mereka,” kata Michele Schofield, Naib Presiden Kanan, Program & Penerbitan,
A+E Networks Asia.
MasterChef Asia Musim Pertama dipersembahkan oleh Lembaga Pelancongan
Singapura dan Knorr, dengan kerjasama Panasonic, Changi Airport Group, Hotel
Carlton Singapura dan Air Asia. Siri ini akan ditayangkan pada 3 September, setiap hari Khamis jam 9 malam di Lifetime (Saluran
Astro 709). Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi di msn.com/masterchefasia.
MasterChef diwakili di peringkat antarabangsa oleh Endemol Shine
Group. Rancangan ini pada asalnya dirakam semula sebagai MasterChef Goes Large pada 2005 oleh Shine TV di UK dan berdasarkan
format yang direka oleh Franc Roddam.
www.azlindaalin.com | nurazlindaazman@gmail.com|
www.facebook.com/azlinda.alin.3 | www.instagram.com/azlinda.alin | www.twitter.com/azlinda_alin
Malaysian Parenting Blogger | Malaysian Lifestyle Blogger | Malaysian Beauty Blogger | Food | Travel
www.azlindaalin.com | nurazlindaazman@gmail.com|
www.facebook.com/azlinda.alin.3 | www.instagram.com/azlinda.alin | www.twitter.com/azlinda_alin
Malaysian Parenting Blogger | Malaysian Lifestyle Blogger | Malaysian Beauty Blogger | Food | Travel
ni mesti tonton nih...adehhh baru berfikir-fikir nak buat entri ni nih... hik hik hik, linda dah advance dah dari Farah rupanya...ekekeke...
ReplyDeleteAkak pasti tertunggu2 nanti..suka citer yg mcm ni
ReplyDeletesebelum2 ni tak pernah tonton masterchef
ReplyDeletePost a Comment
Welcome back , guys !
Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)
For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com