PERASAAN YANG KITA DAPAT RASAI SEBELUM IANYA BERLAKU.
Memang selalu mummy dapat rasa sesuatu tau. Kalau benda yang baik tu, kita panggil "LOA- Law of Attraction" Macam berdoa dan fokus nak dapatkan sesuatu. Insyaallah boleh dapat. Kalau benda yang tak baik pun, kadang-kadang boleh dapat rasa. Tapi, tak boleh nak halang.
Cerita ini cerita benar, bukan riak atau nak tunjuk hebat! Nak kongsikan dan nak tahu siapa pernah dapat rasakan macam apa yang saya rasa.
Contoh cerita...Baru-baru ini, mummy masuk dalam tandas ofis. Entah kenapa, dalam otak tu dok fokus tombol pintu. Dalam hati,"tak ada apa-apa kot, dah kunci pun". Tapi, perasaan macam ada tak kene dengan tobol pintu tandas ofis. Tetiba..terdengar macam ada orang datang.. ada orang nak masuk tandas lah tu (bercakap dalam hati lagi). Tak lama...dalam beberapa saat, pintu tandas terbuka. Ya Allah!! Malu!! Bila pulak tombol ni ROSAK? Tengah buang air besar pulak tu! Nasib ko,lah!! Bau ke tak bau,kan!
Apa yang kita dok fikirkan itu berlaku. Entah fikiran awal-awal tadi tu fokus LOA ke berdoa ke KARMA ke 6th sense ke... Wallahualam.
Dan ...ada lagi beberapa perkara yang baik juga telah berlaku bila dok fokus macam tu. Bukan kata nak fokus ke apa. Tapi, ianya seperti kita dapat rasakannya. Kita fokus nak itu, kita dapat itu. Perasaan yang macam dalam mimpi tapi bukan mimpi. Nak kata berangan mat Jenin? Hrmm...Ntah lah ye!! Ada banyak gak cerita yg kita dapat tahu sesuatu.. Yang lain, tak nak cerita lah. Kang jatuh riak lah hahahaha.
Ok lah!! Nak sambung masak pulak ni, ada beberapa tetamu nak datang rumah makan-makan. Bagi yang saya lupa jemput tu, datang terjah je lah ye. Kalau tak jumpa jalan atau sesat boleh calling...caling je ;) Call tak jawab, sila lah SMS atau Whatsapps ;)
Selalu sgt rasa mcm tu..
ReplyDeleteKena percaya instinct. Nasib takda orang lalu depan tandas time tu.
ReplyDeletedejavu kah?
ReplyDeleteapa pun, instinct tu kita kena percaya :)
Post a Comment
Welcome back , guys !
Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)
For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com